Tuesday, May 26, 2009

Penangan Cuti Emergency!!!

Hari ni kantoi lagi...
Aku tunggu sampai tertido nak pergi kerja, tapi hujan lebat lagi. Maka, tepat pukul 10.00 pagi, satu panggilan dibuat kepada bos aku nak amik emergency leave.
Alasan: Hujan, takder keta nak ke tempat kerja. Bos approve.

Sampailah lepas sembahyang Zohor, dekat-dekat pukul 3 petang, cuaca dah elok. Maka, bermulalah tugas-tugas yang aku akan buat, tapi takleh buat masa waktu kerja.



Hari ni, maskot blog aku dah siap diperbaiki. Melayang RM79.00 sekali dengan postage. Tapi, lebih mahal kalau aku hantar kat re-seller Timex di Penang. Diaorang amik postage charge saja RM80.00 tak termasuk harga repair. jadi, baik aku hantar KL terus, straight kepada dealer yang aku beli. Dial terbakar, yang baru punya kaler kekuningan sikit, yang asal putih. maka, jadilah Jam Timex Rojak Limited Edition. (1st edition Timex ni, memang strap besi, 2nd batch dan seterusnya semua pakai leather strap). Yang masuk Malaysia, adalah 2nd batch, sewaktu pelancaran movie Spiderman 3, kemudian 3rd batch pada premiere National Treasure 2.



Lepas tu, dah lama aku tak round Bagan dengan motor aku. maka, merondalah aku ke seluruh pelusuk Bagan. Singgah kedai jap buat baju pengantin kemeja. Kedai ni jugak adalah supplier tetap kepada kompeni aku kerja, dan jugak kepada Shell, TNB dan lain2 kompeni lah. Punyalah tak selesa kalau aku masuk kedai-kedai macam ni, selalu beli macam tu jer kat mana-mana. Tapi ni baju sponsor, buat jerlah....



Aku nak menghala ke BM, singgah jap ke ATM dalam stesyen Shell, aku tanya kot-kot Enzo kuning Limited Edition tu ada lagi. Ada 2 unit lagi. Aku telefon Zan tanya, dia confirm, aku angkut terus. Malang betul, 360 GTC dah takder stok. Jadi, setakat ni, gambar atas tu, memang untuk Zan punyalah.



Balik daripada BM, aku singgah beli Mee Rebus kat Aziz Mee Pak Ngah. Teringin. Mengidam 16 bulan dah tak makan. beli 4 bungkus bawak balik rumah, sebungkus RM3.00. Nak beli yang udang galah tak mampu, sekilo RM70.00. Beli jer apa yang ada, janji kenyang dan sedap. Aku tanya brader yang tolong bungkus kat aku tu, cawangan dalam Tesco Extra Seberang Jaya tu, cawangan tokey dia ker? Dengan bangganya dia cakap, kalau tengok bukan Aziz Mee Pak Ngah, itu semua ciplak semata-mata. Hahahahaha... Jawapan yang sempoi, tapi membawa seribu erti.



Owh, sempena cuti tu, aku pergi BM. Bukan apa, nak cari CD version Belenggu Irama sebab kaset dah bunyik tenggelam timbul. Sekali nak cari album Amy Camouflage untuk Zan, tapi takder. Nanti aku cari kat port lain pulak. Aku amik 3 yang atas tu dulu. Layan kat rumah dulu. Sekali semua casing CD tu, dah pecah.. Mungkin dah lama sangat kat kedai. Takper, takder embossed NSR kat atas plastik tu, boleh aku tukar cover lain.

6 comments:

  1. Seronok betul orang bujang kalau "cuti" dari kerja....macam2 aktiviti sehat....hahaha

    ReplyDelete
  2. Seronok ek jalan-jalan cari makan..hahaha

    Erm..tengah tunggu confirmation mamu rashid samada dia jadi ke tak nak mai KL weekend ni. Kalau jadi, nanti aku contact hang. Leh pas itu kerta dekat dia..hahaha

    ReplyDelete
  3. cam sedap jer mee rebus tu...huhu

    ReplyDelete
  4. tuang keje la pulak..

    -poundcake-

    ReplyDelete
  5. Mus.. Jdi tak pi Sedeli? Sana ada Mee Udang Galah.. Yg ni special sebab Org Asli kat sana yg masak.. Makan trus ketagih.. hihi..

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...