Wednesday, October 14, 2009
Samosa Mutant
Brader ni dengan tanpa segan silunya dan begitu sporting melayan kerenah aku untuk mengambil gambar, jadi inilah keadaan gerainya yang penuh dengan kuih-kuih untuk sarapan pagi dan petang.
Terletak di persimpangan Queens Street, atau lebih dikenali di Penang dengan gelaran Little India. Gerai ini beroperasi daripada waktu pagi sampai petang. Jadi, bolehla tengok mat-mat saleh ataupun awek-awek Jepun yang memang cun melayan makanan yang rata-rata berasaskan kari. kalau nasib baik, bolehla makan sekali ngan chicks Jepun yang memang sporting abes. Konnichiwa umba-ten, kimi ga ichiban daisuki na hito! Har-har har........
Untuk review makan pagi aku kali ni, samosa ni memang mutant abes. Kebiasaannya, kulit samosa berasaskan kulit popia, tapi yang sini punya berasaskan tepung yang sama digunakan untuk karipap. Contohnya, samosa ayam ni, sememangnya ada seketul ayam tanpa tulang dan ubi kentangnya pun memang padat dan basah! Ada jugak isi-isi lain seperti sotong, daging dan tuna. Tapi hari ni sempat rasa ayam saja, memang sedap dan berbaloi!!!
Rasanya memang sedap kalau beli dan lepak kat gerai minum sebelah sambil layan awek Jerman, Jepun, Holand, UK etc. dan kemudian buat dosa mata. Kena pakai penutup mata kalau makan kat sini... (untuk yang berbini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anugerah
Semalam 21 Ogos 2026 Muhammad Qayyum hadir ke HAKA (Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik) MRSM Balik Pulau. HAKA untuk MRSM ni buat untuk pe...
-
Laporan Kutujukan Khas Untuk Ayahanda Tercinta: Abu Bakar Bin Ahmad , serta Seluruh Bikers Malaysia Semoga Kita Memperoleh Manfaat Dari Cata...
-
Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan me...
-
Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...




Makan sambil menjamu pemandangan memang best!!
ReplyDeletesedap aa samosa tu.
ReplyDeletesalah satu sebab untuk gua fly pi Penang ni!!
ReplyDeletelapa da ni taw!
ReplyDeletesedap cuci mato ha!
ReplyDeletewahh..dh lame x blk penang!
ReplyDeleteadeh..
~salam tuan blog.. :P
assalamualaikum...abg besi dh tiada lagi di dunia bloggers,namun abgbesi ttp merindui awk semua..okies,jgn kecoh2,HIDUP MESTI TERUS!
ReplyDeleteWah..Aku kene gi penang gak ni..Betul ka sedap.. Mus, Samosa Itik ada tak?
ReplyDeletemeleleh air liur nih
ReplyDeletearr.. tak terlayan aku nak jawap ni... semua jawapan ada di gambar. mekacih...
ReplyDelete