Monday, May 8, 2017

À Tout le Monde @ Megadeth KL

 

Ini akan menjadi entry yang agak panjang. 

4 May 2017 aka May The 4th Be With You day merupakan hari yang tak akan aku lupa. Manakan tidak, lagenda thrash metal dunia, Megadeth pertama kali mengadakan persembahan setelah hampir 20 tahun diharamkan dari mengadakan persembahan di Malaysia atas tekanan politik pelbagai pihak. Tarikh yang tepat adalah sejak tahun 2001, mereka telah diharamkan dari membuat persembahan. Mati akal juga nak letak tajuk entry kali ni. Tapi tengok sendiri la gambar di atas, dua bapak budak macam dapat cokelat bila isteri masing-masing bagi ‘line’ ke KL, ok la kot tajuk tu. Hahahaha! 


Plan asal nak buat entry berasingan macam travel log, tapi tak jadi. Aku rasa baik aku masukkan semuanya dalam satu entry supaya anda semua terseksa baca satu-satu apa yang aku nak tulis. 

Perjalanan ke KL, aku ditemani Ikhwan (gambar atas). Nak dijadikan cerita, Ikhwan adalah jiran taman aku. Dia tinggal di Fasa 1 dan aku di Fasa 2. Sebenarnya aku tak tinggal lagi pun di taman perumahan tu. Pertemuan dengannya di majlis hari raya persatuan penduduk taman dan oleh kerana dia ada mutual friends dengan kawan-kawan aku di FB, dia menjadi rakan FB aku. Dari situ, dia mula tahu ada benda yang menghubungkan aku dengan dia; gambar, motosikal dan muzik. 

Cut the story, dalam perjalanan melalui PLUS, Ikhwan mencadangkan Mee Kari di R&R Ulu Bernam (arah selatan) dan sebenarnya aku tak pernah cuba langsung Zul Mee Kari ni. Bila rasa, Masya-Allah punyala sedap. Aku ambil Mee Kari Special berharga RM6.90 (boleh pilih daging atau ayam) dan rasanya memang power ya amat. Sesiapa yang singgah R&R ni bolehla try, memang padu. 

4 jam perjalanan tak terasa apabila kami asyik membincangkan pasal Megadeth. Yang membezakan, Ikhwan ambil seat UL5 dan aku UR5. Punyalah kalut Ikhwan ni sampai ambil tiket tak bagitau aku, sanggup duduk sorang-sorang. Aku sempat survey kawan-kawan yang ambil tiket PPRT Pit ni (hahahahha) dan banyak yang berada di UR5. Lagi satu, memandangkan aku masih baru dengan material Megadeth, membuatkan aku rasa cukupla sekadar tiket PPRT memandangkan satu lagu Megadeth tak melekat pun dalam kepala. 



Aku menginap di Hotel Midah. Biasanya aku tak cerita pasal hotel. Tapi memandangkan Hotel Midah belanja aku Premium Room, aku masuk jugak dalam entry kali ni. Sebenarnya aku ambil bilik yang paling murah, tapi bilik aku tu telah diberikan kepada semua anggota TLDM (Navy). Kalau tak silap mereka semua ada la dalam 3 bas punya ramai dan mereka menginap sebab ada perbarisan menghadap Agong yang baru, Sultan Muhammad V. 

Terima kasih Hotel Midah sebab bagi free upgrade walaupun tab mandi tak boleh tutup lubang dan soket plug satu tak boleh pakai. Hahaha takpa sikit ja janji bilik besar boleh terjun tiruk. 




Lepas post gambar sikit di FB, datang dah racun-racun dari bandar KL ni. Khairil dan Awyn (kenalan Vinyl Passion @ FB) dah mula tabur racun yang Tandang Records cuma dalam 200M meter saja belakang Hotel Midah. Sekali tauke Tandang pun masuk komen tabur racun tempek peta. Dalam keterpaksaan, aku pun berjalan kaki dan singgah ke Tandang Records. 

Ini pertama kali aku ke Tandang Records. Sebelum ni diaorang bertempat di Rumah Api, baru berpindah ke Jalan Kampung Attap ni. Nama je Kampung Attap tapi semua bumbung absestos. Silap-silap orang KL ni,  atap pun tak tahu benda apa. 

Wong (yang jaga kaunter) rupanya asal dari Bagan Dalam. Aiseh my friend jumpa orang kampung. Maka keluarlah loghat Penang dalam kedai. Last sekali, tauke Wan Hazril datang dan sempat la aku ambik gambar sikit-sikit buat kenangan. 

Tangan photobomb tu milik Aaron Gergasi, dia mati-mati tanya aku mintak Bob Pilgrims datang kedai sebab rindu dah 16 tahun tak jumpa. Lepas sembang-sembang apa sikit, aku pun balik hotel. Tandang tutup awal haritu sebab diaorang ada kerja di Rumah Api. 



 Ini kisah perjalanan aku ke Stadium Negara. Wan Hazril dan kawan-kawan KL lain cakap jalan kaki ja boleh. Tapi Bob Pilgrims (Magnus Caleb @ FB) call aku dan bagi tips macam mana nak naik LRT. Ya, alasan aku cukup kuat; kat Penang tak ada LRT, bagi la can kat aku naik LRT! 

This metalchick (baju nak oren) ask me whether Im going to Merdeka Stadium for Megadeth. I said no, it should be National Stadium. She look back her ticket and start panicking. She asked me whether I want to share a cab there. 

But macam I biasa, I berlagak cool. Asked her to take LRT instead and turun at Hang Tuah. 

Ahhh thank you Magnus Caleb for the tips. Awkward gila orang hulu Penang ajar awek Ampang kat mana nak naik LRT. Dah la tu terkebil-kebil aku nak bayar LRT ni pakai token! (Touch N Go tertinggal dalam kereta). KAHKAHKAH!




Setelah turun dari LRT stesen Hang Tuah (aku naik dari Maharaja Lela, tambang RM1.60) dengan Metalchick baju oren tu, dalam 300M dari stesen, masuklah aku ke laluan Stadium Negara. Gerai-gerai jualan merchandise (bootleg) dah macam cendawan. Ada yang elok dan ada juga yang buruk. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Tapi aku pegang nasihat Ijau, kalau nak beli,  beli lepas habis konsert sebab biasanya semua akan lelong untuk last kopek punya sale. 



Akhirnya aku sampai di kaki bukit menuju pintu masuk Stadium Negara. Kat sini aku terkebil-kebil dan timbul juga penyesalan datang seorang. 

Metalhead ramai dah berkumpul dan semua ambil kesempatan ni macam friends reunion. Ada yang melepak isap rokok dan ada yang melepak makan-makan. 

Dari visual, kebanyakan yang datang adalah Gen-X. Banyak yang dah beruban tapi ranggi dengan baju tengkorak. Jumpa juga muka-muka familiar yang aku kenal kemas dan segak tapi hari ni adalah hari ‘A Tout Le Monde’, mestila pakai baju tengkorak warna hitam! Hahahha!! 


Aku dicuit dari belakang dan akhirnya saat yang ditunggu telah tiba, Ijau yang telah aku kenal melalui blog akhirnya muncul di depan mata buat pertama kali. Daripada bersembang pasal gitar, meleret kepada nasi kandar. Itu adalah versi aku dan Ijau di dalam blog. 

Versi realiti haritu dimulakan dengan tanya khabar masing-masing dan kesihatan family (anak-anak dan isteri Ijau baru baik demam campak sebelum dia datang KL) kemudian disusuli dengan cerita Metallica di KL (menyesal tak pergi tengok) dan Ijau siap cakap apa outfit yang dia pakai haritu 90% outfit waktu tengok Metallica. 

Ada juga tanya apa cerita Jairo dan Takilala sikit dan geng-geng Borneo yang lain, tapi nampaknya kali ni Ijau seorang yang datang. Tabik! 

Kami bertiga (dengan Ikhwan) menunggu Berteromber  datang sebelum kami masuk ke pintu utama stadium. 



Akhirnya hampir-hampir Maghrib, Berteromber hadir ke venue dengan rakannya (lupa nama). Tunggu D’arsil tapi dia inform dia lambat lagi, jadi kami bercadang untuk masuk dulu nak tengok official merchandise. Kemeriahan pasti lebih terasa jika Doc Ibrisam,  Portdy dan Saudagar Mimpi ada sekali. 




Pemeriksaan keselamatan mengejutkan ramai perokok apabila rokok tidak dibenarkan dibawa masuk. Samada tinggalkan di pos keselamatan atau balik simpan di kereta. Banyak jugakla rokok bertimbun atas meja tu. Untungla masa balik yang tinggal rokok sikit, masa balik gagau kotak rokok banyak. 

Ijau paling sempoi, dalam yang lain-lain kantoi botol air, dia dengan Ribena terlepas masuk. Sebelum tu dia dah tunjuk poket Doraemon dia tu. Aku pulak nasib baik vape lepas bawa masuk, kalau tak pishanglaaaaa nak tinggal vape. Mana ada kereta kat tempat parking nak simpan! 



Merchandise booth sangat menyedihkan. Dah la kecik, aku rasa booth jual karipap lagi lawa hias kat pesta makanan. Gila apa booth merchandise Megadeth nampak bodoh kosong macam ni. 

T-shirt sold out sejak sale mula dibuat pukul 4.30. Rasa macam nak terbalikkan meja pun ada. Dapat info cuma 50 set tour tshirt dibawa masuk, lebihan dari show di Singapura. Yang tinggal cuma Bandana RM70, snapback cap RM120 dan sweater RM250. Ijau siap tanya Seventen or Seventy dua tiga kali dalam entry Dystopia di Kuala Lumpur. Ye la gila apa bandana kecik RM70. Tshirt sold out tu khabarnya RM150. Tapi aku tak beli apa pun sebab aku declare official merchandise punya design buruk nak mampus. Bootleg kat gerai luar stadium buat lagi lawa.




Lebih kurang pukul 8, aku, Ijau, Berteromber dan kawan Bert masuk ke UR5. Akhirnya dapat juga tengok sekali seperti yang dirancang. Kenal melalui blog, bloggger dari Penang, Johor dan Sarawak berjaya buat meet up dalam konsert ulung Megadeth Live In Malaysia. 

Kami duduk di UR5 dan kami menggelarnya sejak konsert Metallica ia adalah tiket seat PPRT memandangkan ia adalah tiket termurah untuk sesebuah konsert berskala besar. 

Aku pulak tak begitu ralat sebab kalau aku ambil Deth Pitt tapi tak boleh sing along pun tak guna jugak. 


Tepat pukul 8 malam, opening band malam tu Massacre Conspiracy atau MC16 memulakan persembahan. Aku memang blur habis sebab tak tahu ni band apa. Siap terus post kat FB tanya sapa opening band ni, dari situ dapat jawapan. 

Patutla Bert kata awal-awal nak skip band ni sebab tak kenal. Waktu ni, Deth Pitt dan Rock Zone pun nampak kosong nampaknya semua berfikiran sama macam Bert; skip opening band. 

Genre apa yang dimain tu mula-mula aku tak dapat tangkap. Sebab ada keyboardist tapi boleh tahan la MC16 ni. Tak pasal-pasal nak kena study pasal band ni sebab dah tengok. 

Tak kisah la siapa pun mereka, aku toleh kepada Ijau dan cakap “Depa ni kalau orang perlekeh, depa boleh cakap – aku main opening untuk Megadeth, hang pernah?” 

Lepas tu kami gelak ramai-ramai. 


Pukul 9 malam. Deth Pitt dan Rock Zone dah penuh dan lagu latar dimainkan. Sorakan “Megadeth! Megadeth! Megadeth!” bergema di dalam stadium. 


Dewan bergema dengan sorakan apabila kelibat De Facto Megadeth, Dave Mustaine muncul di pentas. Tiada intro meleret-leret tetapi Megadeth terus balun Hangar 18, Wake Up Dead, In My Darkest Hour dan The Threat Is Real sebelum Dave Mustaine membebel sebab dah lama tak boleh masuk Malaysia agaknya. 


Kredit gambar pada pemilik asal

Sebenarnya kami dah dapat spoiler dari Portdy setlist untuk malam tu dalam group whatsapp. Sama seperti di Singapura, tiada tambahan atau perubahan. Aku jangkakan Megadeth akan memberikan extra lagu atau lagu yang berbeza.


Tiada gambar-gambar menarik sebab kedudukan aku yang agak jauh tapi masih boleh diterima. Dalam kesemua ahli Megadeth, Kiko Loureiro paling menyerlah dengan showmanship. Dia nampak begitu enjoy di atas pentas dan boleh dikatakan dia main sebijik-sebijik macam dalam album. Sampaikan bunyi ‘nyet nyet’ di hujung note pun sama. Ijau nampak seronok di situ apabila dapat menangkap persamaan bunyi di dalam album. 

Mustaine pula kadang-kadang suaranya menjadi kurang jelas. Tak pasti samada dia kurang sihat ataupun soundman punya problem. David Ellefson ok dan drummer Megadeth yang baru menggantikan Chris Adler (terlibat dengan album Dystopia), Dick Verbeuren (dari Soilwork). Drummer tu memandangkan aku kurang nampak, mula-mula ingatkan perempuan. Rambut ikal mayang straight halus berterbangan tiap kali ketuk drum. Hahahhaha tapi agak padu dia ketuk. 

Aku perasan Mustaine perkenalkan Ellefson dan Loureiro tapi tidak pada Verbeuren. Kalau aku yang tersilap atau tak dengar, mohon betulkan. 

Persembahan Megadeth membuatkan aku agak terlopong. Mustaine yang berumur 55 tahun masih power di atas pentas. Persembahan kesemua mereka sangat energetik tanpa perlu berlari ke sana ke sini di atas pentas. Kiko Loureiro mempunyai stage persona yang sangat power; goreng, main dengan gigi, main silang belakang, you name it. 

Paling best dalam semua adalah apabila berlaku solo duel di atas pentas dan headbanging berjemaah; perkara yang jarang-jarang berlaku dalam dunia muzik mainstream. Malah Metallica juga tak ada benda ni! 

Setelah menyaksikan sendiri persembahan mereka, Megadeth terus masuk dalam list aku untuk diberi perhatian serius.

“Cantik baju ni tapi ada tengkorak pulak kat belakang, spoil betullah takleh bawak gi masjid!” – Berteromber



Usai persembahan, kami bergerak menuju keluar dan sempat la buat shopping sikit. Betul kata Ijau, last sekali aku dapat baju yang asalnya dijual RM35 menjadi RM30. Kutu-kutu lain siap dapat poster event dan aku melepas. Ada juga kutu siap balaih tanda harga tiket di pintu masuk semata-mata untuk dijadikan kenangan. Aku melepas dapat poster tapi beli jugak di stall luar dengan harga RM5. Cukuplah untuk buat kenangan. 


Aku ingat aku sorang je kantoi macam mana nak bayar LRT ni, Bert dengan kawan dia pun 2×5! Kahkahkah!

Kami berempat mati akal ketika di tangga stesen monorail Hang Tuah. Ijau cakap dia akan menapak saja balik hotel. Bert dan kawan akan menuju ke TBS dan aku paling malas akan menuju ke Maharajalela. 

Padahal boleh je kalau nak singgah makan-makan kejap sebab memang semua lapar tak makan lagi pun! 



Ijau melangkah pergi dengan salam, dan aku berpisah dengan Bert/Rakan di persimpangan stesen. Sempat juga la menyaksikan aksi kantoi orang jarang naik LRT. Sesungguhnya kami jarang sangat naik LRT, kasi can la…. Hahaha. 



Apa pun, inilah sekadar coretan dari aku yang menyaksikan sendiri Megadeth di depan mata walaupun sekadar tiket PPRT. 

Megadeth akan diberikan perhatian serius di dalam pengumpulan material seterusnya kerana selama ni aku rasa aku cuma dikaburi dengan Metallica. 

Semoga dalam masa terdekat nanti akan ada harapan kemasukan Iron Maiden di Malaysia dan ketika itu, harapnya semua blogger atau pembaca dapat berkumpul sekali lagi di venue. 

Monday, September 20, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Adnan Sempit

Nama Gua, Adnan Sempit..

Semuanya sempit, baju sempit, seluar sempit, poket sempit.. Dan bila poket sempit.... Pepahamla duit pun macam mana kan?

(gelak satu panggung)

bla-bla-bla..

Di mana ada kemahuan, di situ ada highwaaaay~ (gelak lagi)

Start Throttle Modenas GT128, 'ter'wheelie, tergolek dog - "kantoiiii......"

Sekali lagi gelak satu panggung!

--------------

Plot awal pun dah membuatkan satu panggung gelak tak henti-henti. Apatah lagi keseluruhan cerita ni!

Setelah gua agak jemu dengan KL Menjerit dan Remp-It yang gua rasa overrated sangat pasal mat motor ni, Ahmad Idham memberikan perspektif yang berbeza tentang kehidupan Mat Motor. Bolehla tengok apa kata Ahmad Idham dan pelakon dia, Yana yang ditemuramah oleh editor majalah permotoran yang paling sengal rock dalam Malaysia; Ghani Arafatz dari majalah Kapchai. (heran gak aku, pesal dia pi interview Yana... cis!)



Pada pendapat gua, Ahmad Idham pandai mengambil peluang dalam berkarya. Ya, terus terang gua katakan, walaupun filem ni tak banyak sangat aksi-aksi yang thrill macam dalam KL Menjerit, Remp-It dan Bohsia, sekurang-kurangnya imej clean Mat Motor yang cuba dikupas oleh Ahmad Idham amat gua tabik spring!




Cuma dari pendapat gua, scene yang paling gua tak berkenan ialah time Bobby dan Wawa bercengkerama kat tepi tasik sambil menyanyi. Boring yang amat, tak lawak pulak tu... (ni mungkin untuk gua saja). Keseluruhannya... Gua memang puas hati!!!! Gua rasa amatlah tidak adil kalau gua 'spoil'kan terus movie ni sampai habis. Pada pendapat gua, ini adalah Filem Melayu Mesti Tonton 2010.



Bercakap pasal motor, Remp-It V3: Samseng Jalanan punya trailer pun dah keluar... Nampak sangat lagu-lagu sekarang tak best apabila Pawana (Search) dipilih sebagai soundtrack filem ni. Long live Rock and Roll!!!!! (dan motor-motor rare atas jalan seperti Suzuki Panther Jerung dan mesin drag racing rangka pun ada...)

Tuesday, January 19, 2010

Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010

Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan mengeluarkan jentera berkapasaiti 150cc, Suzuki yang telah selesa mengeluarkan Belang R 150 pada 2009, nampaknya menumpukan kepada segmen pasaran mesra pengguna pula. Untuk Belang R 150, keupayaannya telah dibuktikan sendiri dengan Ride Solo Satu Malaya tanpa tajaan (sedihnya).


Designed by rihuhs @ MBC


Berita ngeri buat peminat kapchai-kapchai laju. Ya, dari cerita yang telah disahihkan, cuma tanpa specs yang lengkap, model tersebut berkapasiti 110cc sahaja. Lupakan saja jika anda ialah mat despatch yang nak tolong bos anda fotostat dokumen juta-juta ringgit pada waktu pagi (eh, ayat macam kenal jer...), tapi sekiranya anda adalah pengikut Smash Revo dan anda ialah mat-mat motor yang cintakan kedamaian 'fun ride', motosikal ini ialah jawapannya.

2010 juga diberitakan bahawa Suzuki Belang R 150 akan direka semula. Berita sedih kepada pengguna-pengguna Belang. Nampak gayanya hidup anda akan terus diselubungi misteri bunyi-bunyi yang tak menyenangkan berpunca daripada 'auto chain tensioner' yang masih belum diperbaiki oleh pihak Suzuki.




Sekali imbas, motosikal baru ini menyamai rekabentuk Smash Revo. Dan dengan berita Affendi Rosli yang telah menjuarai 115cc Underbone Asia Road Racing 2009 (overall), nampaknya Suzuki sepatutnya mengeluarkan model ini dengan 'sempurna'.

Sempurna yang didambakan oleh rakyat Malaysia ialah:
(itupun jika pihak Suzuki berminat nak tahu.....)

  1. Bebas daripada sebarang factory defect seperti masalah-masalah enjin seperti yang berlaku kepada Suzuki Belang R 150 (chain tensioner prob)
  2. Bebas daripada sebarang factory defect seperti yang berlaku kepada Smash 110cc (rear foot stand dan false gear/gear tendang)
  3. Aktiviti-aktiviti sokongan daripada Suzuki terutamanya after-sales services. Aktiviti-aktiviti seperti convoy sponsorship adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh Suzuki owners. Malangnya, Suzuki Malaysia, seperti macam kedekut sangat nak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Patutla motor tak laku.....
  4. Marketing dan Advertising. Sesuatu yang amat memalukan... Giant company such as Suzuki with minor advertising on media such as on Television and etc. Yamaha Indonesia can afford to 'use' Valentino Rossi on their Jupiter ad and Suzuki with...????
  5. Suzuki boleh berbangga dengan laporan-laporan di akhbar ataupun majalah yang biasanya akan melambung pujiannya. Tetapi, sekarang bukan 10 tahun lepas. Review-review bebas oleh penulis blog dan pengguna forum lebih dipercayai oleh pengguna (hampir-hampirlah...). Jadi, kepada 'mereka-mereka' yang berada di dalam Suzuki yang tengah brainstorm why Suzuki Sales drop within these years, take this note - user/rider now gain more info on the net such as news, forums and blogs.
  6. Spare parts - The most Suzuki owner fear off. The most ridiculous price and the availability of these parts in some stores, chase all the Suzuki 'newbies' away. Eg, look at this price of Suzuki Smash Gear Lever -  RM21.80.... Ughhh... headache!!


Apa-apapun, Suzuki, prove your "Ranggi Dan Radikal" with your marketing strategy. Dont 'RADICAL' with your price. I want to see more Suzuki bikes on Malaysian Roads like you have done with RG Sports and RGV 120 several years ago.


Suzuki, good luck for 2010.

Monday, January 18, 2010

Dinner Kompeni 2009

Seperti yang semua tau, memang gua kecoh kat facebook gua dengan update status masa gua kat  Company Dinner 2009 semalam. Taktau nak buat apa sebab member-member kamceng gua ramai yang tak turn-up malam semalam. Ah.. semua mengharapkan hadiah lucky draw, bila tak dapat.. Mulalah tak datang (gua buat andaian liar). Gua tau la gua asyik menang jer... (kuikuikui).

Sebenarnya bila dinner semalam, gua tak plan nak datang pun sebenarmya. Takder mood sangat nak datang. Tapi bila 'ehem-ehem' dah tolong isikan kehadiran, maka gua pun datangla jugak.


Tahun lepas punya dinner, tema dia "Irama 60-70-an". Tapi gua memang rebel time tu. Gua belasah sajalah pakai macam ni. Memang dapat teguran daripada management, tapi sorryla, gua bukan generasi 60-70-an, mana gua tau nak dress macam tu....

Kalau suruh dress rock ker, rap macam 4U2C ke, (hahahaha), ni gua tau la.... Cuma sayang sikit, kalau gua dress rock, memang gua takdak rambut la... Mungkin gua kena pinjam kat Amy Search wig dia untuk gua pakai kalau ada tema 80-an.

Dan tiap kali kalau gua pakai baju ni, atau tiap kali gua pakai baju ni. Gua akan teringatkan Allahyarham Ijan. Seorang yang telah memperkenalkan gua kepada Sayap-Sayap Wings. Al-Fatihah.


Untuk dinner tahun ni... Agak-agak apa tema dia?



Kah kah kah... Arabian 1001 Nights and Star Wars. Cam celakak. Sekali lagi gua mana ada baju macam tu!!!!


Gua tau, costume party macam ni sememangnya leceh. Tengok mamat "Best Dress Of The Night" ni. Terseksa beb gua tengok dia nak isap rokok.

Sebab tu gua cukup tak berkenan bab-bab nak pakai kostum-kostum macam ni. Tapi gua betul-betul respek dengan brader ni sebab sanggup sewa kostum ni dari supermarket berdekatan. Dia dapat RM200 kot untuk best dress award tu.. Erm, dapat RM200, sewa pulak berapa erk?


Jadi, begitulah gua dapat ceritakan sedikit-sebanyak benda apa yang gua  tak berapa nak berkenan dengan Annual Company Dinner - Tema!

Lain-lain tu, gua tak kisah. Dan kepada kawan-kawan gua yang tenggok gambar kat bawah, gua mintak maaf la... Gua anggap benda ni rezeki, syukur alhamdulillah. Straight in a row for 3 years dapat hadiah lucky draw. Har Har Har.....

Sesiapa yang tak dapat, kita cuba lagi tahun depan. Gua cuba untuk tak datang dah dinner untuk bagi kawan-kawan lain dapat can dapat hadiah.

Di mana ada kemahuan, di situ ada highway............. - Adnan Sempit (nanti gua review)

Saturday, January 16, 2010

Nasib Badan




Alhamdulillah, gua menang lagi lucky draw buat tahun ke-3 berturut-turut.

Rock btol! Hahaha...

updated:
Dapat hand mixer untuk uli tepung kuih. tak rock betul....

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...