Saturday, June 13, 2009

Hi Run Bukan Hairan



Berbelit pulak tajuk aku kali ni.

Aku tengah ada kat office. Kerja tengah-tengah malam sebab ada PMW. Jadi, sementara tunggu team yang buat PMW habis buat kerja, sebelum part aku nak confirmkan semua sistem up dan running, sempatla aku update sikit blog ni.



Bersempena Classic Rock Tribute Concert 2009 di Bandar Perda, aku singgah kejap dengan Mizie dan Botak. Mizie paling senior dan aku pulak jatuh paling muda. Mizie memang hidup di zaman Rock sedang berkembang pesat, jadi tak hi-runlah kalau kami bertiga ada sekali tadi.



Konsert kalau mengikut flyer, start pukul 9 malam. Aku tiba tepat pukul sembilan, dan setelah menunggu hampir sejam (mengalahkan Search dan Wings), konsert pun bermula. Order makan pun sampai lambat. Nampaknya, pelayan-pelayan yang amik order kena hantar training dulu di Bistro Bukit Bintang, servis memang slow tahap cipan. Apa-apa pun, aku seronok betul dah ada live band show macam ni kat Penang. Sekurang-kurangnya, taklah menonong nak ke Bukit Bintang nak tengok live band tiap-tiap minggu.



Hi-Run adalah 7 pieces band, 1 vox, 3 guitarist, 1 bassist, 1 drummer dan 1 keyboardist. Dianggotai secara rojak oleh bekas-bekas anggota Crosstown, Mutiara, Wow dan Wild Age. Huh, patutlah ramai. Hahahaha.



Petang sebelum konsert, aku sempat telefon abang Din Crosstown samada dia akan turut serta atau tidak. Ketidakhadiran Abang Din melemahkan sikit semangat aku nak ke konsert ni. Aku mengenali Abang Din, adalah sebagai guru tak rasmi tak berbayar untuk info-info tentang guitar Fender dan Squire. Rasanya kalau aku tak cakap pun, tentu ramai otai Penang yang kenal dia, sebab dia bekerja di sebuah kedai alatan muzik di Pulau Pinang jugak. Mungkin dia ada hal, takperlah.



Yeargh, brader Zainul Kamal ni, merupakan senior sekolah aku. Dia yang info tentang konsert ni, kalau tak, memang haram aku tak tau. Kerja ja memanjang, jadi melalui e-group Old Frees lah aku tau tentang konsert ni. Pakai kemeja nak main lagu Iron maiden yang tatahan tu...



Ni adalah list tak rasmi yang aku dapat dari bro Zainul Kamal:

1ST SESSION

1. FINAL COUNTDOWN - Europe
2. WASTED YEARS - Iron Maiden
3. HEAVEN AND HELL - Black Sabbath
4. HOLY DIVER - Dio (*)
5. ARES LAMENT - Loudness (*)
6. HERE I GO AGAIN - Whitesnake (*)
7. HYSTERIA - Def Leppard (*)
8. MASTER OF PUPPETS - Metallica (*)
9. POWERSLAVE - Iron Maiden


2nd Session - Arabian Fire akan memainkan lagu-lagu tribute Sweet Charity.


3rd SESSION

1. 22 ACACIA AVENUE - Iron Maiden
2. ROCK YOU LIKE A HURRICANE - Scorpions
3. STRANGER IN A STRANGE LAND - Iron Maiden
4. CARRIE - Europe (*)
5. HEAVY CHAINS - Loudness (*)
6. SAMARKAND - Bloodshed (*)
7. DON'T TALK TO STRANGERS - Dio (*)
8. FOREVER - Y&T
9. HALLOWED BE THY NAME - Iron Maiden
10.HIGHWAY STAR - Deep Purple

ENCORE (Reserve)
1. TWO MINUTES TO MIDNIGHT
2. ACES HIGH



Tapi, aku sempat tengok 4 jer lagu diaorang perform iaitu Final Countdown (Europe), Lagu Whitesnake yang aku lupa tajuknya, Carrie (Europe) dan Wasted Years (Iron Maiden). Lepas tu terpaksa blah sebab nak masuk kerja. Jadi, kalau ada antara korang yang sempat tengok sampai habis, berilah komen. Rugi betul aku tak sempat tengok sampai habis.

Komen aku:
1. Servis makan hancur
2. Sound sistem pun hancur (ada technical problem masa lagu Carrie tadi)
3. Tapi boleh dipejamkan mata sebab konsert free punya pasal. Hehehehe.....

Thursday, June 11, 2009

Tribute to 80's Rock



Urgh... Aku nak pergi sangat showcase ni sebab dekat sangat dengan rumah aku. Tapi malam tu aku kena kerja. Tengoklah, kalau ada rezeki, sebelum aku pergi kerja, aku singgah dulu.

Menampilkan senior sekolah aku dari band Hi Run (hairan?). Masa aku promote konsert SEARCH dalam e-groups old boys, sorang pun tak reply, tetiba jer cuihhhh, muncul inform kami semua diaorang akan buat tribute showcase untuk 80's rock band. Cayalah, buat yang terbaik bro!!

Till Then
Rock On!!!! \m/ \m/

Monday, June 8, 2009

Aku Nak Jugak!!!



Dalam masa cuti-cuti sekolah ni, banyak sungguh kenduri yang dibuat. Sampai sehari, 2-3 kenduri pulak yang nak kena pergi. Yerlah, semuanya kawan-kawan yang kenal dari kecik pulak tu.



Maka, presiden untuk persatuan orang-orang bujang pun beralih tangan lagi untuk tahun ni. Dan kami selaku muka-muka tebal ni, memang la dah tak kisah dan peduli dengan soalan keramat; bila nak merasa nasik minyak?
Nanti-nanti la makcik oi, minyak tengah mahal sekarang... kuikuikui...



Bercakap pasal kenduri, terbeliak la bijik mata aku apabila hantaran Nana AF ni pada suaminya ialah gitar idaman hampir kebanyakan orang (termasuk aku la), Gibson LP Slash Signature Series. Macam ni punya hantaran pun ada ka? Huiyo, aku pun nak kalau macam ni!!! Hehehehe.



Bercakap pasal guitar, dah semestinya aku dah terpaksa gantung guitar sejak dari awal tahun ni sebab betul-betul tak ada masa dah nak melayan benda ni. Tapi panggilan member pada malam minggu haritu untuk test Ibanez Jem 7V Prestige ni memang aku takleh tahan nak tolak. Terima aja!!!!



Dan apa kata kalau aku kawin nanti, ada member-member datang bagi hadiah kawin kat aku macam gambar atas ni? Boleh naik sewel la nanti... Terbalik meja kenduri pulak kang.... Hahahahah...

Tapi jangan tertipu, Ibanez di atas ialah Ibanez Tipu. Maka berhati-hatilah apabila menerima tawaran harga tak masuk akal sebuah gitar lagenda.

Kita Kena Berjimat Cermat



Sempena bulan gawat, ingin aku khabarkan berita gembira kepada peminat-peminat Transformers versi kedai bundle. Sekarang, korang boleh dapatkan item-item yang aku paparkan di sini di semua stesyen minyak Petronas yang mengambil bahagian.



Tshirts logo autobots yang biasanya menjadi buruan di kedai bundle, akhirnya dengan senang dapat dibeli di Petronas tanpa mengeluarkan kos belanja yang mahal.



Begitu juga dengan t-shirt Decepticon ni, dengan mudah sekali dapat diperolehi di Petronas.



Untuk makluman, semua barang-barang untuk filem terbaru Transformers - Revenge of The Fallen ni, semuanya dapat dibeli di Petronas dengan harga RM9.90 setiap item.




Walaupun ia made in Malaysia, tapi sememangnya syarikat yang buat ni memiliki lesen besar iaitu official merchandiser, semestinya under license. Jadi, sekiranya kita boleh dapat barang-barang ni dengan harga yang amat murah iaitu RM9.90, mengapa kita nak bayar lebih? Pilihan di tangan anda.

Sunday, June 7, 2009

Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata

Untuk manusia-manusia bebal, terutamanya macam aku, buku karya Ann Wan Seng (penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1430H/2009, Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Kebangsaan 2008) ini, amat membuka mata dan minda aku.

Seumur hidup aku, tak pernah aku beli buku-buku 'berat' macam ni. Terutamanya melibatkan Agama Islam. Tapi kunjungan aku ke Kompleks Kailan, secara tak sengaja, menarik minat aku apabila terpandang poster tentang buku ini. Buku ini dilancarkan oleh Mufti Perak, Dato Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria.

Setakat ini, aku cuma mampu membaca 1/4 kandungan buku yang kaya dengan statistik dan fakta (yang aku benci tentang matematik) tentang kes murtad di Malaysia.

Nama Ann Wan Seng amat asing pada aku, tapi memandangkan beliau adalah mualaf, aku beli jugak buku ni. Setakat ni, dua tokoh mualaf yang aku kagumi ialah Saudara Ridhuan Tee (dulu aktif di Forum Perdana Ehwal Islam, sekarang adalah kolumnis di Utusan Malaysia) dan Ustaz Ravi yang mengajar Tilawah Interaktif (kat TV) tu. Betapa besarnya hidayah yang mereka terima hinggakan Melayu yang dilahirkan Islam pun takde ilmu macam mereka.

Buku ni juga telah mengulas kes-kes murtad yang berlaku di Malaysia dan seterusnya mensahihkan beberapa email yang selalu aku terima tentang kes murtad. Isu Lina Joy juga telah dikupas dari segi kelemahan undang-undang kita yang masih bertindan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Melalui buku ini juga, dapat aku ketahui, betapa kita masyarakat Melayu yang selalu perasan bagus (maafla, ni pendapat aku) yang selalu menyisihkan saudara-saudara baru sehingga mendorong mereka untuk murtad. Kelemahan Orang Melayu Islam turut ditempelak, terutamanya pihak NGO dan JAKIM yang lebih berminat berdebat tentang pendedahan Dato Harussani tentang lebih 100 ribu orang Melayu yang murtad, daripada mencari penyelesaian. Ironik kan? Ditegur oleh seorang mualaf.

Komen aku:
Dapatkan buku ni. Menarik, dan sesuai dibuat rujukan tentang kes murtad.

Friday, June 5, 2009

Bukan Hadiah Biasa



Tepat umur aku yang setahun lebih tua haritu, aku sempat kemas-kemas stor dengan ayah sebab dia nak cari boiler untuk masak perkakas circumising dia tu, sebab esok tu dia nak khatankan anak buah aku. Sambil-sambil kemas, aku carila sama barang yang aku pernah terlihat dulu.



Bila dapat, aku mintak permission dari ayah.
Satu je dia pesan.
"Hang jangan jual dan jangan bagi kat orang"



Maka, aku dah secara sah, join kelab ada barang tu, tapi takder player.. hehehe.
Sila jamu mata korang. Koleksi penuh boleh dilihat di sini.
Maksudnya, aku nak mintak orang tolong rip untuk buat MP3 pun, kirim salam lah jawabnya..


Ayah cakap macam tu, mungkin mengenangkan gramofonnya dulu, yang dipinjam, kemudian terus 'dibuat harta' oleh peminjam tersebut, dan kemudian hilang.
Takpa ayah, nanti Mus cari player lain pelan-pelan....
Memang dah mengusyar player LP ni secara aktif sejak setahun lepas, tapi belum berkenan di hati, dan kadang-kadang bila dah berkenan... Takder duit pulak!!!
Takper, pelan-pelanlah aku cari nanti...



Dalam banyak-banyak tu, yang aku heran, kenapa ayah aku ada banyak LP dari Jose Feliciano? Rupa-rupanya terjawab sudah... Salah satu album dari mamat ni, berjudul Che Sara, sama namanya dengan mak aku... Patutla pun.... Romantik jugak orang tua aku neh masa muda-muda. Hahahahaha...

Wednesday, June 3, 2009

Ali Setan Kembali



Akhirnya sejak 1986, akhirnya Ali Setan kembali lagi. Tetapi, penampilannya lebih versatile; iaitu berpenampilan 2B iaitu boroi dan botak. Har Har har....

Ya, itulah hakikatnya. Aku telah selamat mendaftar menjadi budak skema semula pada 1 jun 2009, bersamaan dengan hari Isnin yang lalu. Sah, aku sekarang ialah salah seorang daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Pengurusan (Organisasi) Jarak Jauh di Unervisiti berstatus APEX ni. APEX tu apa, aku pun taktau, har har harrrr... Seperti biasa, walaupun aku berasal dari negeri universiti pusat ini berada, aku tetap mengambil cuti direct seminggu untuk menghayati apa yang best sangat tentang USM ni. - kesimpulannya, haram tak best!



Perangai budak hostel yang aku tinggalkan hampir 10 tahun bermula kembali. Aku sorang jer yang amik tinggal di Desasiswa USM ni, semua partner kerja yang lain, nak berulang (sebab diaorang tak amik cuti panjang, aku sorang jer amik cuti panjang). Takperlah, tidor sorang-sorang ok jugak. Layan muzik 24 jam tanpa henti dalam bilik betul-betul melapangkan otak aku.

Urgh, boring-boring tu, siap la senarai nama manusia-manusia yang tersenarai menginap di Desasiswa Aman Damai ni. Dan mangsanya ialah sapa lagi kalau bukan partner kerja aku yang tak menginap di desasiswa. Tapi yang tu bukan kerja aku, tu kerja member kerja aku seorang lagi. Dengan kata lainnya, sememangnya aku bersubahat.



Skil-skil asrama memang tak pernah dilupakan. Terutamanya cara nak buat ashtray ni tanpa menggunakan sebarang peralatan. Caranya, sendiri pikir la... Bebudak hostel tentu tau macam mana nak buat kan?



Hari kedua, si Afad bawak durian yang diorang amik masa ponteng kerja waktu siang tu. Huh, bos ngan anak buah sama-sama ponteng semata-mata durian 'mangkag' ni. 4 ulas jer boleh makan, yang lain-lain semuanya 'mangkag'. Ok la, dapat gak merasa durian, dan seterusnya menyebabkan satu tingkat blok berbau durian dan menjeleskan semua geng-geng2 PJJ yang lain. Memang 3 ekor perangai setan...



Hari ni, sessi bacaan ikrar dijalankan. Betul-betul buat aku menguap memandangkan nak tunggu dekan-dekan dan pemangku cansellor tu datang, boleh tahan la nak tunggu. Nak kena nyanyi tu yang tak tahan. Tak cukup lagi ker penyeksaan kena nyanyi lagu company sebulan tiap-tiap hari masa kursus induksi dulu? Arghhhhhhhhh, boleh naik gila macam ni.



Tapi, sebagai budak PJJ, betul-betul membuatkan aku hilang semangat ialah, aku takleh drop langsung subjek. Alasan yang diberi, sebab aku dulu engineering field, takleh transfer untuk management punya course. Hampeh la woi, subjek bebudak management di poli ngan bebudak engineering sama ja dulu terutamanya untuk Matematik dan Bahasa Inggeris. Apa punya alasan la yang diberi. Aku betul-betul tak puas hati, dan seterusnya menyebabkan aku ponteng ja taklimat-taklimat yang sepatutnya aku pergi tu. Setan lagi..



Argh.... Serabut kepala hotak aku neh. chow dulu sehingga ada berita best selepas Raya nanti (insya-Allah). Yang pasti, nampak gaya Konsert Search di Kangar dah cancel. Takder story lagi aku nak bawak. Melepas la semua geng-geng Penang yang nak repeat dan baru nak tengok di Kangar nanti.

Apakejadah punya simbol la aku buat atas tu. macam mana la aku boleh tersilap. Hampeh!! Aku serabut!!!! Bebudak PJJ takder langsung ke yang Mat Rockkkkkkkkkk!!!!!!?????

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...