Sunday, November 5, 2023

Demi Masa


Dalam The Flash, ada scene di mana dia akan mendahului masa; waktu ni dia akan meletakkan objek sebelum benda tu terjadi. Contohnya, scene awal filem The Flash (lakonan Ezra Miller) menunjukkan Flash menyusun kesemua bayi yang sedang jatuh dari bangunan yang runtuh supaya apabila mereka jatuh, ada stretcher bed yang akan sambut bayi-bayi ni kat bawah. Ni menunjukkan betapa lajunya Flash ni buat kerja. Nak tunjukkan betapa lajunya scene ni terjadi, sebenarnya time dia selamatkan bayi ni, dia sedang order latte dengan donut dekat cafe sebelum masuk office. Ya, punya laju.

Habis movie ni baru aku dapat relate, bila dah semakin tua ni, banyak benda yang aku sendiri rasa dah slow dan tak pantas macam dulu. Kadang-kadang sampai rasa sehari habis macam tu saja, atau tiba2 dah sampai hari Ahad dan esok hari Isnin nak masuk kerja.

Sekarang baru aku faham apa ustaz waktu sekolah rendah aku cakap; "Dunia akhir zaman ni akan terasa begitu cepat masa berlalu".

1 comment:

  1. bab hujung minggu tu kena ada aktiviti, tak kisahlah personal atau dengan keluarga, baru terasa ada pengisian dan masa berlalu lama... kalau tak memang Sabtu-Ahad tu terasa berlalu begitu sahaja, aku pun perasan

    ReplyDelete

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...