Alhamdulillah, selesai sudah rombongan meminang yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2009 pada pukul 8.00-10.30 pagi. Telah lama aku nantikan saat ini berlaku walaupun 'adik beradik' yang hadir tak sampai 5 orang. Tapi aku tak kisah, rombongan meminang telah melaksanakan hasrat di
Juru Auto City, satu-satunya tempat dalam Malaysia yang memegang hak sebagai 'Bandar Permotoran'. Yang lain-lain tu tipu jer termasuk Cheras Autocity. Kalau tak percaya, google kes mahkamah.
Rombongan diketuai oleh bro Potocol selaku ketua trip dan photographer. Walaupun ramah, jelas di sinar matanya yang keletihan akibat memandu dari KL-Kuala Kangsar-Penang. Rombongan ini disertai oleh:
1. Potocol - Kepala Rombongan Meminang
2. CDgtxx - Ketua Berbalas Pantun
3. Conan - Pembayar Tol (macam kat Johor)
4. Scat - Hulubalang
5. Bugie - Pemukul Kompang
6. Teja - Pembawa Hantaran
7. Kunang-Kunang - Driver Lori Rombongan
8. Acidd - DJ Kenduri
Manakala sebagai tuan rumah, yang hadir ialah:
1. Bondiana - Tuan Rumah
2. Speedrider - Penerima Pantun yang terlambat masuk majlis
3. Farah - Tukang Tepung Tawar
4. Acik - Bodyguard Tukang Tepung Tawar
Dari kiri-kanan atas: Bondiana, Bugie, Farah, Potocol, CD, Conan,
Acik (baju maroon), Kunang-Kunang (snowcap), Teja, Acidd (baju oren)
Pertama sekali, ribuan maaf dipinta kerana,
selaku tuan rumah yang tidak bertanggungjawab, aku telah terlambat sampai ke majlis. Namun, untuk rekod peribadi, masa 18 minit telah diambil dari Sungai Puyu ke Juru Autocity telah berjaya diperbaharui dalam catatan masa hari ini, sekaligus memecahkan rekod yang lepas-lepas. Terima kasih kepada semua yang memahami (atau buat-buat paham).
Walaupun perjumpaan ini ringkas, tetapi alhamdulillah, kami dapat mengenali dengan lebih rapat dan 'live' jaringan kaki-kaki pancing dari forum
www.pancing.net. Maafkan saya kerana tak dapat open table, kerana saya ialah
Bujang Senang, yang seterusnya memaksa Tuan Conan dan Bondiana untuk open table. Terima Kasih daun keladi, nanti-nanti open-lah lagi.
Untuk rekod juga, ini adalah kali pertama aku bertemu dengan hardcore-hardcore anglers dari KL dan Selangor ni, selain daripada Potocol dan CD. Jadi, sempat la bersembang apa-apa yang patut.
Kemudian, hantaran rombongan meminang pun diterima. Jadi, aku sebagai provider atau tokan area utara, lepas ni akan mengedarkan merchandise-merchandise rasmi seperti di atas untuk mereka-mereka yang telah membuat tempahan.
Sekali aku pakai, nampak macam player Arsenal tengah nak training. Baju design baru untuk season 2019 aku syak la... Ada 5-6 helai baju extra akan dijual kepada mereka-mereka di Northern Region yang berminat.
Kalau dah gathering kaki pancing, tak sah la kalau tak tunjuk benda kan? Yeah....!!! Shimano Calcutta 401 (baitcaster) ni fresh dari Jepun. Emblem pun siap ada ukir tulisan Jepun. Milik Bondiana yang baru saja beli dari Jepun. Rasa macam nak order satu, murah gila!
Bondiana juga seakan-akan faham apabila turut menghadiahkan ole-ole dari Jepun yang rasanya sungguh marvellous dan tak 'cengih' macam yang dijual di Malaysia sekarang. rasanya 'kaw' dan setanding Dunhill, malah jauh meninggalkan rasa rokok Langkawi. First time rasa Marlboro yang sedap dan penuh dengan tulisan KANJI. Bondiana, arigato gozaimas fromma speedrider-san!!
Kepada semua rombongan meminang PNET, saya sekali lagi memohon maaf atas kelewatan pagi tadi. Tengah ralit makan nasik lemak kat kampung!