Sunday, September 20, 2009

2 Minutes 2 Midnight



Dengan perasaan malasnya, kelmarin aku mandikan bini aku ni. Dah lama tak mandi. Sempena hari raya yang hampir kunjung tiba, spesel sikit aku mandikannya, dengan buih sabun 1st class di kedai mencuci kereta. Orang lain semua cuci kereta, tapi aku sebagai VVIP, masuk motor pun takper.



Lazimnya, secara tradisi, akan ada satu jamuan pada malam raya di hadapan kampung aku. Ada 2 seksyen utama, iaitu seksyen Pemuda dan satu seksyen lagi seperti gambar diatas, dikhususkan untuk orang-orang masjid. Biasanya, kami akan start bakar satay dan ayam sebaik selepas Isyak. Selepas takbir raya berkumandang di masjid berhampiran, kalut jugalah kami bakar semua stok-stok makanan tu.



Tukang bakar pulak, tiap-tiap tahun muka yang sama. Aku pulak, makan saja. Hahahahaha... Dulu rajin nak bakar-bakar ni, tapi makin lama, makin malas.. Tunggu nak makan saja.



Majlis akan bermula secara rasmi selepas orang-orang masjid mengambil tempat duduk masing-masing di belakang stall burger yang selalu aku lepak. Selepas doa selamat dibacakan oleh Imam Masjid, jamuan pun bermula. Selalunya simple-simple saja seperti teh o, teh tarik, kopi o dan minuman sejuk. Makanan pulak, makanan standard doa selamat la - bihun goreng. Kami pulak geng-geng pemuda ni, biasanya akan supply satay dan ayam bakar untuk dimakan bersama-sama.



Uniknya jamuan kami, pada malam raya tersebut. Tak kira la korang orang UMNO ker, PAS ker, KeADILan ke, DAP ker, kami semua makan sekali. Hah, jangan tak caya pulak! Politik diketepikan, keharmonian dijaga. Biasanya, tokey-tokey kedai Cina di hadapan kampung selalu dijemput makan sekali dengan kami. Tahun ni, menerima kunjungan daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Naib Ketua, Setiausaha dan AJK-AJK lain. Kami collect duit sikit saja, jadi tak berani nak panggil ramai-ramai. Setakat makan-makan dan bersembang apa yang patut saja. Malam ni jugak, derma kilat dikutip daripada kami semua untuk tabung bencana kebakaran yang berlaku di Jalan Mengkuang, Bagan - 6 keluarga terlibat.



Biasanya, semua member-member rapat aku di kampung akan berada pada malam ni. Tak kira yang dah kahwin atau tak, malam ni ialah malam pemuda. Selalunya peluang ni lah yang diambil untuk bertanya khabar member-member yang dah lama tak jumpa.



Yang speselnya pulak tahun ni, ada mesin jus. Apa lagi, macam-macam la yang dieksperimenkan. Jus tembikai campur epal pun ada! Jangan sakit perut time nak sembahyang raya esok sudahla...



Harharhar... Tradisi ni memang takleh nak kata apa dah.. Untuk rekod, geng-geng kampung pernah kena kejar dengan polis sambil tanggung meriam buluh dulu. Biasanya hal ini adalah sangat biasa kerana pada Tahun Biru Cina, 2x5 aja macam ni. Jadi, give and take la.. Setahun sekali.. Kuikuikui..



Bersempena hari baik bulan baik ni, saya - Musyrif Bin Abu Bakar, dengan ini menyusun 10 jari memohon keampunan daripada sesiapa saja yang mengenali aku atas keterlanjuran kata-kata dan sikap yang mungkin tidak disenangi oleh sesiapa saja. Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin dari www.speedrider.org

Kepada perantau.. Hayati video di bawah.

Sunday, September 13, 2009

Penangan Buffet!

Aku di majis berbuka puasa Pergerakan Pemuda UMNO sekarang. Dah mula rambang mata nak makan nanti. Hahahaha, selamat berbuka puasa

Updated 14 September 2009 - Sehingga setakat ini, silalah menjamu mata anda yer? Jangan jilat screen monitor pulak, batal posa nanti kang!

Rock Raya

Rock raya bersama Wings!!!!! Yeargh!!!!
Penat mata aku balik dari abis sessi ni, sampailah dah dekat waktu sahur nak buat benda ni. Arsenal kalah sikit aja tadi tu, bagi can aja. Kesian kat Adebayor, nanti jatuh pulak air muka dia kan? So, bagi can jerlah...
Back to topic. Malam tadi, gua menerima pelawaan kumpulan Wings (huhuhu)... Dibetulkan... Band member gua, yang dikhabarkan nak practice lagu Wings. Jadi, dengan takder apa-apa aktiviti lain yang penting sangat, maka gua pun dengan senang hatinya memakai track suit (salah ka?) dan terus ke tempat yang dimaksudkan. Susah sikit nak cari studio ni sebab gua tak pernah datang jam kat sini.

Lama gila gua tak jamming dah. Jari pun dah berkarat.. TQ pada Lah yang sudi ajak.. Serius ja hangpa semua praktis neh, nak join mana-mana competition ka? Walaupun 'Orang Kita' mungkin tak habis, dan terpaksa digantikan dengan Fenomena, tapi takda masalah la tu. Biasa la.. Janji hangpa semua dan aku enjoy. Daripada duduk tengok saja, baik aku tolong rakamkan.






















Lagi satu yang gua tak paham dengan malaun-malaun dalam youtube nih, kalau bab nak kutuk memang No. 1, tapi semata-mata bukak account nak kutuk orang buatpa? Langsung takdak makna kalau diri sendiri tak upload video apa-apa untuk dikongsi bersama. At least, bolehla sama-sama belajar kalau dia komen ada benda yang tak kena dengan sessi main guitar atau jamming tu. Betul-betul menyemak youtube je!

(ayat orang yang selalu kena kutuk dalam youtube)

Kadang-kadang, gua rasa nak pinjam Papan Katil Paiseh nak pelempang orang-orang macam tu. Amacam geng, boleh pinjam tak?

Thursday, September 10, 2009

Kepada Semua Perantau



Selamat bersiap nak sambut raya. Jangan lupa check tayar kereta, air radiator dan lain-lain yang berkaitan dengan keselamatan. Ikhlas dari aku yang akan standby sepanjang minggu raya dan memberi laluan kepada member-member opis balik kampung. (Hangpa balik tangan kosong, siap hangpa). Layan, instrumental solo dari Roll Nrocinu.

Tuesday, September 8, 2009

Persediaan Syawal v2

Seperti manusia-manusia lain yang akan menyambut Syawal, aku tak terkecuali untuk membuat persediaan yang paling malas dan last minit. Mengenangkan bilikku syurgaku yang dah berzaman tak berkemas, langkah pertama telah dimulakan tadi.



Poster ni dah outdated. Bercadang nak buang. Tapi sayang giler. Keputusan yang paling baik, esok bawak ke opis untuk digantung dan diberi kepada member yang betul-betul gila kereta. Owh, yang nak digantung kat opis ialah poster kalendar Malaysian Cub Prix. Boss gua mesti bengkak gila lar...



Section yang aku taktau dah nak kemas macam mana. KIV dulu. Harap custom pedalcase jer besar, stompbox cuma ada 3 bijik dan sampai sekarang aku cuma boleh main lagu Cak-Cak Lempung saja. Belum ada peningkatan, tapi gua ingat pesan Steve Vai kat gua dulu masa dia tumpang tido kat bilik gua. Dia kata "you must practice, practice and practice". Tapi gua kata, "Haiya, me spik no English!"



Ni lagi satu hal. Tak sangka pulak fishing gear aku dah bertingkat-tingkat. Hahahhaha, kalau kemelesatan ekonomi tahap serius nanti, nelayan sepenuh masa adalah target gua. Persediaan jer nih. Raket dah 2 tahun gantung sebab asyik dok kalah dengan Lin dan saja. Nanti bila dah terurus hidup sikit, akan start aktif balik.



Erm, semua rak dan bahan-bahan berkaitan muzik, vcd, dvd, LP, magazines dan segala mak-nenek yang berkaitan dengannya aku dah letak luar bilik aku. Bersepah gila. Kompom kak ipar aku bising esok. Nanti la aku pikir macam mana nak susun benda-benda ni. Nampak gaya, kena invest beli rak buku satu neh.



Future rocking section yang aku sendiri tengah pikir macam mana nak letak. 4 dah siap. ada lagi 4 poster aku tak siap frame lagi. macam mana yerk nak letak. Hrm...



Tempat penyejuk mata aku selama ini. Tengah fikir nak sambar lagi 2 atau 3 wall stand untuk gantung benda ni. Dah dekat setahun aku gantung gitar-gitar ni dan takder masa langsung nak 120% practice. Sibuk giler. Aku bukan born-gifted guitarist, jadik.... memang slow learner sikit. Harap-harap bro Sham Kobra dapat terima balik aku belajar dengan dia, insya-Allah lepas exam aku start kelas balik dengan dia. Garang siot dia tu, asyik kena ketuk jer jari aku bila fingering tak betul.



Lapang sikit, dengan penaja premium berada di sisi. Hahahahahahha~

Wait seminit.. Apa kaitan kemas bilik dengan Raya? Hampes... Esok kena tolong mak aku kemas rumah pulak.

Monday, September 7, 2009

Persediaan Syawal



Sampul ini mampu menggembirakan anak-anak buah gua nanti walaupun isinya hanya RM1.00 ataupun RM0.50 sahaja. Hahahahaha

Sunday, September 6, 2009

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...