Tuesday, May 12, 2009

Lefthanded & Friends Kembali!!!



Klik gambar tu untuk membaca dengan lebih jelas, dan sebelum bertanya apa-apa pada aku.

Terima kasih pada Zan yang bagi flyer ni pada aku. Sebenarnya, konsert ni aku dah dengar sama naik dengan SEARCH dulu. Cuma malangnya, konsert ni promosinya amat.... lembab!

Lembab bukan bererti slow atau takder terus. Tapi terjemahkan LEMBAB dan LEMPAP. Bunyi dekat-dekat sama kan? Kalau cuaca LEMBAP, ada perasaan sikit ngantuk tak? Hah, lebih kurang macam tu lah yang aku nak maksudkan! Kalau pepatah Melayu; "hidup segan mati tak mahu" punya promosi la terus terang aku kata.

Bro Zul ada ajak aku untuk tengok konsert ni. Best jugak kalau nak layan ni. Tapi 1 hb Jun aku dah nak jadik budak-budak sekolah balik, masuk kem Guantanamao, terpaksa la aku lupakan konsert ni. Tak sempat nak patah balik Penang la bai... Kalau aku ada kereta dan gaji aku at least sebulan RM3000.00, KONPOM (amacam, aku melayukan perkataan PPSMI ni, CONFIRM) pi!!

Jadi, pada "lu orang" yang lu rasa LU ROCK SANGAT BILA LU TENGOK SEARCH, apa kata lu layan Lefthanded pulak? Rock di malaysia bukan SEARCH dan WINGS saja tau, ada banyak lagi.... (sebab ada jugak yang tau Search dan Wings sahaja, sedihnya aku)

Sunday, May 10, 2009

Potret Hidup



Minggu ni, aku sakit kepala dengan macam-macam masalah. Daripada secikai-cikai sampailah ntahapapantah punya masalah lain.

Akhirnya, VCD Wings Live in Stadium Negara 1991 aku dah khatam 2 kali hari ni, termasuk dengan sessi tayangan umum di warung paper. Hahahaha, gorengan ikan bawal Joe Wings dalam tv tadi berjaya menarik semua otai-otai lama tengok sekali VCD tu beramai-ramai dalam warung paper yang kecik tu. Aku puas.

Dengar ceritanya, semalam happening gila di Johor Bharu, 'kampung' SEARCH. Cis, kat sana ada encore!! Argh..... Tensen-tensen, aku neh.

Letih aku keja malam semalam. Dah lama tak keja malam.
sibuk aku, akan menjadi lebih sibuk bulan 6 nanti dan ke atas. Aku pun tak dapat bayangkan nanti nak jadi macam mana keadaan hidup aku yang caca-marba neh.

(thanks Shahrul, aku suka gambag ni. Henpon keramat yang amik video soundcheck SEARCH di Seberang Jaya. Lengoh hang tau ka 2 jam dok pegang henpon macam tu. Macam nak patah tengkok)

Wednesday, May 6, 2009

Update dan Promote

Ni entry tolong kawan-kawan: (dan mengomel masalah)

V'sion akan ke udara di KL.fm 97.2MHz (erm, kl punya transmission la kot) pada

7 May 2009
8.30 Malam
KL.fm 97.2MHz

untuk satu sessi temuramah.

Jadi, kengkawan yang dapat frekuensi 97.2 KL.fm tu, dengar-dengarlah suara Ramo dan Omma Akiera (ex-guitarist Laksamana) untuk mempromosikan single baru diaorang.
Untuk maklumat tambahan, Ramo dah pernah bersiaran dengan Joe Burnmark untuk mempromosikan single Jasad Liar yang terbaru dulu (tahun ni jugak), tapi dibatalkan atas sebab yang tak pasti.

Baru bersembang dengan Bro Omma tadi dan bertanyakan tentang cara-cara nak mendapatkan single tu. Jawapnya, masih dalam proses untuk dibuat. Stok yang ada sekarang hanya untuk diedarkan kepada media.

Bila jadi macam ni, aku jugak yang rugi. Susah betul nak dapat benda-benda macam ni. CD Rosli Mohalim dan Man Keedal Rockestra pun aku belum jumpa (sebab Man Keedal DIY jual sendiri). Ruginya aku...

p/s: Hrm... nak terjah ke ex-guitarist Ababil yang namanya tak disebut dalam www.muzikrock.com? Hrm... berat ni, masih dalam perancangan..

Till then,
Rock On \m/ \m/

Monday, May 4, 2009

Search Di Awan Biru Lagi...

Dah macam over rated pulak blog aku ni dengan cerita SEARCH. Tapi nak buat macam mana. realitinya, yang tu jerlah 2-3 hari ni punya topik perbualan.

1. Sepupu-sepupu aku asyik bersembang tentang konsert (padahal aku sorang je yang pergi)
2. Member-member yang tak pergi asyik dok sebut menyesal tak pergi
3. Yang excited nak tengok konsert kat Alor Setar pun ada! (dah cancel la woi!!!!)
4. Yang bergaduh dengan awek sebab asyik obsessed dengan benda ni pun ada.. Yerlah, yang ni aku! Aku la yang salah...

Apa-apa pun, aku nak kongsi dengan korang semua. Kenapa kali ni betul-betul SEARCH sudah kasi pecah...


Harian Metro


Utusan Malaysia


Ada nak kondem? Pikirlah sendiri kepada yang dah duduk dekat dengan Seberang Jaya, tapi tak pergi.. lepas tu menyesal....
Kedua-dua artikel ni adalah dalam segmen Dalam Negeri dan Setempat. Bukan dalam segmen Hiburan.

Got The Picture??



image snapped at Duniasearch.com

Update terbaru dari Dunia Search, satu pakej gempak telahpun diwar-warkan dalam web diaorang tadi. Jadi, for KIPAS SUSAH NAK MATI Search, grab this offer!!!!

Link untuk gambar-gambar konsert dan ulasan lain:
2. Konsert Search Di Awan Biru by Duniasearch Facebook - Koleksi Gambar Tour
3. Bro Yatt & Sis Nadia punya penangan - Hanya Rawk n Roll
4. Akhirnya, yang ditunggu sudah tiba. Update video dari bro Kamal, muzikrock.com:



Pelesit Kota - Havoc, cukup havoc...


Fantasia Bulan Madu - Nice Solo by Hillary


Isabella (kilat sambar menyambar tu!!)


Cukuplah update aku setakat ini tentang SEARCH. Kita tunggu blogger lain pulak cerita okes?
Akhir kata, aku harap-harap DVD konsert akan menyusul selepas ni.

Till Then,
Rock On \m/ \m/

Sunday, May 3, 2009

SEARCH: Satu Koleksi Seni



Akhirnya, satu pembukaan siri jelajah konsert oleh SEARCH telahpun bermula semalam, 2 May 2009. Akhirnya, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, satu siri jelajah konsert terbesar yang ditaja oleh Celcom telah terpahat dalam sejarah industri muzik tanahair. Dan semestinya, yang ditaja ialah lagenda rock negara; SEARCH.

Persembahan bermula lebih kurang pukul 9.30 malam. Hujan renyai-renyai dan 'on-off' sedikit sebanyak telah merimaskan penonton. Unit keselamatan pada mulanya tidak membenarkan penonton membawa payung masuk, akhirnya terpaksa mengalah apabila hujan semakin tidak dapat diduga, dan sesetengah penonton membawa anak-anak kecil. Di sini, aku juga ingin menyatakan, adalah amat tidak sesuai untuk membawa kanak-kanak terutama sekali membawa bayi ke konsert. Desibel tinggi boleh merosakkan gegendang telinga kanak-kanak. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan, tapi... Anak korang, korang pikirlah sendiri!

Penonton telah overload di ruangan utama. Aku anggarkan dalam 6,000-8,000 penonton berada di sana semalam. Hangat! Dah semestinya full house kalau ikut dari layout untuk tempat duduk penonton. Ramai jugak terutama yang membawa anak-anak bersama, cuma menonton dari jauh, mencari apa sahaja perlindungan yang mungkin untuk menjauhi hujan.

Satu marching drum diketuk oleh Yazit.. Dan opening gimmick yang cukup berkesan!!! Bunga api seakan-akan sumbu menyala dan mengenai pentas konsert diakhiri percikan bunga api menghangatkan opening song iaitu Derap Komando! Penonton naik gila, hangat!!!! Setelah hujan berhenti, Amy memberikan sedikit ucapan pembukaan, rasa terharunya dengan sambutan peminat di Pulau Pinang dan penghargaan kepada Celcom setelah hampir 17 tahun tidak mengadakan konsert besar-besaran. Dan, aku sebagai pelapis daripada sepupu-sepupu aku yang segan hadir kerana telah berkeluarga, berasa amat beruntung kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah SEARCH di Pulau Pinang.



Hujan telah berhenti, dan Amy sekali lagi memberikan ucapan dan seterusnya... Setelah Hujan dinyanyikan. Maaf, aku tak dapat mengingat kesemua lagu yang dimainkan, kita tunggu saja bro Kamal dari www.muzikrock.com untuk list balik semua lagu yang telah dimainkan. Layan abes sampai aku tak ingat dah susunan lagu. Semuanya nostalgia!



Antara lagu yang dimainkan ialah sebuah lagu yang aku tak ingat tajuknya dan amat jarang sekali dimainkan di konsert. Album tahun 1987. Antara lagu yang sempat aku ingat semalam ialah: (nanti aku update balik kalau ada yang silap, yang ni tak mengikut susunan, redah ja...)

Setlist Konsert Search Di Awan Biru, Seberang Jaya:
1. Derap Komando
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Gitar solo oleh Hillary
11. Fenomena
12. Bencana
13. Drum solo oleh Yazid
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
TAMAT

Tiada encore.

p/s: Thanks Bro Khys dari www.muzikrock.com untuk update dan pembetulan setlist.

"To all out there, the coming concert performances would be something that you shouldn’t miss. That’s my promise.." - Amy Search

pada aku:

1. Superb sound (can make it louder please?)
2. Superb opening act/gimmick
3. Cool and nice lightings/backdrops including the gigantic screen
4. Berkonsert dalam hujan lebat (ingat sampai mati)
5. Pyro meletup sampai Din melompat terkejut (ingat sampai mati jugak, hahahhaa), tapi rhythm maintain, salute!!

Showmanship memang all out habis. Aku betul-betul respek. Bro Amy, cara lu communicate dengan audience memang lain dari yang lain, burning out our gas and adrenaline!!!!!!

Paling menyerlah, bro Din. macam dah naik syeikh dah dia goreng gitar. Kami puas hati!!!!
Hillary, last aku tengok masa dia perform dengan Cromok di Planet Hollywood. Kali ni, penampilan lu lebih rock bro!!!!

Tapi yang kecewanya, persembahan habis awal. Encore pun dah tak dilayan. Alahai sedihnya... Mungkin sebab hujan lebat memaksa Search menghabiskan persembahan lebih awal. Yerlah, nak jaga equipment tu semua. Killer song - Pawana dan Menara Kesesatan tak dimainkan!! Arghhhhhhhhh!!!!! Yang pasti, kalau ada rezeki lebih, 1 Ogos... Aku akan ke KL untuk show penutup!!!!!



Habis aja konsert, kami mengambil kesempatan berkumpul di kedai mamak la, mana lagi untuk bersembang tentang konsert tadi. Dan yang pastinya, ramai otai yang turun malam tu. Tak termasuk sekumpulan 'Kid celup' yang memenuhi arena konsert. Memang nostalgik!!!

Dan untuk makluman, makanan luar dan sebarang peralatan untuk merakam adalah dilarang untuk dibawa masuk, jadi, aku masukkan saja sessi soundcheck sehari sebelum tu. Lagipun, suasana hujan membuat aku malas nak amik gambar.



SEARCH, kita jumpa di KL 1 Ogos 2009 pulak!!!

Till Then,
Rock On!!! \m/ \m/

Friday, May 1, 2009

SEARCH: Soundcheck Seberang Jaya



Selepas sembahyang Jumaat, aku kelam kabut pergi ambik Shahrul. Tempat tujuannya cuma satu; Tapak Ekspo Seberang Jaya. Macam nak pergi perang pulak aku dengan beg-beg tu semua.



Boring betul tunggu lama-lama ni. Apa lagi, pekena la sebatang dua dulu sementara subjek yang dikenalpasti nak sampai.



Sebenarnya, aku dapat tiket eksklusif untuk bertemu SEARCH (backstage pass). Belasah ajalah, sebab tu aku ajak Shahrul.



Yeah!!! Lu rock? Phewiiitttt!! Sound test 1-2-3-4.
Pastu abes.
Sound check paling senang dan yang paling tak sakit kepala. Hehehe, steady la Bro Amy. Bila pulak Armani Exchange sponsor? Ray-Ax dah tak sponsor ker?



Akhirnya, kalau ikut jadual, pukul 4 dah start. Tapi paham-paham ajalah.... Pukul 5 lebih baru la nak nampak muka-muka member SEARCH ni. Terus buat soundcheck. Bro Yazit mendominasi stage. Dekat-dekat sejam jugak dia asyik ketuk drum tu. Antara beat yang sempat aku tangkap ialah intro Kamelia - Sweet Charity.



Ingatkan kami saja audiens yang mengantuk tunggu... Bro Nasir pun sama la ngantuk ngan kami. Hahahahahahaha....



Lepas tu, Bro Nasir apalagi, tak melepaskan peluang la bila turn dia untuk buat soundcheck. Hehehehehehe. Nampak gaya, Isabella dah tentu masuk dalam list dalam konsert esok malam. For sure!!!



Dan yang pastinya, kehadiran bro Din memetik Jackson kali ni betul-betul menarik perhatian audiens. Lagu yang sempat aku tangkap dia test ialah Crazy Train (Ozzy)/Sweet Dreams (Marilyn Manson) - tak pasti.. Hehehehe.



Akhirnya, giliran encik John kita, Hillary Ang pula test power. Macam nak pecah dada ja sebab sound terlampau kuat. Dan yang pastimya, saudara Ayed la yang nak kena check balik semua tu.



Hahahahah, klasik abes gambar ni!!!! Aku macam balik zaman 80-an la!!! Ni salah seorang pemenang Celcom jugak ni. Brader, berapa lu abis duit kat bundle pergi cari spek ngan seluar carrot tu? Heheheh, lu memang rock abes la wa cakap sama lu!!!



Bersama orang di belakang tabir www.muzikrock.com, brader Khys kita. First time jumpa. Selama ni, aku asyik email dia ja. Database musik rock terbesar untuk Malaysia setakat ni selain dari MasterComp. Heheheh...



Huhuhu, brader Din takmo kawan ngan aku la pulak... Takpelah.



Sesungguhnya, hari ni ada kelemahan sikit daripada segi masa. Kalau SEARCH datang awal sikit, dah tentu lebih banyak sessi fotografi boleh dibuat. Dan akhirnya, TIKET EKSKLUSIF aku dah rasa macam tak eksklusif. Tapi ok la, boleh jugak tengok buat soundcheck. Terima kasih pada Celcom untuk bagi backstage pass ni. TQ so much.



Ya...................... Siapa lagi jurugambar rasmi aku hari ni kalau bukan Encik Shahrul kita. Semua gambar dia amik. Biar dia test camera ngan lens baru tu puas-puas. TQ bro!

till then, rock in!!!! \m/ \m/

Akhirnya..


Posted via SE k850i

Aku dan Shahrul dah ada di venue konsert. Sessi eksklusif bersama SEARCH. Masih menunggu bro Kamal dari www.muzikrock.com untuk join sekali.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...