Saturday, March 4, 2023

Detox?

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa serabut sangat. Tak cukup Facebook aku deactivate, puncaknya adalah aku delete Whatsapp. Bukan setakan uninstall, memang aku delete akaun whatsapp aku. Maksudnya kalau orang type nombor aku dekat whatsapp memang tak dapat.

Nak kata social media detox, Instagram dan twitter aku masih ada. Cuma bezanya dekat dua platform ni tak sesibuk seperti di FB. Insta dan twitter aku pun sendu, setakat buka dan browse 2-3 kali saja. Sebenarnya aku ada account backup untuk maintain page Mamu Vinyl di FB, nasib baik akaun tu ada 14 orang friends saja, jadi newsfeed kat situ pun tak heavy sangat, aku pulak sekadar follow page-page berkaitan vinyl record saja dekat situ.

Harini masuk hari ketiga kot aku dah tak guna WhatsApp dan FB. Feel dia tu macam tahun awal 2000; nak buka web guna WAP dekat handphone pun takut-takut kena charge mahal, jadi baik takyah guna - haaa camtu la feel bila ada smartphone tapi Facebook dan Whatsapp takleh guna.

Bagus juga takda benda tu, sekurang-kurangnya aku boleh update blog ni. Dan jangkaan aku tepat, takda FB ni umpama kau mati la, orang ingat kau masa hari kau mati saja, lepas tu orang tak ingat dah. Macam deactivate ni pun, tak sampai 10 orang reach out tanya kenapa deactivate, tapi yang ketara sebab aku delete whatsapp. Kalau tak delete whatsapp, orang tak perasan pun yang aku deactivate FB.

Jadi kat sini kena muhasabah diri balik.
1. Apa impak ada media sosial? Penting sangat ka aku ni?
2. Apa pentingnya aku dalam circle kawan-kawan?

Mungkin 2 benda ni kena fikir balik secara mendalam.

Paling best nanti kalau ada orang baca post ni baru perasan yang aku dah deactivate FB dan delete Whatsapp. Silap-silap baca pun tak ni, siapa pun taktau. Hahahaha

Market

Kat utara ni kami tak panggil pasar/pasar pagi dan seangkatan. Kami panggil market. Punya la kolonisasi abis bahasa utara ni. 

Pagi ni aku singgah market, biasanya aku tunggu saja dalam kereta dan wife buat pembelian. Pagi ni sebab tak ramai sangat, bolehla aku ikut sekali ronda market dan last sekali singgah kedai nasik kandar dan breakfast. 

Enjoy ajalah gambar dan bolehla hangpa compare harga market utara dengan tempat hangpa.

Friday, March 3, 2023

Chali Cafe

Chali Cafe ni terletak betul-betul di laluan utama aku untuk ke tempat kerja. Boleh dikatakan dah lebih 10 tahun rasanya aku berulang-alik tanpa betul-betul singgah dan makan di dalamnya. Biasanya sebelum ni aku cuma singgah beli air bungkus atau aku parking tepindan wife beli bungkus untuk buat bekal sarapan ke tempat kerja.

Malam ni, aku betul-betul singgah makan dengan keluarga aku. Chicken Chop dua pinggan untuk hero-hero kecik aku, berharga RM11.50 sepinggan dan aku pulak mee rebus daging. Wife pulak tak order apa-apa sebab dia dah makan nasi lemak tadi sebelum kami singgah di kedai ni.

Chali Cafe ni berkonsep foodcourt; jadi kat dalam ni ada banyak gerai dengan pelbagai jenis jualan dari nasi, mee, western sampailah ke satay ada jual kat dalam ni.

Terus-terang cakap, aku ke sini malam ni sebab nak rasa mee rebus special daging ni. Ni semua gara-gara aku nampak member aku up dia makan kat sini dan dia tanpa ragu-ragu beri 9/10 pada mee rebus yang dia makan malam tu. Jadi, malam ni memang target aku nak order Mee Rebus Special Daging ni dari Thahir Mee Rebus dalam Chali Cafe ni. Memang patut la kawan aku bagi 9/10; kuah pekat elok dan untuk harga RM8.00 dengan kuantiti daging yang diberikan, amat berpatutan dan sedap. Ada sedikit perbezaan rasa antara mee rebus Melayu dan Mamak ni, tapi untuk kategori mee rebus Melayu yang aku makan malam ni, memang aku boleh bagi 4.5/5 atas sebab rasa, kelikatan kuah dan isi dalam pinggan.

Ahhh yang bagi tumpah teh ais ni bukan budak-budak tapi bapak budak-budak ni. Cemerkap sungguh. Sedap punya pasal, order segelas lagi teh ais dari tauke foodcourt, Chali Cafe. (Konsep foodcourt ni biasanya tuan tanah jadi operator air).

Sunday, January 22, 2023

Tahun 2023 dan Siri ke 40

Memenuhi undangan kenduri harini dalam keadaan 2 ahli keluarga kurang sihat. Hampir-hampir duduk dalam kereta saja tak keluar sebab isteri gastrik teruk dan vertigo sebab angin.

Tak sangka bila mencapai Siri umur 40 ni, lain pulak perginya semua benda dan keadaan. Dalam masa pertama, nampak macam diri ni muda lagi sampaikan perempuan muda pun aku panggil kak dan dalam masa yang sama, terasa tua sangat bila perasan lingkungan kawan-kawan yang terus menyepi samada di dunia sebenar, media sosial dan ada juga yang telah pergi tak kembali.

Asalnya nak post di Facebook ni, tapi tak jadi.

Friday, November 18, 2022

Selamat Datang Dark Knight

Diperkenalkan pada 1992 dengan codename 4G92, mamat-mamat Wira asyik menggunakan codename ni dan bila bersembang, aku haram tak paham apa pun bab code ni. Senang cerita, Proton punya kereta akan guna engine 4Gxx la dulu-dulu ni bila upgrade engine. Masuk abis la 4G63T apa bagai.

Baik. Selamat datang ke teratak Pajak Song. Semoga memperoleh manfaat yang lebih baik dan dipermudahkan semua urusannya.

Lepas ni boleh pakai baju Ralli Art tanpa segan silu.

Thursday, November 10, 2022

Selamat Tinggal Pahlawan Putih

 


Akhirnya hari ini 10 November 2022, aku dan isteri merelakan Proton Preve untuk dibawa pergi. Banyak jasa kereta ni pada keluarga aku khasnya.

Dan aku baru perasan yang aku tak simpan pun gambar kenangan bila mula-mula ambil kereta ni dulu di Proton Juru. Sebab waktu tu fikiran aku adalah kereta hutang bank bukanlah sesuatu yang untuk dibanggakan.

Jujur cakap, pemanduan dengan Preve sangat best. Sehingga tahap aku dah cuba bawa kereta yang sama dalam kelas Segmen C iaitu Honda Civic FD, tapi memang tak masuk selera aku. Senang cerita, aku rasa handling Preve adalah terbaik setakat 9 tahun aku bawa kereta ni. Kalau diikutkan, memang fuel consumption kereta ni tinggi sikit dan aku gelar Preve ni adalah kereta continental buatan Malaysia. Ya lah, gearbox guna CVT Punch macam Volkswagen dan minyak kedarah macam Mercedes! Hahahaha!

Antara kenangan yang tinggal dengan kawan-kawan adalah kereta ni menjadi transport utama ke MotoGP di Sepang dan kami berkampung di sana sambil merapu makan McDonald's siang malam. Singgah highway tibai pulak KFC. Betul-betul free and easy. Lepastu ronda masa hari PRU-14 sampai kena cium bontot, Preve Alhamdulillah, Wira yang sodok belakang tu, Innalillah.

Kereta ni juga merantau dengan aku sepanjang posting kerja aku di Ipoh, Perak. Hampir 2 tahun di sana dan hampir seluruh pelusuk Perak dah sampai. Kalau ada event/meeting di KL, bos sanggup downgrade kereta dia dan tumpang kereta aku ni semata-mata sebab keta ni plet P! Tapi betul, banyak betul kereta bagi laluan dekat aku sepanjang di KL. Kah kah kah!

Untuk family paling banyak jasanya untuk kami. Ia menjadi alat utama untuk ke klinik, hospital, bercuti malah beli ikan di market. Anak-anak aku membesar dengan Preve ni. Waktu aku cakap nak jual, Muhammad Qayyum banyak kali juga tanya kenapa jual? Susah juga nak menjawab soalan anak ni rupanya.



Itulah kisah aku dengan pahlawan putih ni. Jujur cakap memang sayang gila nak jual ni. Antara kereta paling best aku pernah bawa walaupun bunyi dalam kabin dah macam lori. Doakan supaya akan ada pengganti yang lebih baik untuk kemudahan kami sekeluarga.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...