Friday, October 16, 2009

MAY - Strategi (1991)



MAY merupakan salah satu kumpulan Rock Melayu yang aku minat selain Wings dan Search. Terkenal dengan kenyaringan suara vox-nya iaitu Mus (bukan aku, har har har..), ramai yang tak tahu lagi benda-benda lain pasal May.



Kebanyakan pendengar-pendengar May ialah mereka yang mengenali MAY dengan lagu-lagu hits mereka iaitu Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Sketsa Sebuah Cinta dan Gadis Bertudung Putih. Bukan nak kata la kan, semua lagu yang disebut kat atas tu adalah lagu-lagu pilihan terutamanya di pusat karaoke. Mungkin kerana melodi yang menarik dan easy listening punya style, lagu-lagu tersebut menjadi teramat top pada waktu iaitu terutamanya Sendiri.



Ya, MAY di awal kemunculannya banyak mempertengahkan lagu yang sedikit keras (untuk sesiapa yang hanya tahu 4 lagu di atas saja). Untuk STRATEGI, lagu yang boleh dikategorikan sebagai slow pun.. Mungkin hanya lagu Abadi dan Teman Tak Bernyawa. Yang lain-lain, memang keras sikit terutamanya Singa Taring Palsu.

Antara tracklist penuh:
  1. Strategi
  2. Abadi
  3. Duri
  4. Empat Sudut Berdiri
  5. Raja Jiwa
  6. Alam
  7. Generasi
  8. Singa Taring Palsu
  9. Teman Tak Bernyawa
  10. Sendiri Untuk Kemana



MAY pernah bertukar-tukar vox bermula daripada Mus, ke Yantzen, One dan kemudian kemasukan semula Mus di dalam MAY. Kenapa nama MAY? Rasanya semua otai dah tau yang MAY adalah gabungan nama 4 ahli kumpulan MAY sendiri iaitu Mus, Man, Abu, dan Yus. Walaupun pernah berada di dalam kompilasi Juara-Juara Rock pada 1987, sejarah penubuhan awal kumpulan dari Perak ini tidak diketahui melainkan anggota-anggota asal ni pernah bersama Black Mass, Exit dan Test 1 (lihat Muzik Rock)

5 comments:

  1. yeah!pakcik kordi is 1st!may selalu main kt funfair temerloh!hari tu bwk flying v!gila ganas!huaa!!!

    (keh3.....no more abg besi!)

    ReplyDelete
  2. Ni album aku dah lupa lagu2 best dia mcmana. Kalau tak silap ada 1 lagu yg drumbeat dia ala thrash gitu. Kalau tak silap la, kalau silap..huhu album lain la tu

    ReplyDelete
  3. aku kurang familiar dgn album ni..ini adalah zaman2 aku dah tinggalkan rock melayu...heheh

    Takilala...tu bukan lagu pahlawan mimpi ker...album Rahsia...tu la album last yg aku betul2 follow May..

    ReplyDelete
  4. May ni aku layan zaman2 rock kapak je dulu. Masih ingat lagi juara lagu..TV3. Tahun berapa ek? tak ingat le aku...

    ReplyDelete

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...