Monday, June 22, 2009

Typical Malaysian

Satu lagi sekolah ditutup hari ni.
Menjadikan 2 buah sekolah telah diarah tutup, dan beberapa sekolah lagi aku tak berapa faham statusnya.

Seperti biasa, pengumuman rasa-rasanya telah dibuat sejak kes Selsema Oink Oink ni mula diwar-warkan sejak kes pertama di Mexico dan US. Lepas tu, semua penerbangan yang balik dari negara tu, pun telah dikhabarkan dalam tv dan suratkhabar, termasuk di internet.

Tapi, macam biasalah, orang Malaysia ni semuanya banyak yang sihat dan kuat (minum Milo??). Dipersetankan semua amaran-amaran tu dan hidup seperti biasa. Sekarang, wabak ni menular bukan daripada luar, tapi dah menular di kalangan rakyat kita sendiri.

Kenapa kita selalu macam ni yerk? Benda yang sama berlaku dalam kes-kes saman dan sepertinya. Lagi lambat lagi bagus. Seronok beratur gamaknya. Tapi untuk kes selsema babi ni, ni salah satu daripada sebab-sebab rakyat malaysia tak tahu tentang merebaknya wabak ni (agak-agaknyalah...)

  • Suratkhabar ni racist!! Tak boleh baca!
  • Suratkhabar tu berat sebelah, jangan baca!!
  • Media ni pro kerajaan/pembangkang jangan tengok!!
  • Internet ni semuanya tipu, khabar angin, jangan percaya!!!
Hahahaha, boleh jadi ker?
Selamat berselsema babi beramai-ramai. (MC hospitalized bolehla claim...30 hari? 60 hari??)

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Ayah

Ayah,
Mus ingat lagi, dulu ayah garang gila.
Kita jarang bercakap hampir 18 tahun.
Tapi, lepas habis SPM...
Pelik, ayah dah macam best friend Mus.

Ayah,
Ingat tak, dulu ayah kata...
"Aku bagi kat hang RM30 sebulan, pandai-pandailah hang nak hidup."
Seksa time tu dok pekin duit..
Tapi, alhamdulillah, dengan cara tu.. Sampai hari ni, Mus dah tau nak hidup bila kesempitan duit.

Ayah,
Ingat tak dengan arwah ayah Che Abu?
Memang Mus membesar dengan dia,
Tapi tau tak,
Semua orang tau Mus anak Man (panggilan ayah)
Dan Mus bangga sebab ada dua ayah.

Ayah,
Mus takdak apa-apa nak bagi kat ayah tahun ni.
Sememangnya terkilan sebab langsung tak dapat bagi apa-apa lagi,
Cuma satu saja...
Terima Kasih Ayah atas semua kasih-sayangmu pada kami anak-anakmu.

Selamat Hari Bapa kepada bapaku, Abu Bakar Bin Ahmad.
Al-Fatihah kepada bapa saudaraku, Abu Bakar Bin Nayan.

Saturday, June 13, 2009

Hi Run Bukan Hairan



Berbelit pulak tajuk aku kali ni.

Aku tengah ada kat office. Kerja tengah-tengah malam sebab ada PMW. Jadi, sementara tunggu team yang buat PMW habis buat kerja, sebelum part aku nak confirmkan semua sistem up dan running, sempatla aku update sikit blog ni.



Bersempena Classic Rock Tribute Concert 2009 di Bandar Perda, aku singgah kejap dengan Mizie dan Botak. Mizie paling senior dan aku pulak jatuh paling muda. Mizie memang hidup di zaman Rock sedang berkembang pesat, jadi tak hi-runlah kalau kami bertiga ada sekali tadi.



Konsert kalau mengikut flyer, start pukul 9 malam. Aku tiba tepat pukul sembilan, dan setelah menunggu hampir sejam (mengalahkan Search dan Wings), konsert pun bermula. Order makan pun sampai lambat. Nampaknya, pelayan-pelayan yang amik order kena hantar training dulu di Bistro Bukit Bintang, servis memang slow tahap cipan. Apa-apa pun, aku seronok betul dah ada live band show macam ni kat Penang. Sekurang-kurangnya, taklah menonong nak ke Bukit Bintang nak tengok live band tiap-tiap minggu.



Hi-Run adalah 7 pieces band, 1 vox, 3 guitarist, 1 bassist, 1 drummer dan 1 keyboardist. Dianggotai secara rojak oleh bekas-bekas anggota Crosstown, Mutiara, Wow dan Wild Age. Huh, patutlah ramai. Hahahaha.



Petang sebelum konsert, aku sempat telefon abang Din Crosstown samada dia akan turut serta atau tidak. Ketidakhadiran Abang Din melemahkan sikit semangat aku nak ke konsert ni. Aku mengenali Abang Din, adalah sebagai guru tak rasmi tak berbayar untuk info-info tentang guitar Fender dan Squire. Rasanya kalau aku tak cakap pun, tentu ramai otai Penang yang kenal dia, sebab dia bekerja di sebuah kedai alatan muzik di Pulau Pinang jugak. Mungkin dia ada hal, takperlah.



Yeargh, brader Zainul Kamal ni, merupakan senior sekolah aku. Dia yang info tentang konsert ni, kalau tak, memang haram aku tak tau. Kerja ja memanjang, jadi melalui e-group Old Frees lah aku tau tentang konsert ni. Pakai kemeja nak main lagu Iron maiden yang tatahan tu...



Ni adalah list tak rasmi yang aku dapat dari bro Zainul Kamal:

1ST SESSION

1. FINAL COUNTDOWN - Europe
2. WASTED YEARS - Iron Maiden
3. HEAVEN AND HELL - Black Sabbath
4. HOLY DIVER - Dio (*)
5. ARES LAMENT - Loudness (*)
6. HERE I GO AGAIN - Whitesnake (*)
7. HYSTERIA - Def Leppard (*)
8. MASTER OF PUPPETS - Metallica (*)
9. POWERSLAVE - Iron Maiden


2nd Session - Arabian Fire akan memainkan lagu-lagu tribute Sweet Charity.


3rd SESSION

1. 22 ACACIA AVENUE - Iron Maiden
2. ROCK YOU LIKE A HURRICANE - Scorpions
3. STRANGER IN A STRANGE LAND - Iron Maiden
4. CARRIE - Europe (*)
5. HEAVY CHAINS - Loudness (*)
6. SAMARKAND - Bloodshed (*)
7. DON'T TALK TO STRANGERS - Dio (*)
8. FOREVER - Y&T
9. HALLOWED BE THY NAME - Iron Maiden
10.HIGHWAY STAR - Deep Purple

ENCORE (Reserve)
1. TWO MINUTES TO MIDNIGHT
2. ACES HIGH



Tapi, aku sempat tengok 4 jer lagu diaorang perform iaitu Final Countdown (Europe), Lagu Whitesnake yang aku lupa tajuknya, Carrie (Europe) dan Wasted Years (Iron Maiden). Lepas tu terpaksa blah sebab nak masuk kerja. Jadi, kalau ada antara korang yang sempat tengok sampai habis, berilah komen. Rugi betul aku tak sempat tengok sampai habis.

Komen aku:
1. Servis makan hancur
2. Sound sistem pun hancur (ada technical problem masa lagu Carrie tadi)
3. Tapi boleh dipejamkan mata sebab konsert free punya pasal. Hehehehe.....

Thursday, June 11, 2009

Tribute to 80's Rock



Urgh... Aku nak pergi sangat showcase ni sebab dekat sangat dengan rumah aku. Tapi malam tu aku kena kerja. Tengoklah, kalau ada rezeki, sebelum aku pergi kerja, aku singgah dulu.

Menampilkan senior sekolah aku dari band Hi Run (hairan?). Masa aku promote konsert SEARCH dalam e-groups old boys, sorang pun tak reply, tetiba jer cuihhhh, muncul inform kami semua diaorang akan buat tribute showcase untuk 80's rock band. Cayalah, buat yang terbaik bro!!

Till Then
Rock On!!!! \m/ \m/

Monday, June 8, 2009

Aku Nak Jugak!!!



Dalam masa cuti-cuti sekolah ni, banyak sungguh kenduri yang dibuat. Sampai sehari, 2-3 kenduri pulak yang nak kena pergi. Yerlah, semuanya kawan-kawan yang kenal dari kecik pulak tu.



Maka, presiden untuk persatuan orang-orang bujang pun beralih tangan lagi untuk tahun ni. Dan kami selaku muka-muka tebal ni, memang la dah tak kisah dan peduli dengan soalan keramat; bila nak merasa nasik minyak?
Nanti-nanti la makcik oi, minyak tengah mahal sekarang... kuikuikui...



Bercakap pasal kenduri, terbeliak la bijik mata aku apabila hantaran Nana AF ni pada suaminya ialah gitar idaman hampir kebanyakan orang (termasuk aku la), Gibson LP Slash Signature Series. Macam ni punya hantaran pun ada ka? Huiyo, aku pun nak kalau macam ni!!! Hehehehe.



Bercakap pasal guitar, dah semestinya aku dah terpaksa gantung guitar sejak dari awal tahun ni sebab betul-betul tak ada masa dah nak melayan benda ni. Tapi panggilan member pada malam minggu haritu untuk test Ibanez Jem 7V Prestige ni memang aku takleh tahan nak tolak. Terima aja!!!!



Dan apa kata kalau aku kawin nanti, ada member-member datang bagi hadiah kawin kat aku macam gambar atas ni? Boleh naik sewel la nanti... Terbalik meja kenduri pulak kang.... Hahahahah...

Tapi jangan tertipu, Ibanez di atas ialah Ibanez Tipu. Maka berhati-hatilah apabila menerima tawaran harga tak masuk akal sebuah gitar lagenda.

Kita Kena Berjimat Cermat



Sempena bulan gawat, ingin aku khabarkan berita gembira kepada peminat-peminat Transformers versi kedai bundle. Sekarang, korang boleh dapatkan item-item yang aku paparkan di sini di semua stesyen minyak Petronas yang mengambil bahagian.



Tshirts logo autobots yang biasanya menjadi buruan di kedai bundle, akhirnya dengan senang dapat dibeli di Petronas tanpa mengeluarkan kos belanja yang mahal.



Begitu juga dengan t-shirt Decepticon ni, dengan mudah sekali dapat diperolehi di Petronas.



Untuk makluman, semua barang-barang untuk filem terbaru Transformers - Revenge of The Fallen ni, semuanya dapat dibeli di Petronas dengan harga RM9.90 setiap item.




Walaupun ia made in Malaysia, tapi sememangnya syarikat yang buat ni memiliki lesen besar iaitu official merchandiser, semestinya under license. Jadi, sekiranya kita boleh dapat barang-barang ni dengan harga yang amat murah iaitu RM9.90, mengapa kita nak bayar lebih? Pilihan di tangan anda.

Sunday, June 7, 2009

Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata

Untuk manusia-manusia bebal, terutamanya macam aku, buku karya Ann Wan Seng (penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1430H/2009, Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Kebangsaan 2008) ini, amat membuka mata dan minda aku.

Seumur hidup aku, tak pernah aku beli buku-buku 'berat' macam ni. Terutamanya melibatkan Agama Islam. Tapi kunjungan aku ke Kompleks Kailan, secara tak sengaja, menarik minat aku apabila terpandang poster tentang buku ini. Buku ini dilancarkan oleh Mufti Perak, Dato Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria.

Setakat ini, aku cuma mampu membaca 1/4 kandungan buku yang kaya dengan statistik dan fakta (yang aku benci tentang matematik) tentang kes murtad di Malaysia.

Nama Ann Wan Seng amat asing pada aku, tapi memandangkan beliau adalah mualaf, aku beli jugak buku ni. Setakat ni, dua tokoh mualaf yang aku kagumi ialah Saudara Ridhuan Tee (dulu aktif di Forum Perdana Ehwal Islam, sekarang adalah kolumnis di Utusan Malaysia) dan Ustaz Ravi yang mengajar Tilawah Interaktif (kat TV) tu. Betapa besarnya hidayah yang mereka terima hinggakan Melayu yang dilahirkan Islam pun takde ilmu macam mereka.

Buku ni juga telah mengulas kes-kes murtad yang berlaku di Malaysia dan seterusnya mensahihkan beberapa email yang selalu aku terima tentang kes murtad. Isu Lina Joy juga telah dikupas dari segi kelemahan undang-undang kita yang masih bertindan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Melalui buku ini juga, dapat aku ketahui, betapa kita masyarakat Melayu yang selalu perasan bagus (maafla, ni pendapat aku) yang selalu menyisihkan saudara-saudara baru sehingga mendorong mereka untuk murtad. Kelemahan Orang Melayu Islam turut ditempelak, terutamanya pihak NGO dan JAKIM yang lebih berminat berdebat tentang pendedahan Dato Harussani tentang lebih 100 ribu orang Melayu yang murtad, daripada mencari penyelesaian. Ironik kan? Ditegur oleh seorang mualaf.

Komen aku:
Dapatkan buku ni. Menarik, dan sesuai dibuat rujukan tentang kes murtad.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...