Tuesday, April 29, 2008

Ku Kehilangan JIWA 3 Dimensi


Hari ni merupakan hari aku sedih sangat-sangat. Bukan sebab aku kena charge RM268.00 untuk korek blok piston motor aku, atau duit aku tinggal RM20.65 untuk bulan Mei ni.... Tapi aku telah kehilangan satu benda yang boleh dikategorikan tersangat penting dalam hidup aku.

Aku menulis blog ni di Alor Setar, belum bersemangat nak balik Penang. Kenapa aku di Alor Setar? Ceritanya macam ni.....

Aku tiba dari Kuantan pada pukul 7.30 Pagi tadi dengan bas ekspress Utama Ekspress VIP Coach. Tengah memunggah barang nak masuk teksi, aku tersedar aku ter'miss' satu benda... Benda tu ialah CD Wallet aku!! Dalam CD Wallet tu ada Cd Disc 2 Wings Terunggul (Limited Edition), Keunggulan Search (Limited Edition), Greenday American Idiot, (original edition), 2 cd Keunggulan Rock 80an-90an, 2 cd Keunggulan Rock 90an, 2 cd Kristal vs Rock 90an, cd Rock Arena yang aku sayang sangat-sangat, cd multiple mp3 rock melayu, cd Guns N Roses Greatest Hits dan ntah apa-apa lagi CD aku dalam tu aku tak boleh nak ingat. Aku dah rasa sebak sangat-sangat ni.

Balik je rumah, aku capai kunci kereta kakak aku dan shoot terus Penang-Alor Setar semata-mata koleksi-koleksi cd...............yang pada sesetengah orang, tidak bernilai. Minta maaf, semua koleksi aku adalah nyawa aku, dan setiap satu daripadanya membawa seribu erti. Tapi sayangnya, dengan bantuan kawan aku di Alor Setar, dia dapat menghubungi drebar bas tu yang sudah sampai ke Kuala Perlis, dan menurutnya, dia dah check bas tu dan tiada barang yang tertinggal atas seat bernombor 17-18 yang aku duduk semalam.

Kepada mamat-mamat di luar sana yang 'terambil' koleksi aku tu, tolonglah pulangkan balik dengan menghubungi aku di 012-5359004, 019-5750507 atau 013-4280043

Terima kasih,

speedrider aka mus

Saturday, April 19, 2008

Minggu Penuh Tekanan!

Minggu ni merupakan minggu 'killer' dalam sejarah aku bekerja di toooooooooooooot. Sejak Sabtu minggu lepas, hari-hari ada breakdown. Sejak 3 hari lepas, balik sampai rumah dalam 2 pagi. Tertekannya aku..........

Hari yang paling teruk, kelmarin la. Aku merasa kejap 'kerusi panas' pegawai aku, bila member aku yang senior (merangkap tugas pegawai) cuti kecemasan. Masya-Allah, aku rasa baik aku jadi kuli aja dari aku jadi bos! Punyalah tension bila tak sampai 30 minit, handset aku berbunyi, ada ja problem yang sampai. Tapi paling sempoi, kes breakdown di Taman Lip Sin di mana 3 hari diperlukan untuk recover balik service streamyx kat area tu. Bayangkan, 3 hari!!!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!! Balik pukul 2 tiap-tiap hari, macam nak gila. Nasib baik hari ni, vendor dah sampai walaupun dibayar untuk settlekan masalah yang memang aku tak dapat solve tu. Berbaloi jugak diaorang datang, rupa-rupanya, ada multiple problem kat equipment tu, patutla aku ngan senior-senior aku tak dapat solve. Adoila, yang pasti, nama aku dah sedikit
tercemar sebab pasal aku, 3 Assistant Request dikeluarkan kepada vendor untuk solve problem dimana dari 3 AR tersebut, 1 AR ditarik balik sebab at last aku berjaya jugak solve problem yang berlaku pada sebuah equipment yang dah berusia hampir 10 tahun tu.

Disebabkan masalah-masalah kerja yang bertimbun, aku tak dapat online selama seminggu. Huhuhuhu... Jadi tadi aku kemas la balik bilik aku yang tak well-maintained ni dan susun balik semua harta-harta aku yang aku sayang ni. Dan sekarang, susah betul aku nak rip semua ni disebabkan komitmen aku untuk kerja dah semakin meningkat, dan secara automatiknya, aku kena terus bekerja untuk survive, kahwin, beli kereta, nak sara anak, nak beli rumah dan nak beli gitar baru. Wakakakakakakkkakaka hampeh betul aku neh.

Abis jer keja, aku sempat pegi PC Fair di PISA, penang, sempat la sambar CD Wallet untuk simpan CD-CD aku dengan rapi, maka, semua cover-cover CD dapatlah disimpan dengan rapi agar semua leaflet dalamnya tidak terusik. Hehehehehheh. Aku malas nak kira balik semua yang aku ada, sebab kalau aku kira balik, hampeh..... Memang menyesal la tengok angka RM29.90 boleh mencecah beribu-ribu lemon dan boleh buat downpayment 10% kereta Persona takpun gitar RG Series yang baru. (takpun duit kenduri kahwin aku). Esok, plan aku adalah nak jumpak ehem-ehem memandangkan dah 2 minggu aku ignore dia sebab sibuk ngan keja dan aku nak pi PISA sekali lagi untuk beli printer untuk kakak aku. Lepas tu aku pun tatau nak pegi mana. Ada tak tempat yang takleh mengabihkan duit? Suggest kat aku!!!!!

Friday, April 18, 2008

SYJ08 Bubar???????????????

Info diceduk terus dari http://besihitamproduction.blogspot.com/
sila rujuk website tersebut.



BERITA SEDIH KEPADA PEMINAT BAND ROCK 80AN IAITU SYJ YANG PERNAH MENJADI KONTROVERSI SEKITAR TAHUN 80AN YANG PERNAH POPULAR DENGAN LAGU MATA SEPET DAN HATI SYAITAN. BAND YANG SEANGKATAN DENGAN MAY,SEARCH,WINGS INI BARU-BARU INI TELAH MENYATAKAN PENGUNDURAN BEBERAPA ANGGOTA ASALNYA OLEH BEBERAPA SEBAB YANG AMAT2 DIKESALI. BAND YANG DIPENGURUSI OLEH SYED YUSUF JAMALULLAIL INI TELAH MEMBUAT COME BACK PADA TAHUN 2008 INI TELAH MEMBERI NAFAS KEPADA NAMA BAND SYJ DENGAN NAMA SYJ08 NAMUN PENGGABUNGAN ITU TIDAK LAMA KERANA..KERANA APA? MARI KITA DENGAR RINTIHAN INI.

"akum..pengumuman sedih.3 org line up syj08 telah mengundurkan diri dan tidak dapat meneruskan kesinambungan syj08 atas sebab2 dan halangan yg tak dapat di elakkan.kini hanya tinggal alang.hery,noar dan yus sudah mengundurkan diri walaupun sebenarnya berat hati dan sayangkan syj08.apa punca jadi begitu?hanya tuan2 yang tahu mengapa SYJ dahulu telah bertukar menjadi SOFEA.begitulah yang terjadi pada syj08.kami dah dianiaya,buang masa,tenaga dan keringat...tuhan saja yg tahu.untuk show rock kangkang di c.m syj08 mohon maaf kerana tak dapat perform.alang dgn pak syed dh train budak2 ingusan yg masih bersekolah dan tak pernah pun on stage untuk show d rock kangkang nanti...alang dan pak syed dah tak hiraukan kualiti.kami pemuzik yg dah bertahun2 berpengalaman pun dibuang begitu saja..nuar,hery dan yus mohon maaf kepada semua.kami dah bawa diri masing dan takkan jejakkan kaki distudio SYJ yg penuh konflik.diulangi lagi..FIKIR2KANLAH MENGAPA SYJ ASAL DAHULU BERTUKAR MENJADI SOFEA...(sikap tamak haloba manusia mengatasi segala-galanya)-saddaqallahulazim...amin"

Monday, April 7, 2008

Mainan Baru Seorang Baby Tua

Akhirnya... setelah 6 bulan menunggu dan suku abad hidup di muka bumi... akhirnya aku.....

dengan video yang kering.... http://speedpsycho.multiply.com/video/item/40/Ibanez_RGR321EX








Sunday, April 6, 2008

Minggu Perabih Duit


Aku start kursus pada 24/3/2008 sampai 2/4/2008, tapi aku sampai ke KL pada tengah hari Sabtu 22/3/2008. Sampai jer kat situ, benda 1st sekali yang aku buat apa lagi... makan la.............. Sesi makan sampai takleh bangun tu dihadiri oleh aku, Iskandar (Panglima73), Lin (Princess) dan Shidi (CDgtxx), semuanya geng-geng rockapak.org. Lepas makan tu jer, CD terus ajak dia ke studio MIM di Glenmarie, Shah Alam. Merasa jugak aku dengan equipment studio yang berharga ratusan ribu ringgit tu. Walaupun tak reti main sangat, tapi ter'cover' jugak bila main barang mahal. Wahahahahahhahahaha...















Kalau Steve Vai tengok aku main, confirm dia menangis... Menangis sebab aku berjaya menghancurkan reputasi gitar dia tu hah.. Wakakakka. Aku tau, kalau korang tengok balik video-video yang aku upload masa main kat studio ni, korang mesti terpegun dengan drumset dia kan? Oklah, aku menjawab sikit pertanyaan tu.... Drumset tu dulu milik Akira Jimbo (drummer Jepun) yang selalu buat show kat Malaysia, tapi ntah macam mana, dia malas bawak balik drumset tu balik ke Jepun, dan owner studio ni pun beli la drumset ni kat drummer tu melalui tokey Bentley (kalau tak silap) dengan harga lebih kurang RM40,000.00 (pun kalau tak silap). Terbeliak la bijik mata aku (dan korang semua) bila tengok konsert punya drumset ada dalam studio ni kan?













Lepas tu, mulalah aktiviti-aktivi gathering, tengok live band depan Bistro BB Plaza dan semuanya lah. Sempat jugak aku jumpak Apat and Wife (http://evildead78lair.blogspot.com/) dekat Kampung Baru (terima kasih banyak-banyak belanja aku makan). Alhamdulillah, masa tengok live band tu, aku dikhabarkan oleh Ramo yang band dia insya-Allah akan mengeluarkan album dalam pertengahan tahun ni dan kerja-kerja masuk studio sedang dijalankan ketika aku sedang menulis blog ni. Apa yang menariknya, band VISION ni akan menampilkan Omar (ex-guitarist Laksamana) sebagai Lead Guitarist band tersebut. Yang ni memang sure gempak.... Kalau nak tau macam mana style Omar Laksamana main sekarang, bolehla lepak depan Bistro BB Plaza dan tengok macam mana cara dia... Sure gempak especially solo-solonya yang tak berubah masa zaman Laksamana dulu. Tengok Live band ni, punyalah ramai, termasuk la ahli-ahli rockapak.org. yang rata-ratanya jenis kelawar macam aku. Hahhaahahhaha. Dan untuk pengetahuan semua, Lee Space (ex-drummer Def Gab c) pun sedang bermain dengan live band Omar ni di BB Plaza (group lain, bukan Vision). Cuma korang maafkanlah sikit permainan Lee Space tu, dah dekat 3 tahun tak main katanya.... (pepaham jerlahhhhhhhhhhhhhhh....)












Gathering yang boleh dikatakan last sekali ialah di Studio MIM. Di mana malam tu aku pi ushar band Headhunter practice dari pukul 8 malam sampai 3 pagi. Muahahahahahaha gila betul. Bawak lagu-lagu Loudness, Search, Steelheart, Kembara dan band-band rockapak yang lain. Dengan Tolyn (ex-guitarist Dayana 1993) sebagai sifu merangkap lead guitarist malam tu, aku betul-betul puas hati. Diajak main sekali pun aku tak berani. Hahhahahaha, yerlah, kejap rosak abis lagu-lagu malam tu.

Terima kasih aku kepada:

1. Iskandar dan Lin: yang bawak aku round KL, belanja makan
2. Apat n Wife: yang belanja aku makan
3. Tolyn Dayana: Yang sudi tukar gadjet aku yang rosak dan buat power splitter adapter.
4. Herman Sengsara: Yang bagi aku tips yang aku rasa 15 tahun lagi baru aku reti nak pakai.
5. Headhunter band: Yang sempoi gila...
5. Ramo: Bro memang gerek sehhhhhh..... Album nanti jangan lupa autograph kat saya
6. Omar Laksamana n band: Yang memang power siot.
7. Shidi n Uncle Big Boss @ MIM: Tq sebab bagi aku merasa equipment yang confirm aku takleh beli.
8. Razief n Radzi: tq for advices
9. Member-member http://rockapak.org/forum: Zen n gang, Uyyan- Wan- Huzai dan 2nd vocalist yang akutak ingat nama, tapi ingat nick dia r0ckstar (Headhunter), Tolyn (Dayana 1993), Herman Ramponising (Sengsara - Rock Unite), Bro razief and Radzi (anak Razief) dan Mr. Ramo dari band Vision.

P/s: Wahkahkah sikit pun aku tak cerita pasal kursus aku!!!!!!! Hahhaha kursus boring la bai.........

Tuesday, March 11, 2008

Khairy punca BN tewas mengejut?

Artikel ni aku CUT AND PASTE jer dari email aku.... Malam 8 Hb Mac tu, berpuluh2 sms masuk handset aku tanya mcm mana Penang jatuh ke tangan DAP. Muekekekek, macam wakil rakyat pulak aku nih..... Korang bolehlah calonkan aku jadik calon BEBAS next election nanti yerk.

Mar 9, 08 10:12pm

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi:

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) 'meletakkan jawatan', apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan 'hara-kiri'. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.

Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?


Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini tidak sesuai, salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

Saya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein) ...

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika adan tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.

Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

Dia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang "Ini muka tak bertukar, tak bertukar" [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka diah? Jika dia Britney Spears, lainlah ...

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Syed Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.

Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.

Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?

Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. "Ini semua angkara Kali. Kali ini," cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.

Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?

Memang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno - jika mereka cukup - boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.

Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.

Mesej Aku Untuk Melayu Pulau Pinang

Pergi ke pasar membeli keli

Singgah sebentar di pajak gadai

Kerana kita tukar undi

Kampung terjual, negeri tergadai

tq kepada semua kerana mengkhianat bangsa sendiri

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...