Memandangkan tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya.. Dan dikhabarkan segerombolan Sayap-Sayap akan terbang ke Penang dalam masa terdekat ni untuk bersama-sama di Pesta Pulau Pinang, dengan berbesar hatinya aku akan membuat self-advertising untuk negeri aku yang tercinta ini.
Orang kata, Penang ni syurga makanan sebab hampir semuanya ada (dan semestinya sedap), maka cerita aku kali ni akan lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
1. Nasi Kandar Line Clear, Georgetown -
klik sini untuk petaKedai yang terletak di "lorong-lorong gelap Ranggi Metropolis" ni sebenarnya adalah yang terkenal di Pulau Pinang selain Nasi Kandar Beratur (sebelah Masjid Kapitan Keling). Nasi Kandar Line Clear terletak di Jalan Penang (Penang Road), betul-betul di hadapan kedai Pitchay Gunny (dulu masa Levis susah nak ada butik, kedai ni la pembawa masuk jeans Levis). Menariknya Line Clear adalah jika mood mamak tu baik, tiap kali lepas siap letak lauk dia akan kata, Line Clear ka? Dan kalau kita pun dah puas ati dengan lauk atau campuran kuah, kita katala LINE CLEAR, hahahahaha...
Sesunguhnya, lupakan tentang khabar angin yang menyatakan Line Clear ni kotor. Memang la kedai ni sempit sebab betul-betul dalam lorong dan sedikit merimaskan tempatnya. tapi Alhamdulillah sepanjang aku pi makan kat sini, belum pernah aku masuk hospital akibat keracunan makanan. Lagipun, banyak lauk dimasak betul-betul depan kedai, tengokla sendiri mamak tu masak kalau tak percaya.... (abaikan jelah ada tikus berlari, dah nama pun lorong...) Kalau time malam pulak, ada dijual susu segar dengan yang paling special, Susu + Telur (boleh kembang tekak punya stok ni..) hahahahah
Kesesuaian makan: 24 jam
2. Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Itam -
klik sini untuk petaHah, nasi Kandar ni special sikit sebab dia hanya bukak dari bukak dari waktu pagi sampai tengah hari saja. Rasa Gulai Ayam dia memang marvellous hingga menjilat
kaki eh, jari.... Dulu, tukang bancuh air dia ialah Tokey Cina, tapi pagi tadi aku pi makan (gambar baru neh....), tokey Nasi Kandar ni dah beli tapak kedai minuman (dalam kedai yang sama jugak) dan sekarang ianya 100% Muslim operated. Lauknya sikit saja tapi dengan rasanya yang sedikit unik menjadikan kedai ni sentiasa diserbu kaki Nasi Kandar walaupun sedikit jauh dari bandar. Jadi, tak hairanlah 2 lot rumah kedai dibuka untuk menampung jumlah pelanggannya yang ramai.
Kesesuaian makan: Sarapan pagi dan tengah hari.
3. Nasi Padang Minang (dulu International), Georgetown -
klik sini untuk petaOkey, untuk insan-insan istimewa yang tak lalu dan geli geleman dengan Nasi Kandar, bolehla try kedai ni. Terletak di Transfer Road, adalah sukar untuk mengalahkan rekodnya sebagai pemegang kedai Nasi Padang yang tertua di Penang. Seingat aku waktu aku kecik-kecik, namanya ialah Nasi Padang International (worlwide tu, hehehehhe) kerana ia terletak di bawah Hotel International. Jadi, bolehla pekena Nasi Padang disini sambil menghirup kopi 'O' kaw Cina.
kesesuaian makan: tengah hari
4. Roti Canai Transfer Road -
klik sini untuk petaIa terletak hanya beberapa meter dari Nasi Padang Minang seperti yang diceritakan di atas. Yang ni pun satu punya kegilaan rakyat marhaen di Penang. Kedai ni memang hardcore roti canai lovers punya port lah. Sambil makan, sambil bersedia untuk lari!!!!! Yerlah, kedai betul-betul tepi jalan besar. Sayup-sayup jer lori, bas dan kereta lalu depan korang sambil korang pekena roti canai (macam tengok wayang orang racing kereta). Dengan kuahnya yang masyuk terutama jika ditambah daging, pasti membuatkan anda berpeluh dahi bila pertama kali mencubanya. Bagi yang tidak hardcore, sure anda akan mencari tandas selepas itu (ini serius dan bukan main-main)
Kesesuaian makan: Pagi, awal pagi.
5. Bazar Chowrasta, Penang Road -
klik sini untuk petaTerletak di jalan yang sama dengan Nasi Kandar Line Clear. Jangan tak singgah ke sini!!! Port wajib untuk anda membeli jeruk Penang. Walaupun masih ada port lain di Sungai Ara dan Balik Pulau (kilang jeruk), di sinilah port terbaik anda untuk merasa jeruk buah salak, pala, mangga dan lain-lain untuk dibawa sebagai buah tangan bila pulang ke negeri masing-masing. sekitar Penang Road, anda boleh window shopping atau merasa Cendol Penang yang sempoi dan macam-macam lagilah.
Warning.... Dekat area bazar ni ada banyak kedai kain. Kalau bawak bini tapi tak sanggup ikut dia tgk kain, pandai-pandailah korang nanti yerk. Hahahahahah
6. Gurney Drive - time malam, bolehla cari sotong bakar dan Satay Rusa dekat area foodcourt
7. Medan Selera Polis Marin, Teluk Tempoyak Dan Seagate - port 'panas' untuk dinner Ikan Bakar cicah air asam
8. Restoran Kapitan, Chulia Street - Dia punya Roti Naan Tandoori memang meletup... (malam sahaja jual roti naan, siang tak jual)
9. Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling - seperti namanya, aku tak pernah makan pun!
10. Medan Suri, Sungai Nibong - Terletak betul-betul sebelah Terminal Bas Sungai Nibong dan Tapak Pesta, ini adalah port terbaik untuk melepak pagi-pagi sambil pekena Nasi Lemak, Roti bakar dan lain-lain jenis sarapan pagi.
Cukup lah kot acara preview Jalan-Jalan Cari Makan aku kali ni. Berjumpa kita nanti semua Sayap-Sayappppppppppppppppppppppppp~..... Insya-Allah.