Hari ni, aku ralat sangat.
Aku terima berita kematian Abang Azmi semalam. Al-Fatihah.
Aku ingat lagi, last sekali aku jumpa dan bersembang dengan dia, ialah tentang rancangan untuk menghidupkan semula kolam ikan di tempat kerja aku. Dulu, Abang Azmi la yang selalu tukar air kolam, cuci kolam sebab water pump kolam dah lama rosak. Jadi aku dengan dia dah berkira-kira nak beli water pump baru untuk kolam tu.
Abang Azmi disahkan menghidapai komplikasi hati, buah pinggang dan jantung secara serentak. Aku terima berita kematiannya sewaktu aku memancing semalam. Jadi, aku rancang nak menziarah keluarganya dengan rakan-rakan sekerja pagi ni.
Tapi pagi tadi, hujan lebat membuatkan aku tersangkut di rumah. Tak berani aku nak bawak motor hujan-hujan atas Penang Bridge sebab dah dua kali aku hampir kemalangan atas jambatan maut tu sewaktu hujan. Tak pasal-pasal kang ada pulak kenduri arwah kat rumah aku.
Al-Fatihah buat abang Azmi Bin Majid, Penyelia Teknik Bahagian Kabel Utama, Zon 1 Bayan Baru.
Thursday, April 9, 2009
Wednesday, April 8, 2009
Berlari-Lari Sehingga Hampir Pengsan
Hari ni, kami berlari-lari di atas bukit. Dah lama kami tak lari-lari macam ni. Lari-lari kami nampak pokok durian. Dah berbuah.
Bila nak luruh? Tak sabar tunggu musim durian. Durian Penang kalau makan, boleh demam. Demam bukan sebab durian tu panas. Tapi demam sebab harganya 'panas'. Kami sabar. Kami lari lagi.
Kami lari lagi. Kami lari-lari di celah-celah rumah orang. Mesti depa kata kami gila lari-lari kat tepi-tepi rumah orang. Tapi nak buat macam mana. Kami kena lari jugak.
Kalau tak lari kami sakit. Kami lari-lari lagi. Kami jumpak kedai Nasik Kandar kat jalan yang kami lari tu. Terasa macam nak berenti makan, tapi kami kan tengah lari? Kami sabar. Kami lari lagi.
Kami lari lagi. Kami masuk balik ke tempat kami mula-mula lari tu. Kami nampak ada budak-budak ponteng sekolah sambil hisap rokok. kami nak tegur, tapi kami malas. Biarkan aja mak bapak budak tu tegur.
Serendah-rendah iman, kami benci saja dalam hati. Kami nampak ada couple tengah berasmaradana atas wakaf rehat. Niat hati nak ambil gambar, tapi kami kan tengah lari? Maka kami tak jadi ambil gambar. Kami lari lagi.
Selepas kami lari. Perasaan sabar tak dapat dibendung lagi. Kami pekena Nasi Lemak sebungkus dan kopi 'o' ais. Sekurang-kurangnya kami dah lari!!!
Pesanan Penaja: Syarikat menggalakkan senaman pada setiap pagi Rabu di premis syarikat ataupun kawasan sekitar demi gaya hidup yang sihat. Dan sekurang-kurangnya, ia adalah pelepas tekanan yang baik.

Monday, April 6, 2009
Mee Udang Restoran Aur Gading, Sungai Dua
Restoran ni adalah pesaing kepada Mee Udang Galah Sungai Dua, tempatnya pun dekat-dekat saja, bersebelahan sungai, dipisahkan oleh Jambatan Sungai Dua. Memandangkan kami dah pernah makan di restoran di sebelah sana, maka restoran ini dipilih untuk sessi terjahan pertama. Aku pernah datang restoran ni dah 2-3 kali, tapi tak pernah la pulak makan Mee Udang dia tu. Maka, bersempena lawatan Encik Sukhairi dari Johor yang teringin nak pekena Mee Udang Sungai Dua, maka kami pun bawalah beliau ke sini.
Tak tahulah kerana lapar ataupun suasana sejuk akibat hujan yang tak henti-henti, ingatkan aku sorang jer yang rasa sedap... Rupa-rupanya Nas, Yusoff dan Farah pun berkata benda yang sama!! Bang Sukhairi ngan Bang Wan pulak diam tanpa komen (tak sedap la tu...)
Tapi kami yang kata sedap ni sebab kami membandingkan antara kedai di seberang sungai sana yang kami makan haritu. Kedai yang 'femes' tu, kuahnya 'ceroi' dan tak pekat. lain pula di Aur Gading, kuahnya pekat dan boleh terasa pecahan-pecahan ubi kentang blender (Pendek kata, memang rasa mee kuah). Aku tak tahu la samada nasib kami memang baik malam tu sebab ia sedap ataupun hari-hari lain memang rasa macam tu. Kalau maintain rasa macam kami makan tadi, insya-Allah, bolehla aku jadi pengunjung setia sebulan sekali lepas ni. Total 3 mangkuk mee yang kami makan campur air bergelas-gelas dan jugak keropok sampingan (Tumpi - macam tempeyek, kacang pedas dan kerepek pisang) semuanya berjumlah RM89.00 ataupun RM11.12 seorang untuk 8 orang kami. Berbaloi tak? Pada aku..... berbaloi sebab memang kena ngan rasa mulut aku... Sedap! Kalau orang lain datang masa tak sedap... Aku takleh nak kata apa-apalah, hahahaha
Untuk sesiapa yang tak tahu jalan ke Restoran Aur Gading, bolehla search di www.wikimapia.org sebab aku dah tolong wujudkan lokasi restoran ni dalam peta atau korang boleh jer klik di sini. Kepada yang baru nak mencuba di sini, selamat menjamu selera. Kalau dari utara nak Kuala Sepetang cari Mee Udang... Baik di sini, lebih berbaloi....
View Restoran Aur Gading in a larger map
Sunday, April 5, 2009
Sekadar 'Buah' Mangga
Hari ni, dengan gembiranya, selepas sembahyang Subuh, aku terbongkang tidur balik hingga ke tengah hari. Walaupun aku dalam status standby hari ni, cukup cuak kalau dapat call breakdown awal-awal pagi. Dan dua hari ni dilalui dengan penuh ceria macam kanak-kanak Ribena - melepak di rumah.
Kadang² dalam keadaan cuaca dan suhu yang tak stabil boleh menyebabkan peralatan jadi tak betul dan jadi tiga suku. Suhu yang diantara 21°-32° adalah yang terbaik manakala dibawah 65° membolehkan sesuatu peralatan elektrik dan elektronik dapat bekerja dengan baik.
Sambil membaca apa yang aku merepek tadi.. ada nampak tak simbol ° dan ²? terfikir bagaimana nak melakukannya?
Aku menjawab cabaran Mazlan Idres di sini:
° - Tekan Butang ALT + 0176
² - Tekan Butang ALT + 253
Ada banyak lagi sebenarnya dan ia boleh dirujuk di sini.
Ok Lan, hang hutang kat aku Nasi Goreng sepinggan Isnin ni.
Bercakap pasal kod-kod ni... Celcom pun ada produk dia yang agal cool iaitu ZMS. Jadi, sesiapa yang nak rasa cabaran ber-SMS pakai ZMS, silakan. Aku sedia menunggu. Hehehe.
Lepas je makan dan sembahyang Zohor, selepas membaca surat khabar dan kemudian memikirkan masalah negara mengalahkan Perdana Menteri, aku pun keluar kejap ke depan kampung untuk lepak dengan kawan-kawan kampung. manala tahu kot-kot ada berita-berita terkini lagi sensasi tentang kampung tercinta ni. Sambil duduk kat kedai member yang sememangnya menjual surat khabar dan majalah ni, aku terpandang majalah yang selalu dikutuk... Apa lagi kalau bukan MANGGA.
Dan sekarang aku paham kenapa majalah tu bernama mangga, memang dia paparkan buah-buah mangga rupanya.... Semua kedudukan gambar kalau bukan di tepi kolam renang, berpeluk... Mesti dalam keadaan possing untuk tunjuk buah mangga gred apa.
Dunia oh dunia....

Mesej Dari Perokok Tegar
1. Bayi Pramatang & keguguran Janin - Aku belum kawin lagi dan aku adalah lelaki tulen, bukan "AQUA" merangkap "Anu Dalam Botol".
2. Kanser Mulut - Aku gosok gigi hari-hari.
3. Kanser Paru-Paru - Aku rasa lapang je dada, xde masalah lagi.
4. Kanser Leher - 1st time dengar.
5. Gangren - Aku ingat gangren tu daripada kencing manis. Aku xde kencing manis.
Hrm.. Bila la aku nak berenti ni oi...

Saturday, April 4, 2009
How To Repair A Computer LCD Monitor
<--- Click For A Better View:
1. The horizontol line make an eyesore to me.
suspected some electronic ribbon stretched.
2. Start opening the screw
3. Warranty tampered sticker.
4. The Naked LCD.
5. Eww.... What an awful view.
6. Screw back all the parts.
7. Who cares about the sticker right? The Samsung LCD is almost 3 years old.
8. DAMN!!!!! The line is still there!!!!! Arghhhhhhhhhhhh!!!!!
You should take the responsibility!! Why you've peed without looking first!!!! Don't you know how to use the toilet?? Do you know how much the freaking LCD have cost me 3 years ago?
This is the most unproductive entry I've ever wrote. Its raining cats and dogs all day long here in Penang. Sigh... sleepy!!
Tension betul aku ngan kucing ni. Ada ker patut kencing atas LCD monitor aku. Argh~ Tak dapat dimaafkan.................!!!!!
Thursday, April 2, 2009
Shell V-Power Racing Ferrari Model v2.
Today, I have completed my task to collect all the items that I've targeted for all this time. Its hectic and quite taking my time rushing here and there to get these things. But for me, it's totally worth it.
The Shell logo is totally nice, printed on top of the plastic case, or should be mentioned precisely- acrylic case.
No need to throw away the garage's box, it can keep my Ferrari model boxes inside for future needs. It's my habit to keep boxes from what I have bought. Until now, sometimes the box is very useful especially when I planned to sell it to interested persons.
The name plate is quite exclusive. But too short, I think.
The base plate is made from plastic and it is adjustable to suits your viewing pleasure. The checkered floor suits the word 'RACING' on Shell V-Power. The only one thing that I dissatisfied is the raised base plate to hold the three cars. Quite un-realistic for a place called garage. (but it looks like a mechanic repair room, LOL; in my oppinion!!)
At last, I have my own Shell V-Power Racing Collector's Garage 2009. However, I'm quite sad because the case was pre-arranged for 7 cars only. Shell is giving away 8 models actually - the one missing from the garage is Ferrari 599 GTB Fiorano (Yellow). You can refer it here for my complete Ferrari lineup that I've collected before. I'm not interested at the race track because my main purpose for getting these cars is for display.... in my bedroom. Hahahahaha.
Well, for other collectors, happy hunting!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...