Saturday, March 4, 2023

Market

Kat utara ni kami tak panggil pasar/pasar pagi dan seangkatan. Kami panggil market. Punya la kolonisasi abis bahasa utara ni. 

Pagi ni aku singgah market, biasanya aku tunggu saja dalam kereta dan wife buat pembelian. Pagi ni sebab tak ramai sangat, bolehla aku ikut sekali ronda market dan last sekali singgah kedai nasik kandar dan breakfast. 

Enjoy ajalah gambar dan bolehla hangpa compare harga market utara dengan tempat hangpa.

Friday, March 3, 2023

Chali Cafe

Chali Cafe ni terletak betul-betul di laluan utama aku untuk ke tempat kerja. Boleh dikatakan dah lebih 10 tahun rasanya aku berulang-alik tanpa betul-betul singgah dan makan di dalamnya. Biasanya sebelum ni aku cuma singgah beli air bungkus atau aku parking tepindan wife beli bungkus untuk buat bekal sarapan ke tempat kerja.

Malam ni, aku betul-betul singgah makan dengan keluarga aku. Chicken Chop dua pinggan untuk hero-hero kecik aku, berharga RM11.50 sepinggan dan aku pulak mee rebus daging. Wife pulak tak order apa-apa sebab dia dah makan nasi lemak tadi sebelum kami singgah di kedai ni.

Chali Cafe ni berkonsep foodcourt; jadi kat dalam ni ada banyak gerai dengan pelbagai jenis jualan dari nasi, mee, western sampailah ke satay ada jual kat dalam ni.

Terus-terang cakap, aku ke sini malam ni sebab nak rasa mee rebus special daging ni. Ni semua gara-gara aku nampak member aku up dia makan kat sini dan dia tanpa ragu-ragu beri 9/10 pada mee rebus yang dia makan malam tu. Jadi, malam ni memang target aku nak order Mee Rebus Special Daging ni dari Thahir Mee Rebus dalam Chali Cafe ni. Memang patut la kawan aku bagi 9/10; kuah pekat elok dan untuk harga RM8.00 dengan kuantiti daging yang diberikan, amat berpatutan dan sedap. Ada sedikit perbezaan rasa antara mee rebus Melayu dan Mamak ni, tapi untuk kategori mee rebus Melayu yang aku makan malam ni, memang aku boleh bagi 4.5/5 atas sebab rasa, kelikatan kuah dan isi dalam pinggan.

Ahhh yang bagi tumpah teh ais ni bukan budak-budak tapi bapak budak-budak ni. Cemerkap sungguh. Sedap punya pasal, order segelas lagi teh ais dari tauke foodcourt, Chali Cafe. (Konsep foodcourt ni biasanya tuan tanah jadi operator air).

Sunday, January 22, 2023

Tahun 2023 dan Siri ke 40

Memenuhi undangan kenduri harini dalam keadaan 2 ahli keluarga kurang sihat. Hampir-hampir duduk dalam kereta saja tak keluar sebab isteri gastrik teruk dan vertigo sebab angin.

Tak sangka bila mencapai Siri umur 40 ni, lain pulak perginya semua benda dan keadaan. Dalam masa pertama, nampak macam diri ni muda lagi sampaikan perempuan muda pun aku panggil kak dan dalam masa yang sama, terasa tua sangat bila perasan lingkungan kawan-kawan yang terus menyepi samada di dunia sebenar, media sosial dan ada juga yang telah pergi tak kembali.

Asalnya nak post di Facebook ni, tapi tak jadi.

Friday, November 18, 2022

Selamat Datang Dark Knight

Diperkenalkan pada 1992 dengan codename 4G92, mamat-mamat Wira asyik menggunakan codename ni dan bila bersembang, aku haram tak paham apa pun bab code ni. Senang cerita, Proton punya kereta akan guna engine 4Gxx la dulu-dulu ni bila upgrade engine. Masuk abis la 4G63T apa bagai.

Baik. Selamat datang ke teratak Pajak Song. Semoga memperoleh manfaat yang lebih baik dan dipermudahkan semua urusannya.

Lepas ni boleh pakai baju Ralli Art tanpa segan silu.

Thursday, November 10, 2022

Selamat Tinggal Pahlawan Putih

 


Akhirnya hari ini 10 November 2022, aku dan isteri merelakan Proton Preve untuk dibawa pergi. Banyak jasa kereta ni pada keluarga aku khasnya.

Dan aku baru perasan yang aku tak simpan pun gambar kenangan bila mula-mula ambil kereta ni dulu di Proton Juru. Sebab waktu tu fikiran aku adalah kereta hutang bank bukanlah sesuatu yang untuk dibanggakan.

Jujur cakap, pemanduan dengan Preve sangat best. Sehingga tahap aku dah cuba bawa kereta yang sama dalam kelas Segmen C iaitu Honda Civic FD, tapi memang tak masuk selera aku. Senang cerita, aku rasa handling Preve adalah terbaik setakat 9 tahun aku bawa kereta ni. Kalau diikutkan, memang fuel consumption kereta ni tinggi sikit dan aku gelar Preve ni adalah kereta continental buatan Malaysia. Ya lah, gearbox guna CVT Punch macam Volkswagen dan minyak kedarah macam Mercedes! Hahahaha!

Antara kenangan yang tinggal dengan kawan-kawan adalah kereta ni menjadi transport utama ke MotoGP di Sepang dan kami berkampung di sana sambil merapu makan McDonald's siang malam. Singgah highway tibai pulak KFC. Betul-betul free and easy. Lepastu ronda masa hari PRU-14 sampai kena cium bontot, Preve Alhamdulillah, Wira yang sodok belakang tu, Innalillah.

Kereta ni juga merantau dengan aku sepanjang posting kerja aku di Ipoh, Perak. Hampir 2 tahun di sana dan hampir seluruh pelusuk Perak dah sampai. Kalau ada event/meeting di KL, bos sanggup downgrade kereta dia dan tumpang kereta aku ni semata-mata sebab keta ni plet P! Tapi betul, banyak betul kereta bagi laluan dekat aku sepanjang di KL. Kah kah kah!

Untuk family paling banyak jasanya untuk kami. Ia menjadi alat utama untuk ke klinik, hospital, bercuti malah beli ikan di market. Anak-anak aku membesar dengan Preve ni. Waktu aku cakap nak jual, Muhammad Qayyum banyak kali juga tanya kenapa jual? Susah juga nak menjawab soalan anak ni rupanya.



Itulah kisah aku dengan pahlawan putih ni. Jujur cakap memang sayang gila nak jual ni. Antara kereta paling best aku pernah bawa walaupun bunyi dalam kabin dah macam lori. Doakan supaya akan ada pengganti yang lebih baik untuk kemudahan kami sekeluarga.

Sunday, October 16, 2022

Unboxing Megadeth The Sick, The Dying... And The Dead! (2022)

Taktau nak cakap apa pasal album ni. Makin tua makin menjadi Mustaine ni. Kalau rasa Metallica terlalu pop, dengarlah Megadeth!



Friday, October 14, 2022

Makan Maggie Sebab GoPro Hero 11 Black

Video unboxing ada dekat bawah sekali ya untuk tengok.

Akhirnya setelah selesai 10 kali keluaran GoPro, aku baru berpeluang untuk beli pada edisi ke 11.


Umumnya ramai peminat GoPro merungut kerana bentuk GoPro Hero 11 Black ni saling tak tumpah seperti GoPro 10 melainkan tulisan 11 saja berubah di body camera. Tetapi dari segi peningkatan 'features' ada perbezaan agak ketara di GoPro 11 berbanding GoPro 10.


GoPro 11 menyaksikan Battery Enduro disertakan secara default di mana GoPro mendakwa prestasi bateri ini adalah 38% lebih baik berbanding bateri biasa.

Sensor GP2 pula diberikan peningkatan sensor dikemaskini bersaiz 1/1.9" yang merupakan peningkatan ketara perbezaan berbanding GoPro 10 di mana ia berupaya merekod 10-bit warna pada resolusi 5.3K 60FPS dan gambar pegun 27 Megapixels.

Keupayaan baru ini turut merangkumi untuk rakaman video berskala 8:7 khas untuk TikTok dan YouTube. Ya kawan-kawan, action camera untuk TikTok!

Update GoPro 11 juga adalah keupayaan untuk lensa HyperView, lebih besar ruang rakaman berbanding SuperView. Rekod la puas-puas! 

Keupayaan HyperSmooth 5.0 dipertingkatkan dengan talaan sensor terbaru tersebut dengan sokongan Horizon Lock. Bolehla bawak motor layan corner feeling ala-ala video MotoGP macam tu.


Nampaknya pendirian aku untuk TAK NAK beli GoPro dulu terlerai setelah aku tengok Yi Camera (ada kaitan dengan Xiaomi) nampak macam meninggalkan terus pembangunan seterusnya untuk action camera mereka. Aku pernah beli Akaso Brave 7 LE tapi rasa frust sangat sampai aku guna tak sampai 2 minggu sevelum return semula akibat tak puas hati dengan after sales Akaso - jual pandai, nak jaga customer tak reti!

Aku bukanlah pengguna tegar action camera tapi dalam setengah-setengah keadaan, aku rasa amat memerlukan action camera ni berbanding camera dari smartphone. Jadi, beli ajalah, asal hati gembira poket menangis kemudian!



Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...