Sunday, July 12, 2009

Lagi-Lagi Green Day



Aku sempat berjumpa Bro Kassim hari ni, ambil vinyl Carefree (Kebebesan II) dan Deep Purple (Made in Europe). Nampaknya, Deep purple LP tu aku kenalah buat maintenance sikit sebab side 2 dah nampak macam rosak. Bro Fauzi offer untuk return balik LP tu, tapi pada aku.. Aku tak kisah. Heheheh, buat koleksi jerlah, LAWA pressing tu.

Sememangnya, inilah kelebihan internet. Lebih 12 tahun bergelumang dalam dunia tanpa sempadan, aku dah bertemu dengan ramai orang daripada internet. Daripada perbincangan biasa, dan sekarang, jual-beli dan trade-off aku dah mula berkecimpung sejak 3-4 tahun lepas (sejak bekerja la).

Antara isi perjumpaan singkat aku dan Bro Fauzi/Kassim tadi ialah membincangkan imported stuffs. Ya, aku memang pernah sambar CD Green Day - Kerplunk straight dari US beberapa tahun lepas, dan sejarah CD tu pun dah diterangkan secara agak pendek-lebar kepada Bro Fauzi/Kassim. Dan semestinya shipping charges-nya memang boleh membunuh orang!






Kembali kepada Green Day, sebenarnya aku dah terpengaruh dengan Green Day dari album Dookie. Zaman kaset lagi time tu. Cuma apabila dah mengenali internet, aku discover satu benda - The Missing Album. Daripada diskografi rasmi Green Day, terdapat satu album yang tidak dinyatakan dan dipasarkan di Malaysia iaitu Kerplunk!. Sedikit kekeliruan berlaku di sini kerana Kerplunk! kadang-kadang disenaraikan, dan kadang-kadang tidak. Jika diikutkan, Kerplunk! ialah album pertama Green Day untuk commercial release. Underground release aku tak pasti. Tetapi di Wikipedia, dinyatakan Kerplunk! ialah full release 2nd album Green Day. Satu fakta yang sedikit memeningkan! [info]. Malah, album 39/smooth turut tidak dapat dipastikan bila dikeluarkan. [info]

Jadi, satu misteri berlaku antara dua album di atas kerana laman rasmi Green Day sendiri menyatakan Dookie ialah album pertama diaorang - discography.



Dan apabila aku gatal tangan untuk melihat harga vinyl 21st Century Breakdown, rasa macam nak terduduk apabila melihat harganya ialah USD $89.99, limited to 3000 prints worlwide. Boleh sakit jantung!!! Berita buruknya, shipping dan handling adalah harga berasingan jika dihantar ke Malaysia (selalunya macam tu lah...).

3 comments:

  1. Kerplunk 2nd album greenday dengan Lookout records indie label sebelum dorang go to mainstream bawah label Reprise. ALbum ni agak rare & dipasarkan dengan jumlah terhad. Aku still cari album ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Tengah cari ker bro? Tu saya punya tu, shipping charges jer rasa macam nak mati dah....

    ReplyDelete
  3. very nice collection.

    skarang ni $89 kan?
    mungkin setahun, dua tahun , lima tahun dari sekarang

    mungkin $200? atau lebih huhu

    ReplyDelete

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...