Uh, akhirnya... Benda yang ditunggu telah tiba. Aku budget untuk hujung bulan sebenarnya, tapi tak boleh tahan... Memang takleh tahan. Alamat untuk diinterframekan memandangkan namanya yang giler unik. Nasib baik aku tak duduk kat Kampung Master, kalau tak, confirm jadi bahan punyalah...
Sebenarnya, aku nak puji sender ni sebab tengokla packagenya, betul-betul secure. Tapi kalau nak lagi secure, tentulah nak kena letak dalam kotak. Tapi, ini pun dah cukup memadai
Lepas posting putih, diletakkan lagi kadbod untuk tutup 'bahan' aku. Jadi, aku berpuas hati dengan packaging macam ni.
Dan yang paling aku tak sangka, vegetable wrap diletakkan sekali.
Inilah bahan aku yang terbaru. Nak cerita sekarang... Agak malu. Bila bahan dah cukup, aku akan reveal apa dua-dua bahan ni. Dan yang buat aku betul-betul terkejut, keadaan dua LP berusia 18 tahun ni, betul-betul masih cantik dan macam baru keluar kedai. Owner asal LP hitam tu ialah perempuan.. Huhuhuhuhuhuhu, patutla lawa semacam dia jaga. Apa-apapun, sehingga aku cukup bahan dan mood, aku akan reveal menatang apa album LP ni sebenarnya. Aku layan dulu 2 LP ni....
P/S: Wings - Jerangkung Dalam Almari for RM350.00 is too much, IMHO.
Biasanya, rata-rata orang Kulim dan Pulau Pinang pernah mendengar nama Nasi Ayam Periuk Besar Sungai Kob, Kulim Kedah. Baru-baru ni, salah satu cawangannya telahpun dibuka di kawasan Bayan Baru, atau dengan lebih jelas dan tepat, di kawasan shop lot D'Piazza Mall, bersebelahan dengan Mayang Mall, Bayan Baru.
Suasana kedai jangan dibandingkan dengan kedai asal yang 'biasa-biasa' saja di Sungai Kob. Bertepatan dengan lokasi Bayan Baru, konsep franchise dipertengahkan, maka.. Eloklah sikit tempatnya.
Bercakap pasal makanan, sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan gerai makanan biasa. Air yang dipesan agak lewat diterima. Seperti biasa, pergilah manapun.. Lambat pi lah macam manapun, air itu penting dan sekurang-kurangnya pengunjung tak haus.
Bercakap pasal Nasinya.... Sebenarnya aku order Chicken Chop (yer, tempat ni ala-ala western pun ada), tapi ada la Hamba Allah tu tersilap order nasi kat aku. Maka, sampailah Nasi Ayam Panggang (atas) dan Nasi Ayam Madu (bawah) di atas meja kami berlima. Jadi, variety jenis masakan tak dapat diuji semaksimum mungkin. Daripada nasi ayamnya, terdapat 5 pendapat berbeza. Ada yang kata sedap, ada yang kata ok, ada yang kata biasa-biasa sahaja.
Dari segi hiasan dalaman, kedai 2 tingkat ni sememangnya ada kelas. Cuma sedikit teguran, sepatutnya sudu+garfu+tisu tidak sepatutnya diletakkan siap-siap di atas meja. Mungkin konsep dan dekorasi kedai yang ala-ala cafe memerlukan penyediaan kulinari yang sedemikian rupa, tapi.... Bayan Baru tu berhabuk giler.. Bukan macam Sungai Kob yang masih terpelihara dengan suasana kampung yang bersih. Biarlah bila pelanggan memesan makanan, sertakan set kulinari tersebut dengan makanan, lebih hygienic.
Okey, kita masuk pula bab yang memungkinkan kita sedikit tersedak - harga. Sedikit lari dari norma kebiasaan Nasi Ayam yang rata-ratanya RM3.50 atau kurang di Pulau Pinang, harganya boleh dijadikan satu isu perdebatan di kalangan penduduk asal Penang yang seperti semua tahu, menyediakan makanan yang murah. Sikit lagi, harganya lebih kurang saja dengan harga Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang. Namun... Mungkin tempat dan sewa yang sedikit 'mahal' membolehkan harga yang sedemikian rupa. Jadi, penduduk Penang dan Kedah, anda tentukanlah sendiri samada harga ni patut atau tidak.
Apa-apapun, penduduk di bahagian pulau (Pulau Pinang) , sekarang dapat merasai Nasi Ayam Periuk Besar tanpa perlu bersusah payah ke Sungai Kob, Kulim. Cuma...... Penggemar nasi ayam dan yang pernah merasa makan di Sungai Kob sendiri, pasti akan berfikir dua kali sebelum ke sini.
Bayangkan korang membeli belah di pasar raya. Tetiba saja korang nampak sebuah TV. Bukan LCD TV ataupun Plasma, TV cap ayam aja pun... Korang nampak kat bahagian elektrikal tu, terpampang dengan jelas ayat Penghantaran Percuma Untuk Jarak 30KM, maka tanpa perasaan berbelah bahagi, disambarlah TV cap ayam 21" tu dengan gembiranya. Selepas bayar, korang pergi kat customer service, mintak diaorang tolong hantarkan. Part paling best, customer service cakap..... TV 29" ke atas saja penghantaran percuma. Dan korang pun termanggu-manggu la macam orang bodoh kat situ sebab korang datang supermarket dengan motosikal....
-----------------------------------
Hak untuk mendapatkan maklumat "Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan."
So, GIANT.. Lain kali letak la label betul-betul!! "Penghantaran Percuma Untuk 30KM" itu adalah satu dakyah pengiklanan yang teramat palsu. Dan semestinya, lu sudah menyusahkan pembeli-pembeli lu.
P/S: Kepada kawan-kawan aku, aku tau korang malu aku bertekak dengan customer service tu.. Tapi, hak kita sebagai pengguna jangan dilupakan. Untuk makluman, TV tu, acecece yang beli untuk diletakkan di dalam opis sempena menjelang bulan puasa nanti. Tengah hari, bolehla kami melepak tengok tv... Takpun layan DVD Konsert Wings, Search, Iron Maiden, Whitesnake, Green Day, Woodstok dan sebagainya... har har har... Kan bos selalu komplen opis kami semak... Jadi, kami letakla TV nak bagi nampak kemas sikit.. Bos, jangan marah ar, kerja tetap kerja!!
Tamat sudah jalan-jalan cari pasal aku untuk hari ni.
sila laporkan kepada saya sekiranya ada ternampak gitar saya di mana mana atau anda telah terbeli gitar tersebut, ciri ciri gitar itu adalah seperti berikut:
Warna: Merah Brand: De Armond Pickups: One Humbucker Ciri unik: Ada signature by both astronauts (untuk gambaran yg lebih jelas)
Gitar saya telah dicuri pada 13 July 2009 Lokasi di Puchong oleh seseorang yang bernama Zul Gitar ini amat bermakna buat saya kerana gitar ini adalah hadiah dari Astro Hitz.TV Segala bantuan atau info anda amatlah dihargai. Info yang membawa kepada penemuannya akan diberi ganjaran
Azilah adalah Metal Chick yang aku kenal dari youtube, sebab pada memula entry video dia, majority semua lagu Cromok. Jadi, dengan offer yang dibuat Azilah, tolonglah sama (aku tau, korang ni, kalau pasal awek.... Laju la..)
Setakat ni, dah dua orang member online yang aku kenal hilang instrument, iaitu Azilah dan Zan.
Dan kalau harta karun aku ni senasib... Kepada pencuri tu.... Lu jangan heran bila wa jumpak lu, kepala lu barai dari badan. Hidup gua memang serius, tapi sekarang, gua memang serius.
Aku sempat berjumpa Bro Kassim hari ni, ambil vinyl Carefree (Kebebesan II) dan Deep Purple (Made in Europe). Nampaknya, Deep purple LP tu aku kenalah buat maintenance sikit sebab side 2 dah nampak macam rosak. Bro Fauzi offer untuk return balik LP tu, tapi pada aku.. Aku tak kisah. Heheheh, buat koleksi jerlah, LAWA pressing tu.
Sememangnya, inilah kelebihan internet. Lebih 12 tahun bergelumang dalam dunia tanpa sempadan, aku dah bertemu dengan ramai orang daripada internet. Daripada perbincangan biasa, dan sekarang, jual-beli dan trade-off aku dah mula berkecimpung sejak 3-4 tahun lepas (sejak bekerja la).
Antara isi perjumpaan singkat aku dan Bro Fauzi/Kassim tadi ialah membincangkan imported stuffs. Ya, aku memang pernah sambar CD Green Day - Kerplunk straight dari US beberapa tahun lepas, dan sejarah CD tu pun dah diterangkan secara agak pendek-lebar kepada Bro Fauzi/Kassim. Dan semestinya shipping charges-nya memang boleh membunuh orang!
Kembali kepada Green Day, sebenarnya aku dah terpengaruh dengan Green Day dari album Dookie. Zaman kaset lagi time tu. Cuma apabila dah mengenali internet, aku discover satu benda - The Missing Album. Daripada diskografi rasmi Green Day, terdapat satu album yang tidak dinyatakan dan dipasarkan di Malaysia iaitu Kerplunk!. Sedikit kekeliruan berlaku di sini kerana Kerplunk! kadang-kadang disenaraikan, dan kadang-kadang tidak. Jika diikutkan, Kerplunk! ialah album pertama Green Day untuk commercial release. Underground release aku tak pasti. Tetapi di Wikipedia, dinyatakan Kerplunk! ialah full release 2nd album Green Day. Satu fakta yang sedikit memeningkan! [info]. Malah, album 39/smooth turut tidak dapat dipastikan bila dikeluarkan. [info]
Jadi, satu misteri berlaku antara dua album di atas kerana laman rasmi Green Day sendiri menyatakan Dookie ialah album pertama diaorang - discography.
Dan apabila aku gatal tangan untuk melihat harga vinyl 21st Century Breakdown, rasa macam nak terduduk apabila melihat harganya ialah USD $89.99, limited to 3000 prints worlwide. Boleh sakit jantung!!! Berita buruknya, shipping dan handling adalah harga berasingan jika dihantar ke Malaysia (selalunya macam tu lah...).
Entry sulung aku dalam sejarah untuk me'review' album dari Wings. Percaya atau tidak, review aku yang pertama tentang Wings bukanlah pasal album, tapi pasal konsert. Senang cerita, aku adalah antara normal fan of Wings, belum sampai tahap hardcore. (betul ker ayat aku?)
Sedikit lewat, aku review album ni setelah 9 tahun dipasarkan. Untuk versi CD ni, sudah tiada lagi borang pertandingan yang boleh menang guitar tu. CD ni ialah versi Sony BMG yang bagi Mobile Contents seperti yang tercatat di atas sticker di luar cover album. Berikut ialah details yang selalu kita semua hanya baca sepintas lalu, kemudian simpan terus dalam cover.
Album: Mr. Barbarik Tahun: 2000 Tracklist:
Keris Tak Ada Sarung
Inspirasi Syakilla
Singa Dan Harimau (feat. Asheed Def-Gab-C)
203
Mayang Sulit
Handal
Julang Timur Tengah
Samar Nan Terang
Gua Henjut Je (Instrumental)
Teater Mahamega
Penerbit: Joe Wings Penasihat Penerbitan: J.S. Kevin Penerbit Eksekutif: Johari Teh Susunan Muzik: Joe Wings A & R Eksekutif: Johan Aziz Unit Promosi: Nova Music Consultant Jurutera Rakaman Dan Adunan: Peter, Zairi dan Dott Penolong Jurutera Rakaman Dan Adunan: Hafiz dan Aimi Studio Rakaman: Menora & Synchrosound Studio Adunan & Mastering: Synchrosound Studio Jurutera Mastering: Faisal, Dott & Amraj Studio Latihan: Fly Wings Studio Konsep Dan Rekabentuk Kulit Album: Tapa Ilustrasi: Foad Line-up: Mus (vokal), Joe (Guitar & Chicken Shaker), Eddie (Bass), Black (Drum) Sessionist: Kris Roza (Keyboard & Piano) Sponsor: Guitar Store
Album ni juga acapkali disebut sebagai 'album tahun kesedihan' dimana jelas, di dalam inlay album, tercatit nama Allahyarham adik dan bapa Black, serta Allahyarham ibu kepada Joe. Namun, di kalangan pendengar-pedengar Wings, seringkali album ini menerima jolokan 'album terberat' yang pernah Wings hasilkan (info - Sayap2Wings).
Buat aku pula, artwork album memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah album. Dan tanpa ragu-ragu, aku bagi 5 bintang untuk artwork yang terdapat pada Mr. Barbarik (CD). Untuk versi kaset, aku tak pasti.
Untuk lagu-lagu dalam Mr. Barbarik, aku komen untuk lagu yang aku suka saja.
Keris Tak Ada Sarung - Lagu ni yang membuatkan aku menerima kehadiran Mus di dalam Wings. Tak dinafikan, Biru Mata Hitamku sememangnya menjadi siulan ketika aku Tingkatan Satu (budak berhingus lagi), tetapi ketika itu, kekok gila aku nak menerima insan yang bergelar Mus May di dalam Wings. Maka, period tahun 1996-2000 dipujuk dengan frasa... takpa, dia Mus May, aku Mus beranak bulan May!
Singa Dan Harimau - Dua vokal unik berpadu dalam satu album. Itulah kesimpulan aku.
203 - Apa yang merah dan apa yang marah? Kenapa ada hitam dan apa kaitannya pulak dengan angka 203? Haram aku tak paham langsung.. Tapi apa nak buat, layan kepala bila dengar lagu ni.
Mayang Sulit - Susah aku nak cakap kenapa. Vokal Mus lain macam untuk lagu ni.
Samar Nan Terang - Sedikit slow, tapi petikan dan rhythm guitar membuatkan aku boleh layan lagu ni. 3/5 tahap suka.
Teater Mahamega - Argh, ekstasi!!!! (betul ker eja Ecstacy dalam Bahasa Melayu? Atau aku kena translate Urban Leisure jadi Keasyikan Urban?)
Apa yang aku perasan, suara Mus telah mula bertukar menjadi lebih parau di dalam album ni. Maka, hilanglah suara sedikit sengau Sendiri dan Gadis Bertudung Putih daripada Mus. Adakah gara-gara Mus practice untuk menyanyi dengan lebih heavy untuk album ni? Atau, adakah kerana kelanjutan usia Mus membuatkan suara dia lebih parau?
Apa-apapun, perkataan Barbarik muncul dalam Teater Mahamega, dan boleh dikatakan keseluruhan lagu (90%) adalah lagu-lagu yang berat. Tentu boleh agak kan lagu mana yang tak berat? Maka, bersangkutankah Barbarik (gasar) dengan berat? Boleh diterima... BERAT! (dan hebat!)
P/S: Jangan keliru antara Mus yang disebutkan di atas dengan Mus yang sedang menulis. persamaan yang sama antara Mus di atas dan Mus Penulis ialah ...