Wednesday, July 15, 2009

Nasi Ayam Periuk Besar - Bayan Baru



Biasanya, rata-rata orang Kulim dan Pulau Pinang pernah mendengar nama Nasi Ayam Periuk Besar Sungai Kob, Kulim Kedah. Baru-baru ni, salah satu cawangannya telahpun dibuka di kawasan Bayan Baru, atau dengan lebih jelas dan tepat, di kawasan shop lot D'Piazza Mall, bersebelahan dengan Mayang Mall, Bayan Baru.



Suasana kedai jangan dibandingkan dengan kedai asal yang 'biasa-biasa' saja di Sungai Kob. Bertepatan dengan lokasi Bayan Baru, konsep franchise dipertengahkan, maka.. Eloklah sikit tempatnya.



Bercakap pasal makanan, sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan gerai makanan biasa. Air yang dipesan agak lewat diterima. Seperti biasa, pergilah manapun.. Lambat pi lah macam manapun, air itu penting dan sekurang-kurangnya pengunjung tak haus.




Bercakap pasal Nasinya.... Sebenarnya aku order Chicken Chop (yer, tempat ni ala-ala western pun ada), tapi ada la Hamba Allah tu tersilap order nasi kat aku. Maka, sampailah Nasi Ayam Panggang (atas) dan Nasi Ayam Madu (bawah) di atas meja kami berlima. Jadi, variety jenis masakan tak dapat diuji semaksimum mungkin. Daripada nasi ayamnya, terdapat 5 pendapat berbeza. Ada yang kata sedap, ada yang kata ok, ada yang kata biasa-biasa sahaja.



Dari segi hiasan dalaman, kedai 2 tingkat ni sememangnya ada kelas. Cuma sedikit teguran, sepatutnya sudu+garfu+tisu tidak sepatutnya diletakkan siap-siap di atas meja. Mungkin konsep dan dekorasi kedai yang ala-ala cafe memerlukan penyediaan kulinari yang sedemikian rupa, tapi.... Bayan Baru tu berhabuk giler.. Bukan macam Sungai Kob yang masih terpelihara dengan suasana kampung yang bersih. Biarlah bila pelanggan memesan makanan, sertakan set kulinari tersebut dengan makanan, lebih hygienic.



Okey, kita masuk pula bab yang memungkinkan kita sedikit tersedak - harga.
Sedikit lari dari norma kebiasaan Nasi Ayam yang rata-ratanya RM3.50 atau kurang di Pulau Pinang, harganya boleh dijadikan satu isu perdebatan di kalangan penduduk asal Penang yang seperti semua tahu, menyediakan makanan yang murah. Sikit lagi, harganya lebih kurang saja dengan harga Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang. Namun... Mungkin tempat dan sewa yang sedikit 'mahal' membolehkan harga yang sedemikian rupa. Jadi, penduduk Penang dan Kedah, anda tentukanlah sendiri samada harga ni patut atau tidak.



Apa-apapun, penduduk di bahagian pulau (Pulau Pinang) , sekarang dapat merasai Nasi Ayam Periuk Besar tanpa perlu bersusah payah ke Sungai Kob, Kulim. Cuma...... Penggemar nasi ayam dan yang pernah merasa makan di Sungai Kob sendiri, pasti akan berfikir dua kali sebelum ke sini.

Semoga maju jaya.

Tuesday, July 14, 2009

Apabila Gergasi Menipu



Bayangkan korang membeli belah di pasar raya. Tetiba saja korang nampak sebuah TV. Bukan LCD TV ataupun Plasma, TV cap ayam aja pun... Korang nampak kat bahagian elektrikal tu, terpampang dengan jelas ayat Penghantaran Percuma Untuk Jarak 30KM, maka tanpa perasaan berbelah bahagi, disambarlah TV cap ayam 21" tu dengan gembiranya. Selepas bayar, korang pergi kat customer service, mintak diaorang tolong hantarkan. Part paling best, customer service cakap..... TV 29" ke atas saja penghantaran percuma. Dan korang pun termanggu-manggu la macam orang bodoh kat situ sebab korang datang supermarket dengan motosikal....

-----------------------------------

Hak untuk mendapatkan maklumat
"Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan."

Statement atas bukan aku yang tulis, tapi terpampang secara jelas di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional.

So, GIANT.. Lain kali letak la label betul-betul!! "Penghantaran Percuma Untuk 30KM" itu adalah satu dakyah pengiklanan yang teramat palsu. Dan semestinya, lu sudah menyusahkan pembeli-pembeli lu.

P/S: Kepada kawan-kawan aku, aku tau korang malu aku bertekak dengan customer service tu.. Tapi, hak kita sebagai pengguna jangan dilupakan. Untuk makluman, TV tu, acecece yang beli untuk diletakkan di dalam opis sempena menjelang bulan puasa nanti. Tengah hari, bolehla kami melepak tengok tv... Takpun layan DVD Konsert Wings, Search, Iron Maiden, Whitesnake, Green Day, Woodstok dan sebagainya... har har har... Kan bos selalu komplen opis kami semak... Jadi, kami letakla TV nak bagi nampak kemas sikit.. Bos, jangan marah ar, kerja tetap kerja!!

Tamat sudah jalan-jalan cari pasal aku untuk hari ni.

Monday, July 13, 2009

Thief, Curse On You!!!

Saya minta jasa baik anda semua,
sila laporkan kepada saya sekiranya ada
ternampak gitar saya di mana mana atau
anda telah terbeli gitar tersebut,
ciri ciri gitar itu adalah seperti berikut:

Warna: Merah
Brand: De Armond
Pickups: One Humbucker
Ciri unik: Ada signature by both astronauts
(untuk gambaran yg lebih jelas)


Gitar saya telah dicuri pada 13 July 2009
Lokasi di Puchong oleh seseorang yang bernama Zul
Gitar ini amat bermakna buat saya kerana
gitar ini adalah hadiah dari Astro Hitz.TV
Segala bantuan atau info anda amatlah dihargai.
Info yang membawa kepada penemuannya akan diberi ganjaran

Terima kasih
Azilah


----------------------------

Ah, memang brengsek pencuri tu!!!!

Azilah adalah Metal Chick yang aku kenal dari youtube, sebab pada memula entry video dia, majority semua lagu Cromok. Jadi, dengan offer yang dibuat Azilah, tolonglah sama (aku tau, korang ni, kalau pasal awek.... Laju la..)

Setakat ni, dah dua orang member online yang aku kenal hilang instrument, iaitu Azilah dan Zan.



Dan kalau harta karun aku ni senasib... Kepada pencuri tu.... Lu jangan heran bila wa jumpak lu, kepala lu barai dari badan. Hidup gua memang serius, tapi sekarang, gua memang serius.

Sunday, July 12, 2009

Lagi-Lagi Green Day



Aku sempat berjumpa Bro Kassim hari ni, ambil vinyl Carefree (Kebebesan II) dan Deep Purple (Made in Europe). Nampaknya, Deep purple LP tu aku kenalah buat maintenance sikit sebab side 2 dah nampak macam rosak. Bro Fauzi offer untuk return balik LP tu, tapi pada aku.. Aku tak kisah. Heheheh, buat koleksi jerlah, LAWA pressing tu.

Sememangnya, inilah kelebihan internet. Lebih 12 tahun bergelumang dalam dunia tanpa sempadan, aku dah bertemu dengan ramai orang daripada internet. Daripada perbincangan biasa, dan sekarang, jual-beli dan trade-off aku dah mula berkecimpung sejak 3-4 tahun lepas (sejak bekerja la).

Antara isi perjumpaan singkat aku dan Bro Fauzi/Kassim tadi ialah membincangkan imported stuffs. Ya, aku memang pernah sambar CD Green Day - Kerplunk straight dari US beberapa tahun lepas, dan sejarah CD tu pun dah diterangkan secara agak pendek-lebar kepada Bro Fauzi/Kassim. Dan semestinya shipping charges-nya memang boleh membunuh orang!






Kembali kepada Green Day, sebenarnya aku dah terpengaruh dengan Green Day dari album Dookie. Zaman kaset lagi time tu. Cuma apabila dah mengenali internet, aku discover satu benda - The Missing Album. Daripada diskografi rasmi Green Day, terdapat satu album yang tidak dinyatakan dan dipasarkan di Malaysia iaitu Kerplunk!. Sedikit kekeliruan berlaku di sini kerana Kerplunk! kadang-kadang disenaraikan, dan kadang-kadang tidak. Jika diikutkan, Kerplunk! ialah album pertama Green Day untuk commercial release. Underground release aku tak pasti. Tetapi di Wikipedia, dinyatakan Kerplunk! ialah full release 2nd album Green Day. Satu fakta yang sedikit memeningkan! [info]. Malah, album 39/smooth turut tidak dapat dipastikan bila dikeluarkan. [info]

Jadi, satu misteri berlaku antara dua album di atas kerana laman rasmi Green Day sendiri menyatakan Dookie ialah album pertama diaorang - discography.



Dan apabila aku gatal tangan untuk melihat harga vinyl 21st Century Breakdown, rasa macam nak terduduk apabila melihat harganya ialah USD $89.99, limited to 3000 prints worlwide. Boleh sakit jantung!!! Berita buruknya, shipping dan handling adalah harga berasingan jika dihantar ke Malaysia (selalunya macam tu lah...).

Saturday, July 11, 2009

Wings - Mr Barbarik




Entry sulung aku dalam sejarah untuk me'review' album dari Wings. Percaya atau tidak, review aku yang pertama tentang Wings bukanlah pasal album, tapi pasal konsert. Senang cerita, aku adalah antara normal fan of Wings, belum sampai tahap hardcore. (betul ker ayat aku?)

Sedikit lewat, aku review album ni setelah 9 tahun dipasarkan. Untuk versi CD ni, sudah tiada lagi borang pertandingan yang boleh menang guitar tu. CD ni ialah versi Sony BMG yang bagi Mobile Contents seperti yang tercatat di atas sticker di luar cover album. Berikut ialah details yang selalu kita semua hanya baca sepintas lalu, kemudian simpan terus dalam cover.

Album: Mr. Barbarik
Tahun: 2000
Tracklist:
  1. Keris Tak Ada Sarung
  2. Inspirasi Syakilla
  3. Singa Dan Harimau (feat. Asheed Def-Gab-C)
  4. 203
  5. Mayang Sulit
  6. Handal
  7. Julang Timur Tengah
  8. Samar Nan Terang
  9. Gua Henjut Je (Instrumental)
  10. Teater Mahamega
Penerbit: Joe Wings
Penasihat Penerbitan: J.S. Kevin
Penerbit Eksekutif: Johari Teh
Susunan Muzik: Joe Wings
A & R Eksekutif: Johan Aziz
Unit Promosi: Nova Music Consultant
Jurutera Rakaman Dan Adunan: Peter, Zairi dan Dott
Penolong Jurutera Rakaman Dan Adunan: Hafiz dan Aimi
Studio Rakaman: Menora & Synchrosound
Studio Adunan & Mastering: Synchrosound Studio
Jurutera Mastering: Faisal, Dott & Amraj
Studio Latihan: Fly Wings Studio
Konsep Dan Rekabentuk Kulit Album: Tapa
Ilustrasi: Foad
Line-up: Mus (vokal), Joe (Guitar & Chicken Shaker), Eddie (Bass), Black (Drum)
Sessionist: Kris Roza (Keyboard & Piano)
Sponsor: Guitar Store



Album ni juga acapkali disebut sebagai 'album tahun kesedihan' dimana jelas, di dalam inlay album, tercatit nama Allahyarham adik dan bapa Black, serta Allahyarham ibu kepada Joe. Namun, di kalangan pendengar-pedengar Wings, seringkali album ini menerima jolokan 'album terberat' yang pernah Wings hasilkan (info - Sayap2Wings).



Buat aku pula, artwork album memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah album. Dan tanpa ragu-ragu, aku bagi 5 bintang untuk artwork yang terdapat pada Mr. Barbarik (CD). Untuk versi kaset, aku tak pasti.



Untuk lagu-lagu dalam Mr. Barbarik, aku komen untuk lagu yang aku suka saja.

  1. Keris Tak Ada Sarung - Lagu ni yang membuatkan aku menerima kehadiran Mus di dalam Wings. Tak dinafikan, Biru Mata Hitamku sememangnya menjadi siulan ketika aku Tingkatan Satu (budak berhingus lagi), tetapi ketika itu, kekok gila aku nak menerima insan yang bergelar Mus May di dalam Wings. Maka, period tahun 1996-2000 dipujuk dengan frasa... takpa, dia Mus May, aku Mus beranak bulan May!
  2. Singa Dan Harimau - Dua vokal unik berpadu dalam satu album. Itulah kesimpulan aku.
  3. 203 - Apa yang merah dan apa yang marah? Kenapa ada hitam dan apa kaitannya pulak dengan angka 203? Haram aku tak paham langsung.. Tapi apa nak buat, layan kepala bila dengar lagu ni.
  4. Mayang Sulit - Susah aku nak cakap kenapa. Vokal Mus lain macam untuk lagu ni.
  5. Samar Nan Terang - Sedikit slow, tapi petikan dan rhythm guitar membuatkan aku boleh layan lagu ni. 3/5 tahap suka.
  6. Teater Mahamega - Argh, ekstasi!!!! (betul ker eja Ecstacy dalam Bahasa Melayu? Atau aku kena translate Urban Leisure jadi Keasyikan Urban?)


Apa yang aku perasan, suara Mus telah mula bertukar menjadi lebih parau di dalam album ni. Maka, hilanglah suara sedikit sengau Sendiri dan Gadis Bertudung Putih daripada Mus. Adakah gara-gara Mus practice untuk menyanyi dengan lebih heavy untuk album ni? Atau, adakah kerana kelanjutan usia Mus membuatkan suara dia lebih parau?

Apa-apapun, perkataan Barbarik muncul dalam Teater Mahamega, dan boleh dikatakan keseluruhan lagu (90%) adalah lagu-lagu yang berat. Tentu boleh agak kan lagu mana yang tak berat? Maka, bersangkutankah Barbarik (gasar) dengan berat? Boleh diterima... BERAT! (dan hebat!)

P/S: Jangan keliru antara Mus yang disebutkan di atas dengan Mus yang sedang menulis. persamaan yang sama antara Mus di atas dan Mus Penulis ialah ...

"dia tu Mus May, aku ni Mus beranak bulan May"

Friday, July 10, 2009

Aziz Mee Rebus Pak Ngah



Merujuk kepada cerita singkat aku haritu, Hari ni aku akan buat review sikit pasal Mee Rebus Pak Ngah yang famous di Sungai Dua, Seberang Perai Utara. Sebenarnya, Iskandar dan Ameera Linda datang, jadi aku pun ajak la diaorang pi makan kat Aziz Mee Rebus Pak Ngah. Pergh, malam semalam awek memang ramai, aku nak makan satay pun dah tercalar kehenseman aku sebab rakus memakan satay sampai takleh cover hensem dah. Aku perasan, ada la 2-3 awek dok ushar aku, ala pepaham jelah.. Rocker botak memang selalu jadi perhatian ramai!!



Untuk sejarah, Mee Rebus Pak Ngah asalnya diusahakan oleh Allahyarham Pak Ngah yang sememangnya dah famous dulu. Dulu, warungnya kecik saja, bersebelahan dengan Balai Polis Sungai Dua. Selepas dia meninggal, ramai pulak yang mengaku kedai merekalah yang membawa resepi asal Mee Rebus Allahyarham Pak Ngah.



Aziz Mee Rebus Pak Ngah terletak betul-betul selepas exit lebuhraya Sungai Dua, bersebelahan stesen minyak Esso, dan bertentangan dengan Stesen Mobil. Asalnya, warung ini ialah Warung Selera Bendang sebelum diambil alih oleh Tokey Aziz. Dalam banyak-banyak Mee Rebus Pak Ngah, tak disangkal lagi, aku paling suka yang Aziz punya. Pilihannya lebih luas iaitu mee rebus biasa dan kalau mahu, ada udang kertas dan udang galah yang ditimbang kilo. Kalau taknak mee rebus, goreng-goreng pun ada. Nasi ayam dan satay pun ada, jadi boleh belasahla kalau nak.

Aku taknak la bagi verdict kata kat sini sedap, cuma... Kalau korang lalu kat Sungai Dua, singgahlah rasa, tak rugi. Murah saja, mee rebus biasa RM3.00, ada udang 2-3 ekor dan hirisan daging. Takkan nak makan mee rebus mamak aja 24 jam aja kan? Lama-lama, aku pun boleh jadi mamak nanti. Heheheheh...


View Aziz Mee Rebus Pak Ngah in a larger map

Opis Is Mai Seken Hom



Boss, maafkan saya sebab saya curik masa sikit update blog ni time waktu pejabat. Saya tension gila keldai ni. Banyak sangat yang 'pending' dan 'pening'. Untuk pengetahuan boss, saya dah minum 2 bungkus Nescafe O Panas pagi ni, tapi pening saya masih tak hilang. Mengikut pemahaman saya, ini adalah tanda-tanda saya mengalami stress. Selain pening kepala, tengkok saya berasa sakit sangat, dan semestinya saya tak dapat berfikir secara waras sikit hari ni. Saya minta maaf sangat-sangat.



Sorry bos, mungkin bos selalu pikir kenapa opis kami bau rokok? Mau tak bau, dulu sebelum kami masuk unit ni, mana ada orang hisap rokok. Tapi sekarang, ramai perokok tegar yang dah masuk. Walaupun kami hisap kat kedai mamak sekalipun, bau rokok tetap ada sebab mulut kami ni kan sememangnya berbau asli. Kalau boss ada ubat yang boleh membuatkan kami berenti terus isap rokok, bagus jugak. Tapi saya nak bagitau kat bos, saya pernah makan 'singgam' berenti rokok sambil isap rokok sekaligus, dan takder efek langsung. Penipu je semua iklan anti rokok tu. Semua iklan tu adalah jenayah komersil semata-mata.



Seperti yang boss tau. Ni adalah Encik Mazlan, aka Acecececececececece. Kalau nak tau, tempat dia lah tempat kami boleh release tension sikit sebab kat tempat dia ada speaker 2.1. Bass dia bunyi sedap jugak. Encik Mazlan ni boleh tahan knowledge pasal rock kalau boss nak tau sebab dia orang Ipoh. Tapi selalu jugak dia bukak lagu Mat Saleh yang saya tak reti nak translate dan kadang-kadang dia layan jugak lagu Yuna dan Peterpan.



Yang ni pulak, boss pun tau kan yang ni tempat Encik Shahril. Setakat ni, dia masih gagal jadi Mat Penang sejati sebab tak tahan makan pedas. Tapi jangan risau boss, selagi kami ada, kami akan paksa dia makan Nasi Kandaq kuah banjir.



Yang ni, jangan cakapla.. Boss mesti tau punya kan? Encik Afad ialah seoarang pekerja yang berdedikasi yang memiliki sebuah Daihatsu Mira RV4 yang telah diconvert menjadi Kancil 850. Hah, pelik kan? Memang pelik. Encik Afad masih melalui transisi kehidupan sebagai orang utara. Kalau boss nak tau, dialek dia dah jadi lain macam sebab campur-campur loghat Selangor dan Penang. Tapi yang pastinya, tempe jugak yang jadi pilihannya ketika makan tengah hari dengan kami. Sememangnya antara kami, dia paling kaya.. Kalau tak caya, tengok meja dia.. Duit selit-selit atas meja saja, dan baru-baru ni, dia baru sambar Nokia ExpressMusic 5800. Touch Screen lagi tu, kawan-kawan cakap, dia memang kaya.



Tempat paling berselerak semestinya ialah tempat saya. Maafkan saya boss, saya tak sempat nak buat elok-elok. Banyak sangat nak kena buat, sebab tu berselerak. Saya kadang-kadang selit barang kat sini pun cari tak jumpak. Tempat ni jugaklah tempat saya tertidur bawah meja kalau kerja berlarutan sampai 3-4 pagi. Sorry boss, saya memang fail kalau kerja sampai 3-4 pagi. Niat saya nak tampal poster Wings kat belakang tu, tapi takut boss marah pulak. Boleh ker boss?

Ok lah boss. Setakat tu saja luahan hati saya. Saya sakit kepala sebab assignment PJJ saya pun, haram tak buat lagi. Banyak sangat yang nak kena pikir. kalau ada option VSS, tolonglah offer kat saya. Saya nak tanam padi kat kampung saya.

Sekian, Terima Kasih.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...