Wednesday, November 15, 2023

Loteng Untuk Audio Room aka MANCAVE

 Hari ni baru teringat nak publish video Part 3 (dan terakhir) berkenaan loteng aku.


Proses merancang dan melaksana pembinaan loteng ni bukan aku buat dalam tempoh seminggu, tapi hampir 5 tahun lebih rasanya. Site survey dah pernah buat di 2-3 rumah yang dah buat loteng dan banyak benda yang tak dijangka/rancang terjadi waktu pembinaan loteng tersebut, terutamanya disebabkan PKP, perjalanan menyiapkan loteng tersebut telah tergendala hampir 10 bulan.


Di sini secara peribadi aku ucapkan terima kasih pada (aku rasa mereka pun dah lupa aku pernah approach depa ni minta nasihat):


1. Asraf Rahim - structural load dan material untuk platform memandangkan beliau adalah construction contractor.

2. Ibrisam Akbar - structural platform maximum load based on his project on platform memandangkan beliau adalah pensyarah untuk bidang berkenaan.

3. Mohd Al Hafiz - advice beliau berkenaan struktur memandangkan beliau terlibat dengan construction company 

4. Mohd Faisal Md Isa - memandangkan beliau dah ada listening room sendiri. Pembinaan loteng aku merujuk kepada abang Faisal juga untuk mix/match sesetengah benda dan material.


Kalau ikut kesimpulan akhir, memang loteng dalam Malaysia ni semuanya tak ikut spec. Betul-betul ikut spec kalau buat konkrit terus lantai tu atau pasang pillar. Tapi dari situ, memang aku dah minta kontraktor loteng aku reinforce sesetengah bahagian yang dirasakan perlu.


Benda dah buat, selebihnya berdoa baik-baik sahaja semoga semuanya selamat.


Lama sungguh nak siapkan drama bersiri berkenaan loteng rumah aku ni. Harini aku dah keluarkan Part 3 (Finale) sebab baru perasan yang aku dok letak gambar dalam bilik yang dah siap tapi kawan-kawan masih tanya "eh ni loteng haritu ka". Ya ni loteng haritu cuma aku lupa update dah siap kerja-kerja utama dan mengecat.


Semoga vlog berkenaan loteng aku ni boleh memberikan sedikit idea dan maanfaat untuk kawan-kawan yang nak buat loteng juga.


Loteng Part 1:


Loteng Part 2:


đŸ†•Loteng Part 3 (Finale):



Peram

Nasi kandar ni selain dari old school dan new school, dia ada satu lagi iaitu mazhab.

Mazhab makan kedai
Mazhab peram bungkus

Yang mazhab peram bungkus ni dia ada dua; satu memang dia bungkus/tapau dan makan di mana-mana. Satu lagi ni dia memang nak peram sebab nak sebatikan kuah tu dengan nasi. Atau kadang-kadang orang panggil Nasi Kandar Bantal.

Sesetengah Geng Peram ni dia lain macam sikit perginya. Aku ni tak prefer peram, tapi raikan saja sebab ada setengah keadaan aku tapau tu memang terpaksa peram sebab perjalanan jauh atau naik memancing. Dalam group, mazhab peram ni kalau boleh dia nak betul kat dia. Hujahnya cuma peram ni saja yang boleh menaikkan rasa sejati nasi kandar tu.

Payah geng ni kalau nak layan. Aku yang all rounder pun geleng kepala kalau jumpa puak ni. Kenapa nak paksa orang lain peram nasik kandaq tu ikut hang kalau orang tu tak suka. Hang nak peram, hang peram la sapa pun tak kata apa aih.

Harini aku tapau nasik aku terpaksa peram sebab aku nak tulis post ni.

Real real real....

Sunday, November 5, 2023

Boikot 2023

Sumber gambar di atas:
https://www.mcdonalds.com.my/company/news-alert/mcdonalds-malaysia-confirms-contribution-to-palestine-humanitarian-fund-news

Menerima persoalan isu boikot dari anak sulung berkenaan McDonald's. Persoalannya mudah; sebenarnya McDonald's ni Malaysia punya atau luar? 

Susah juga nak cerita pada budak darjah 5 pasal konsep franchise, tapi baru cerita sekerat, anak kata dia faham. Kepelikan, aku tanya siapa cerita? Katanya ustaz di sekolah dah cerita bab pemilikan di Malaysia dan macam mana nama McDonald's tu digunapakai. Persoalan anak lebih kepada jika McDonald's tutup; yang kerja kat situ semua nak pi mana? (Bab pekerjaan ni aku pernah cerita dekat dia kenapa aku kena pergi Ipoh dab situasi VSS ketika waktu covid).

Aku potong terus (memandangkan dia nampak faham) dan bercakap pasal isu Palestin sekarang dan apa yang aku cakap, dua golongan ada sekarang iaitu yang boikot dan tidak boikot, masing-masing ada hujah sendiri. Abang dan abah pun boleh duduk dalam dua golongan itu tetapi abah nak abang jangan kata apa-apa terhadap golongan yang tidak sama pendapat dengan kita. Sebab dekat ini nampak dua dua ada betulnya dan kalau berhujah, takkan habis tapi lebih akan membawa kepada pertikaian. Bab ada kerja dan takda kerja ni, yang hilang kerja dan susah cari kerja akan faham isu ni macam mana dari kita yang sedang selesa tengah makan gaji.

Demi Masa


Dalam The Flash, ada scene di mana dia akan mendahului masa; waktu ni dia akan meletakkan objek sebelum benda tu terjadi. Contohnya, scene awal filem The Flash (lakonan Ezra Miller) menunjukkan Flash menyusun kesemua bayi yang sedang jatuh dari bangunan yang runtuh supaya apabila mereka jatuh, ada stretcher bed yang akan sambut bayi-bayi ni kat bawah. Ni menunjukkan betapa lajunya Flash ni buat kerja. Nak tunjukkan betapa lajunya scene ni terjadi, sebenarnya time dia selamatkan bayi ni, dia sedang order latte dengan donut dekat cafe sebelum masuk office. Ya, punya laju.

Habis movie ni baru aku dapat relate, bila dah semakin tua ni, banyak benda yang aku sendiri rasa dah slow dan tak pantas macam dulu. Kadang-kadang sampai rasa sehari habis macam tu saja, atau tiba2 dah sampai hari Ahad dan esok hari Isnin nak masuk kerja.

Sekarang baru aku faham apa ustaz waktu sekolah rendah aku cakap; "Dunia akhir zaman ni akan terasa begitu cepat masa berlalu".

Wednesday, September 27, 2023

Food Reviewer atau Promoter?


Pada pendapat aku, Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di TV3 dulu adalah bentuk review yang agak genuine sebelum zaman penghujungnya.


Dalam 2-3 tahun kebelakangan ni, food reviewer mula muncul di Facebook dan Instagram. Masa mula-mula nampak macam review jujur, tapi akhirnya trend yang bermula di Instagram ni, bertukar menjadi satu business yang menguntungkan food reviewer ni. 


Dan akhirnya aku rasa ramai orang dah boleh agak skrip yang akan digunakan oleh food reviewer ni. Aku rasa, Food Promoter lebih tepat.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...