Wednesday, November 25, 2009

Sepetang Bersama Racers Hampir Pencen



Terus terang, aku memang dah lama jatuh cinta dengan motosikal yang ada ciri-ciri motocross/supercross ni dari dulu. Cuma aku rasa tak praktikal aku nak menggunakannya melainkan duit aku dah ada banyak sangat. Dengan adanya kebun buah, berkemungkinan besar motor-motor seangkatan dengan ni memang aku bedal amik. Takla susah nak angkut durian dengan Honda EX5 aja macam entry acecece ni (link).



Petang tadi, selepas jamuan perpisahan rakan sekerja aku, Encik Ismail (rasa macam tak percaya dia dah pencen, very nice guy..) Aku dan abang Hisham on the way nak balik ke opis. Dia yang sememangnya tahu aku nak angkat motor baru, terus singgah di kedai kawan lama dia. Mana lagi kalau kedai Bulldog Kuan (link dan link dari Orang Kecil Orang Besar), lagenda Penang yang tak perlu diperkenalkan lagi.



Sebenarnya aku segan nak ke kedai Bulldog Kuan ni, walaupun entah berapa puluh kali aku melalui Jalan Datuk Keramat ni sejak tahun 1996 seorang diri. Nanti aku ceritalah kenapa. Aku cerita dulu pasal Kawasaki KLX150S ni. Untuk review (yang tak berapa) lengkap, boleh tengok kat sini, kalau nak tau dengan lebih lanjut la...

KLX 150 S Specification

Type :4-Stroke, SOHC, 2 valve
Cylinder :Single 144cc
Bore x Stroke :58,0 x 54,4mm
Compretion Ratio :9,5:1
MAx Power :8,60kW / 8000 rpm
Max Torque :12 Nm / 6500 rpm
Carburetor :Keihin NCV24
Engine Starter :Kick Starter & Electric Starter
Transmission :5 speed return

1. : 2,917 (35/12)
2. : 2,000 (32/16)
3. : 1,474 (28/19)
4. : 1,182 (26/22)
5. : 1,000 (24/24)

Final Drive Ratio :3,143(44/14)
Ignition : Very HappyC-CDi
Idle Speed :1400(+-50) rpm
Frame : High-Tensile steel, box-section perimeter
Wheel base :1285 mm
Ground Clearance :250 mm
Dry Weight :228 kg / 108 kg

Front Suspension :33mm telescopic fork / 7.1 in.
Rear Suspension :UNI-TRAK® linkage system and single shock with 5-way preload adjustability /7.1 in.
Dimension
Lengthx Width x Height :1975 X 760 X 1080 mm
Front Brake :Hidrolic, Single-Disc
Rear Brake :Hidrolic, single-Disc
Front Tyre :70/100-19
Rear Tyre :90/100-16

Menarik jugak motor ni. Tetambah kalau off-road. Har har har... Boleh bergoyang perut aku naik. Motor ni kecik sikit daripada big brothernya seperti KX250F (review) atau yang seangkatan dengannya. Tapi, besar sikit dari motor cub yang lain. Aku tanya tadi, harga lebih kurang RM8,000 lebih, kalau on the road, lebih kurang RM9,200.00.

Easy for my eyes only, not for my pocket.





Kepada mereka-mereka yang pernah melihat poster ini di dalam majalah KAPCAI, dukacita dimaklumkan, Yamaha YZF R15 (review) ni sememangnya takkan keluar di Malaysia dalam masa terdekat, tetapi telah dilancarkan di India. Hahaha, jadi lupakan sajalah niat anda tu. Diconfirmkan oleh salah seorang tester Yamaha la, siapa lagi.. Agak-agak siapa? Baca la kat bawah dan tekalah siapa yang confirmkan.



Perasan tak siapa dalam gambar kat atas ni? Kalau tau, memang hangpa semua 'orang lam' dalam arena motorsports kat Malaysia. Ok lah, aku cerita kenapa aku segan datang ke kedai Bulldog Kuan ni. Sebab-sebab utama ialah:
  • Aku bukan racer
  • Aku bukan ex-racer
  • Aku bukan mat-motor die-hard
  • Aku tak kurus
  • Aku tak berani layan korner >120km/h (accurate speedometer)
  • Aku tak berani top speed >160 km/h (accurate speedometer)
  • Aku tak dak 'hati kering' atas jalan tar.
  • Aku punya fobia belum hilang (link dan link)
Tapi hari ni aku sampai jugak kat kedai ni. Semua abang Hisham punya kerja la ni. Aku punya la segan bila dia tanya Ah Toi (Kuan Meng Leong) dan Kuan Meng Heng pasal spare parts untuk Belang R 150, samada senang nak set atau tak. Sesekali Ah Toi berceramah panjang kat aku, memandangkan aku sendiri sedar yang bentuk fizikal aku sememangnya tak sesuai langsung, atau dengan kata lainnya, tak padan dengan Belang R 150.

Dia asyik suruh aku amik Kawasaki KR 150 (review) at least. Tapi, hati aku dah tawar pada 2-strokes bikes. Keputusan nekad tu aku dah amik beberapa tahun lepas walaupun sebenarnya aku berkenan pada Yamaha RXZ Catalyzer (hehehehe). berkali-kali jugak aku terpaksa menepis soalan-soalan membunuh Ah Toi dengan jawapan;

"aiya Ah toi.. Wa bukan mau masuk itu race, wa mau naik itu belang suka-suka saja... Jalan-jalan... Wa tau la wa gemokkkkkk"

Tapi tau ka dia kata apa kat aku?

"Pasai lu gemok la gua suruh lu amik itu Kawasaki!!!"

Cilakak. Jawapan tu membuatkan kami semua kat situ gelak ramai-ramai. Kalaula aku dapat putarkan masa kepada keadaan badan aku kurus dulu.. Fuh.. Hahahaha.. (perasan).

Friendly betul depa semua terutamanya Kuan Meng Heng. Apa yang dia borak dengan abang Hisham, aku pun dah tak tahu hujung pangkal. Terlampau teknikal sampai aku tak paham apa. Jadi, peluang yang ada, aku tengok accessories yang ada dalam kedai sajalah.

Terdengar jugak perbualan antara ramai 'orang-orang lam' ni pasal proposal untuk wujudkan balik track dalam bandar (mana lagi, Padang Kota la!) seperti waktu dulu-dulu terutamanya seperti waktu GP Penang (link), dengan penambahan sikit daripada litar asal. Sebijik dah macam Monaco punya GP kan? Aku harap dapat buat balik la. Penat aku nak menapak ke Batu Kawan, tak best langsung track tu!

Pagi ni, 26 hb November 2009, Kuan Meng Heng akan berlepas ke Indonesia. Aku tak berapa dengar tadi, yang aku dengar tadi, ada kaitan dengan Asia Road Racing. Sebab tu aku tak kategorikan semua 'orang lam' ni sebagai Racers Pencen, tetapi hampir pencen. Kenapa? Sebab kebanyakan orang-orang dalam gambar atas tu sekarang banyak bekerja di sebalik tabir arena permotoran Malaysia seperti manager team racing lah, mekanik la, Tester Yamaha lah dan lain-lain lagi.

Sebelum aku dan abang Hisham balik untuk sambung buat kerja di Balik Pulau, Meng Heng (info) sempat berkata kat aku yang aku akan ingat sampai bila-bila.

"Kawan, Belang tu bagus, ok jugak. You amik Belang tu takpa, tapi jangan jadi hidung belang nanti".

4 comments:

  1. Mus, Belang hang bila nak kluaq? Kasi review satu kali.. aku dengan RPM boleh adjust, mcm best..aku nak ganti Superbike modenas KRISTAR KR110 aku tuh..

    TQ Bro..

    ReplyDelete
  2. tengah tunggu Plet Nombot keluar..

    Memang la. Tukar CDI untuk cut off RPM tu. Standard, RMP cecah 7K dah naik alarm indicator. Tukar CDI, insya-Allah boleh sampai 12-13K.

    Kelmari tu, singgah kedai tanya depa la... Boleh tune ker tak. Kedai Bulldog tak mau buat, tapi Ah Guan penang boleh buat. Tunggu motot keluar jelah......

    ReplyDelete
  3. Salam Mus

    Jumpa aku masa Rd 10 Pdg Kota Lama nanti. Mmg Bulldog (dan organizer SAM) minta aku bertugas tapi aku ada hal Ahad. Jadi Sabtu aku dtg tengok-tengok track "Acad Dwg" aku tu.

    Sayang track kena pendek sbb Dewen Sri Pinang ada kenduri kahwin 3 hari 3 mlm.

    Lukmanw

    ReplyDelete
  4. yeah!!! Insya-Allah bang. No phone saya 019-4544507

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...