Pejam celik dan kadang-kadang sampai tertidur. Aku rasakan begitu cepat sekali masa berlalu. Cepat sungguh kenangan jatuh basikal masa mula-mula belajar naik dulu dan juga kenangan kena kejar dengan Angsa sewaktu nak pergi sekolah... Tu belum lagi kenangan beca (dulu aku ke sekolah rendah naik beca) terbalik disebabkan Pak Lit (pakcik yang bawa beca tu) tak sempat seimbangkan beca yang dipenuhi oleh 6 murid sekolah rendah yang tak reti duduk diam dalam beca.
Tahun ni, aku dah semakin meningkat umur. Aku dah submit untuk sambung belajar walaupun secara separuh masa saja. Komitmen aku terhadap keluarga dah jadi makin bertambah apabila kedua-dua orang tua aku dah pencen. Sakit kepala aku sebab tak dapat nak balas lagi jasa-jasa orang tua aku.
Kahwin? Ni pun satu masalah jugak. Aku dah berkawan ngan Nurul pun dah lama. Duit simpanan tu insya-Allah, mungkin dah cukup. Tapi ada lagi masalah-masalah lain yang menyebabkan rancangan tu terbantut. Yerlah, lagi lama berkawan, lagi banyak masalah dan lagi banyak bergaduh. Baik kahwin jer, bukak buku baru, komitmen pun dah jadi lain dan sudah jadi satu cerita lain!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Officially an iFag
Harini 6 Julai 2026, nak up kat Facebook rasa segan. Letak sini ajalah. Selamat datang 17 Pro Max. Hareyyyy officially an iFag! Semp...
-
Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...
-
Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...
-
Laporan Kutujukan Khas Untuk Ayahanda Tercinta: Abu Bakar Bin Ahmad , serta Seluruh Bikers Malaysia Semoga Kita Memperoleh Manfaat Dari Cata...
oit..sedihnya..ekonomi semakin runcing kan..bak kata org duit byk manapon x akan cukup, guna la sebaiknya..
ReplyDeletekawin pon penting gak..larat ke semua nak loan..semoga digunakan bonus utk aktiviti berfaedah..amin
ya betul betul betul. duit bonus nanti nak beli guitar baru. hehehhe
ReplyDeletehahah! menyimpan la mus. dtg wales lg bagus. hehe
ReplyDelete