Saturday, September 5, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah



Lauk kami tak sampai lagi. Pekena ni jer dulu. Selamat berbuka puasa!!!

Updated 6 Sept 2009
0221 Hours

Abis pekena shisha dan selesai upacara memboyotkan diri sampai 9.30PM, kami semua nampak benda ni. Takkan nak naik? Tak mafia betul! Kami naik benda lain.

Tetiba jer gua rasa semua khazanah dalam perut gua ni nak terkeluar balik...

Friday, September 4, 2009

Showcase @ HRC

HRC tu bukanlah Honda Racing, tapi ialah Hard Rock Cafe.

Kemungkinan aku nak join adalah amat tinggi memandangkan Mr. Big punya reunion concert di Bangkok aku tak jadi pi sebab sengkek. Last sekali aku masuk HRC tahun lepas masa Telephone ada gig sempena Singapore-KL Harley Owners Group punya perjumpaan. Sound boleh tahan pecah dada. Hehehehe.

Dengan RM60.00 dan rasanya sedikit mahal daripada Planet Hollywood. Aku rasa ramai yang tak sabar nak tengok show kali ni. Bukan apa, kalau korang perasan, vokal Awie dah mula improve balik terutamanya dalam konsert terakhir diaorang iaitu konsert Sinar.fm baru-baru ni.

Lepas tu pulak. Pengkomen Tegar untuk Ogos 2009 ialah rockmetaller, Jadi, seperti biasa bro.. Tolong bagi alamat lu untuk gua pos barang. Untuk Rekod, Pengkomen Tegar Julai 2009 ialah bro Deaf.

Monday, August 31, 2009

DIY Home Recording



Aku tak berani nak komen benda ni panjang-panjang sebab aku bukan 'ahlul' dalam bab-bab ni.
Yang aku tau, dengan beberapa benda dan setting yang betul, tak susah untuk set home recording sendiri dengan syarat, kenalah keluarkan sedikit fulus untuk dapatkan sesuatu yang baik.

Banyak software-software gadget guitar sebenarnya, seperti Guitar Rig dan Drum Machine. Aku pun khatam tak abes lagi sebab rasa terlampau complicated sangat. Senang lagi kalau pijak-pijak saja stompbox tu. Jadi, aku nak review secara terperinci agak terbatas sebab ilmu tak cukup lagi.

Dalam contoh ini, aku upload video kawan aku (yang dia mintak sensor muka atas keadaan diri yang teramat seksi), tengah bereksperimen mengunakan gitar tong + distortion fx daripada sound card komputer sendiri. Takder software lain, cuma raw fx daripada Creative Sound Blaster X-Fi.



Kurt Cobain pernah buat macam ni untuk lagu The Man Who Sold The World Live Unplugged (untuk sesiapa yang terlupa), cuma pada masa tu, takder lagi software-software macam ni dalam pasaran.

Satu dan Serasikan



Aku menjengah dunia 26 tahun selepas tok wan-tok wan aku merasa susah payah makan nasi dengan garam ataupun ubi kayu cicah nyiog parut.

Aku sekarang hidup dalam keadaan makan pagi set breakfast meal McD RM8.90 ataupun harga-harga lain yang tak masuk akal untuk secawan kopi tiruan dan daging yang penuh dengan bahan kimia.

Aku terlepas zaman arwah (mungkin) tok menakan aku ditahan, kemudian lesap tanpa berita kerana bonet kereta besinya ada bom tangan versi bom jepun yang macam botol tu.

Tapi sekarang aku hidup dalam zaman curiga-mencurigai berlainan bangsa.

Aku terlepas zaman di kala bangsaku dan bangsa-bangsa lain bersatu menentang penjajahan.

Aku sekarang berada dalam zaman bangsaku sendiri berpecah kepada 3 puak dan menuduh orang-orang yang terdahulu dariku adalah boneka Mat Saleh.

Apa-apa pun, aku adalah anak pasca-merdeka dan aku sentiasa berdoa agar negaraku sentiasa aman damai, bersatu dan serasi.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52. Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang negaraku yang terlebih dahulu gugur di medan bakti.

Sunday, August 30, 2009

Nasib Jer Tu


Photograph: Simon Bellis/Reuters


Sir Alex:
Gua puas... Gua Puassssssssssssss!!!!!

Wenger:
Eleh, nasib jer tu.... (pssstt Arshavin, mana Mat Punk yang kita tengok DVD Green Street Hooligans itu ari ar? Gua nak dia suntut rusuk mamat neh.)



Pete: Jom weh, kita ada job nak buat..... Wenger suruh tiaw mamat tu cukup-cukup.

Matt: Woit, kita kan West Ham punya.. (tak habis cakap)

Pete: Ko jangan banyak songeh!! Job duit raya la katakan...

Saturday, August 29, 2009

Alasan!

6.30 pagi - hujan
-
-
-
-
-
-
8.30 pagi - hujan
-
-
-
-
-
-
10.30 pagi - hujan lagi

-
-
-
-
-
11.30 pagi - hujan lagi lebat.
-
-
-
11.45 pagi.
SMS gua dengan bos.

Gua: Encik, saya urgent leave hari ni. hujan lebat.
Bos balas: OK
-
-
-
-

Kesimpulan: Mungkin banyak perbezaan pendapat antara gua dengan bos, tapi susah nak dapat bos macam ni.




Anyway, I miss them!!! Some tribute from a Brazilian guitarist who video-replied my Vids on Youtube: Syahdu betul.



Mungkin suara gua sumbang mambang (semestinya) dan sememangnya gua tak dapat pegang chord dengan betul. Tapi itu tak menghalang gua untuk terus mencintai sebuah instrumen yang mempunyai 6 tali dan mengeluarkan bunyi bila dipetik.

Thursday, August 27, 2009

Midnight Blues

27 Ogos 2009, Isyak.
Tarawih terlepas lagi, hujan lebat. Abang-abang dan kakak-kakak semua pergi car pooling naik keta. Aku takdak keta. Melepak kat rumah. teringin nak buat satu benda.


WTF adalah benda 1st dalam otak aku kalau masuk melawat bilikku syurgaku ini. Sejak arwah ayah (pakcik aku yang aku panggil ayah) dah tak ada, aku jarang dah masuk bilik ni untuk memperoleh masa-masa emas untuk tidur.


Bilik yang pernah menjadi saksi kepada study group beramai-ramai masa final exam diploma yang jatuh pada World Cup ini makin berserabut. Semaksimum 6 orang pernah berkampung di rumah aku untuk menyiapkan assignment dan menyiapkan final project yang gila babeng. Sambil buat assignment, sambil tengok bola. Dan sorang jadik runner untuk beli burger dan teh ais depan kampung untuk buat stok makan.

Dan rasa-rasanya, 5 orang yang pernah berada dengan aku dulu dah lebih berjaya daripada aku sekarang. Dan rasanya-rasanya... 2-3 orang dah kawen kot, aku pun tak ingat..


Sofa buruk yang pernah menjadi saksi kepada sessi praktis sebuah band yang hampir-hampir terkenal satu ketika dulu. Dan kalau dulu dah jadi buat album, kompom dah menang Juara Lagu. Kutuk-mengutuk dan sessi marah-memarahi sesama sendiri menjadi lumrah. Asalkan tak hipokrit.. Mana la tau, kot-kot nanti bila dah femes, frontman buat hal dan buat group sendiri.


Tempat yang pernah menjadi saksi betapa peritnya kepala hotak menjelang saat-saat nak exam. Dan sekarang, rasa menyesal pulak bila buat part-time study time kerja. Pembohong betul, tak sempat langsung nak baca buku. Balik keja ja, letih dan asyik nak terbongkang. Agak-agaknya, macam mana la part-time students sekarang ni study?
  • Bodek lecturer?
  • Study maut?
  • Sediakan toyol banyak-banyak sebelum exam?
  • Suruh awek tolong?
  • Belasah aja, janji pass?
  • Tawakkal dan berdoa saja tanpa usaha?
Ah, gua taktau. Gua tensen bila pikir banyak-banyak benda ni.

Di sini jugalah sumber inspirasi sebuah band kampung yang hampir mengalahkan populariti band-band indie yang tengah naik sekarang. Mungkin akan jadi pelapis Kristal atau lebih bagus dari Kristal. Sapa tau... Menengahkan konsep muzik 'batu', janji bukan 'bebas' dan tak buat lagu Dangdut Rock atau Bolly Rock.


Gua rindu waktu dulu. Waktu gua takder tanggungan, waktu gua takder masalah, dan waktu gua kaya-raya (hampeh). Hanya pada-Mu aku berserah, dan hanya pada-Mu aku mengadu nasib. Apa-apapun, gua rasa... Gua patut teruskan saja hidup gua yang tak berapa best neh.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...