Saturday, December 20, 2008
Jom Pakat Mai Penang!!!
Memandangkan tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya.. Dan dikhabarkan segerombolan Sayap-Sayap akan terbang ke Penang dalam masa terdekat ni untuk bersama-sama di Pesta Pulau Pinang, dengan berbesar hatinya aku akan membuat self-advertising untuk negeri aku yang tercinta ini.
Orang kata, Penang ni syurga makanan sebab hampir semuanya ada (dan semestinya sedap), maka cerita aku kali ni akan lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
1. Nasi Kandar Line Clear, Georgetown - klik sini untuk peta
Kedai yang terletak di "lorong-lorong gelap Ranggi Metropolis" ni sebenarnya adalah yang terkenal di Pulau Pinang selain Nasi Kandar Beratur (sebelah Masjid Kapitan Keling). Nasi Kandar Line Clear terletak di Jalan Penang (Penang Road), betul-betul di hadapan kedai Pitchay Gunny (dulu masa Levis susah nak ada butik, kedai ni la pembawa masuk jeans Levis). Menariknya Line Clear adalah jika mood mamak tu baik, tiap kali lepas siap letak lauk dia akan kata, Line Clear ka? Dan kalau kita pun dah puas ati dengan lauk atau campuran kuah, kita katala LINE CLEAR, hahahahaha...
Sesunguhnya, lupakan tentang khabar angin yang menyatakan Line Clear ni kotor. Memang la kedai ni sempit sebab betul-betul dalam lorong dan sedikit merimaskan tempatnya. tapi Alhamdulillah sepanjang aku pi makan kat sini, belum pernah aku masuk hospital akibat keracunan makanan. Lagipun, banyak lauk dimasak betul-betul depan kedai, tengokla sendiri mamak tu masak kalau tak percaya.... (abaikan jelah ada tikus berlari, dah nama pun lorong...) Kalau time malam pulak, ada dijual susu segar dengan yang paling special, Susu + Telur (boleh kembang tekak punya stok ni..) hahahahah
Kesesuaian makan: 24 jam
2. Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Itam - klik sini untuk peta
Hah, nasi Kandar ni special sikit sebab dia hanya bukak dari bukak dari waktu pagi sampai tengah hari saja. Rasa Gulai Ayam dia memang marvellous hingga menjilat kaki eh, jari.... Dulu, tukang bancuh air dia ialah Tokey Cina, tapi pagi tadi aku pi makan (gambar baru neh....), tokey Nasi Kandar ni dah beli tapak kedai minuman (dalam kedai yang sama jugak) dan sekarang ianya 100% Muslim operated. Lauknya sikit saja tapi dengan rasanya yang sedikit unik menjadikan kedai ni sentiasa diserbu kaki Nasi Kandar walaupun sedikit jauh dari bandar. Jadi, tak hairanlah 2 lot rumah kedai dibuka untuk menampung jumlah pelanggannya yang ramai.
Kesesuaian makan: Sarapan pagi dan tengah hari.
3. Nasi Padang Minang (dulu International), Georgetown - klik sini untuk peta
Okey, untuk insan-insan istimewa yang tak lalu dan geli geleman dengan Nasi Kandar, bolehla try kedai ni. Terletak di Transfer Road, adalah sukar untuk mengalahkan rekodnya sebagai pemegang kedai Nasi Padang yang tertua di Penang. Seingat aku waktu aku kecik-kecik, namanya ialah Nasi Padang International (worlwide tu, hehehehhe) kerana ia terletak di bawah Hotel International. Jadi, bolehla pekena Nasi Padang disini sambil menghirup kopi 'O' kaw Cina.
kesesuaian makan: tengah hari
4. Roti Canai Transfer Road - klik sini untuk peta
Ia terletak hanya beberapa meter dari Nasi Padang Minang seperti yang diceritakan di atas. Yang ni pun satu punya kegilaan rakyat marhaen di Penang. Kedai ni memang hardcore roti canai lovers punya port lah. Sambil makan, sambil bersedia untuk lari!!!!! Yerlah, kedai betul-betul tepi jalan besar. Sayup-sayup jer lori, bas dan kereta lalu depan korang sambil korang pekena roti canai (macam tengok wayang orang racing kereta). Dengan kuahnya yang masyuk terutama jika ditambah daging, pasti membuatkan anda berpeluh dahi bila pertama kali mencubanya. Bagi yang tidak hardcore, sure anda akan mencari tandas selepas itu (ini serius dan bukan main-main)
Kesesuaian makan: Pagi, awal pagi.
5. Bazar Chowrasta, Penang Road - klik sini untuk peta
Terletak di jalan yang sama dengan Nasi Kandar Line Clear. Jangan tak singgah ke sini!!! Port wajib untuk anda membeli jeruk Penang. Walaupun masih ada port lain di Sungai Ara dan Balik Pulau (kilang jeruk), di sinilah port terbaik anda untuk merasa jeruk buah salak, pala, mangga dan lain-lain untuk dibawa sebagai buah tangan bila pulang ke negeri masing-masing. sekitar Penang Road, anda boleh window shopping atau merasa Cendol Penang yang sempoi dan macam-macam lagilah.
Warning.... Dekat area bazar ni ada banyak kedai kain. Kalau bawak bini tapi tak sanggup ikut dia tgk kain, pandai-pandailah korang nanti yerk. Hahahahahah
6. Gurney Drive - time malam, bolehla cari sotong bakar dan Satay Rusa dekat area foodcourt
7. Medan Selera Polis Marin, Teluk Tempoyak Dan Seagate - port 'panas' untuk dinner Ikan Bakar cicah air asam
8. Restoran Kapitan, Chulia Street - Dia punya Roti Naan Tandoori memang meletup... (malam sahaja jual roti naan, siang tak jual)
9. Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling - seperti namanya, aku tak pernah makan pun!
10. Medan Suri, Sungai Nibong - Terletak betul-betul sebelah Terminal Bas Sungai Nibong dan Tapak Pesta, ini adalah port terbaik untuk melepak pagi-pagi sambil pekena Nasi Lemak, Roti bakar dan lain-lain jenis sarapan pagi.
Cukup lah kot acara preview Jalan-Jalan Cari Makan aku kali ni. Berjumpa kita nanti semua Sayap-Sayappppppppppppppppppppppppp~..... Insya-Allah.
Wednesday, December 17, 2008
Krisis Ekonomi Makin Terasa
Pembaca-pembaca aku mungkin pernah terbaca ulasan aku tentang guitar strings brand Alice ni. Bila aku tengok balik komen-komen diaorang kat situ, sememangnya aku akan senyum sorang-sorang.
Sebenarnya ulasan aku pada waktu tu hanya suka-suka, dan hanya nak mencuit kenangan guitarist-guitarist kampung yang kini banyak yang berjaya secara serius dalam bidang ni. Tak sangka pulak banyak yang komen balik kat aku melalui web, email, YM dan SMS.
Malam ni, aku beli lagi tali ni, 4th dan 5th string (haritu aku pakai tali kapok sebab kedai ni abis stok tali ni). Inlay covernya pun dah berubah, ala-ala metal abes kali ni, hahaha.
Memandangkan aku pun dah lama tak pergi jamming, aku buat keputusan untuk pakai aja tali cap ayam ni. Nak main kat rumah aja pun...
Sebenarnya, aku memang kena berjimat dah kali ni. Semuanya kerana gara-gara ramalan pakar ekonomi dalam dan luar negara yang menjangkakan akan berlaku kemelesetan tahun depan. Walaupun DS Najib asyik dok kata ekonomi ok, aku pulak kata K.O.!
Bekas kilang aku dulu asyik dok buang orang aja skarang ni, member-member yang kena keja shif ada yang dah kena keja normal. Abang sepupu aku yang hari-hari OT dah start kena freeze OT.
Walaupun minyak dah turun balik, tapi hampehnya harga barang tak pula turun-turun. Kalau dulu aku gelakkan member-member aku di KL kerana nasi sepinggan (lauk ayam sayur telur) harganya RM6.00, sekarang aku terpaksa menelan hakikat dekat Penang pun dah banyak kedai yang charge aku harga macam tu. Arghh brengsekkk.. Aku tertekan la macam ni.
Maka, aku akan lupakan kejap Ernie Balls Super Slinky favourite aku tu dan terpaksalah aku bertahan dengan apa saja yang aku ada dalam poket aku yang sentiasa kering ni.
Sebenarnya ulasan aku pada waktu tu hanya suka-suka, dan hanya nak mencuit kenangan guitarist-guitarist kampung yang kini banyak yang berjaya secara serius dalam bidang ni. Tak sangka pulak banyak yang komen balik kat aku melalui web, email, YM dan SMS.
Malam ni, aku beli lagi tali ni, 4th dan 5th string (haritu aku pakai tali kapok sebab kedai ni abis stok tali ni). Inlay covernya pun dah berubah, ala-ala metal abes kali ni, hahaha.
Memandangkan aku pun dah lama tak pergi jamming, aku buat keputusan untuk pakai aja tali cap ayam ni. Nak main kat rumah aja pun...
Sebenarnya, aku memang kena berjimat dah kali ni. Semuanya kerana gara-gara ramalan pakar ekonomi dalam dan luar negara yang menjangkakan akan berlaku kemelesetan tahun depan. Walaupun DS Najib asyik dok kata ekonomi ok, aku pulak kata K.O.!
Bekas kilang aku dulu asyik dok buang orang aja skarang ni, member-member yang kena keja shif ada yang dah kena keja normal. Abang sepupu aku yang hari-hari OT dah start kena freeze OT.
Walaupun minyak dah turun balik, tapi hampehnya harga barang tak pula turun-turun. Kalau dulu aku gelakkan member-member aku di KL kerana nasi sepinggan (lauk ayam sayur telur) harganya RM6.00, sekarang aku terpaksa menelan hakikat dekat Penang pun dah banyak kedai yang charge aku harga macam tu. Arghh brengsekkk.. Aku tertekan la macam ni.
Maka, aku akan lupakan kejap Ernie Balls Super Slinky favourite aku tu dan terpaksalah aku bertahan dengan apa saja yang aku ada dalam poket aku yang sentiasa kering ni.
Monday, December 15, 2008
Masalah Dapatkan Majalah Empayar?
Sejak aku dengan tak sengajanya membeli Empayar #1 (cover Sweet Charity), mulut aku ni gatal mempromote majalah ni. Tak cukup dengan tu, ulasan ringkas aku masukkan di www.rockapak.org/forum dan laman Multiply aku.
Sedar tak sedar, dah masuk isu #5 dah pun! Cuma isu no 5 ni, lambat sikit sampai pasaran Penang atas masalah percetakan. Dalam pada masa yang sama, ramai jugak member-member aku yang tanya macam mana nak dapatkan isu-isu terdahulu majalah ni. (Korang ingat aku keja ngan Empayar ke?)
Setelah berjaya mengganggu Nazrul Empayar, akhirnya dapat dah caranya.
Untuk isu #1 sampai 4, caranya ialah buat postal order atau wang pos sebanyak RM30.00 atas nama:
Nazrul Azuad Ahmad
Dan dialamatkan kepada:
Empayar Network
P.O. Box 13419
50810 Kuala Lumpur
Tel: 012-6207752 (Nazrul)
Email: empayarmag@yahoo.com
Orait, semoga terjawab persoalan korang semua dengan entry aku kali ni.
Untuk sesiapa yang BELUM PERNAH buat kerja-kerja order ni, meh aku tolong ajarkan.
1. Pergi Pejabat Pos, buatlah Wang Pos atau Kiriman Wang (Postal Order)
2. Dekat nama penerima, letak nama Nazrul mcm kat atas.
3. Pos benda tu dekat alamat atas (resit tu simpan).
4. Masukkan data peribadi korang dalam surat tu, kalau tak, macam mana la Team Empayar nak pos kat korang!
5. SMS Nazrul atau Email empayarmag@yahoo.com yang korang ada buat pesanan, untuk Nazrul remark.
Ok, yang tu lah 5 langkah asas yang selalu dibuat untuk buat pesanan melalui pos. Heheh, selalu gak aku buat macam tu bila barang-barang yang aku nak beli takder kat Penang (aku malas nak pegi jauh-jauh, wakaka)
Saturday, December 13, 2008
Yamcha Rockapak Zon Utara
Monday, December 8, 2008
Trip Memancing Perairan Pulau Pinang
Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku berpeluang untuk memancing di sekitar perairan negeri tumpah darahku sendiri; Pulau Pinang. Dengan terujanya, izinkan aku bercerita...
Selepas Solat Subuh, aku pick-up Halim seperti biasa, terus ke Medan Selera Seagate (kami sarapan dulu di Medan Suri, Sungai Nibong). Untuk makluman, trip kali ini, kami ikut Pak Mail (pemilik Ismail Ikan Bakar di Medan Selera Seagate tu). Dengan kos RM60.00 satu kepala, kami mula bertolak ke perairan antara Jelutong dan Penang Port. Yang bestnya Pak Mail ni, ilmu tak kedekut dan umpan udang hidup disediakan sekali.
Punyalah malang nasib aku hari ni sebab pertama kali aku terlupa bawak Tackle Box aku. Dah la semua mata kail aku ada dalam tu... Apa lagi, buat muka tak malu la mengemis mata kail kat orang... Nasib baik batu ladung aku bawa satu bekas. Hahahhaah...
Kami start memancing bottom dia area boya (aku taktau ler korang panggil apa menatang ni) di depan Penang Port. Lepas tu main bot hanyut, terasa gak penangan kerapu kecik menyambar umpan. Aku jer dari awal sampai abis pakai rod. Yang lain semua pakai koyan (dalam bahasa orang putihnya, Hand Line). Feel memancing kena ada beb!!! Hehehehe, tapi serius, pakai koyan lagi senang rasa ikan.... Next trip, memang aku bawak koyan jerlah!!!! Gambar bawah ni sedikit info ringkas area kami pusing bot tu.
Pak Mail offer kalau-kalau kami nak jual ikan tu... Tapi biasalah, hasil pertama.... Bawak balik semua!!!!!
Gambar-Gambar kat bawah ni.... yang sempat ambik la... Lain-lain tu tak sempat ambil sebab hari ni memang Fish Frenzy abes.... All Out ikan menyambar! Puas hati!!!!!
Pak Mail ni pulak (gambar bawah ni), jenis tekong yang peramah dan bila dia tengok kami tak dapat ikan, dia akan ubah port... Hasilnya, aku ngan Halim dapat la dalam 28 ekor Kerapu Lenga, dan beberapa ekor ikan tanda.
Memang berbaloi betul hari ni dan seterusnya menamatkan badi kumpau setelah 3 minggu kumpau berturut-turut.
Sesiapa yang berminat untuk ikut Pak Mail, boleh dapatkan phone number dia dari aku. lepas tu, layan jerlah... hehehhehhe
Friday, December 5, 2008
Samad Lefthanded - Sentuhan Terakhir
Dengan keadaan ekonomi aku yang amat kritikal, aku gagahkan diri untuk membeli juga 2 set ekslusif ni kerana cetakan dan penghasilannya mungkin terhad.
Oleh kerana aku telah pun memiliki volume 1, 2 set ini telah melengkapkan segala-galanya. Takkan sama dengan VCD ciplak dan yang berlambak di Youtube. Sekurang-kurangnya hasil royalti album ni insya-Allah akan sampai ke tangan waris Allayarham Samad yang memerlukan untuk menempuh hidup.
Untuk Volume 2, ia menampilkan:
1. Debunga Wangi - Lefthanded.
2. Sampai Hati - Spring
3. Nur Kasih - Slam
4. Musibah - Sweet Charity
5. Mahligai Syahdu - Hattan
6. Ku Di Halaman Rindu (jamming - bonus track)
Untuk Volume 3:
1. Sejuta Wajah - Sweet Charity
2. Ku Di Halaman Rindu - Lefthanded
3. Suci - May
4. Dunia Perlumbaan - Sweet Charity
5. Usang - Rahim Maarof
6. Dunia Perlumbaan - (jamming - bonus track)
Sebenarnya, dengan kesibukan aku sekarang, memang aku tak ada masa nak berlatih gitar. Tapi sekurang-kurangnya aku puas, 'air tangan' gitaris lagenda negara sekarang berada dalam gedung ilmu aku.
al-Fatihah untuk Allahyarham Abdul Samad Mian.
Sunday, November 30, 2008
Trip Memancing Yang Meletihkan
Tengok sajalah gambar member aku tu memancing, sambil tidur pun boleh pegang rod lagi. Semalam memang letih menunggu sang ikan yang tak hadir-hadir. Jan berjaya menaikkan 3 ekor anak pedukang di Pantai Bersih sebelum kami berubah port ke Meriam Timbul (sebelah jeti feri Pulau Pinang).
Di Meriam Timbul, aku berjaya menaikkan seekor semilang yang akhirnya menjadi lauk tengah hari. Pukul 3.40 pagi, kami bertiga tertido atas pelantar tu sampai pukul 5 pagi dek kerana angin sepoi yang memang best sekali untuk tidur di bawah cahaya bintang. Hahahahaha
Nampaknya, khabar angin Siakap Putih muncul di Pantai Bersih adalah sekadar khabar angin semata-mata...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...