Sunday, May 24, 2009

Enjoy Tak Hengat Masa Depan

Aku taktau la nanti bakal mak mertua aku dan bakal bini aku akan pikir apa dengan hobi aku neh. Belasah jer lah kan?
Hasil terjahan bulan 5, 2009.

________________________________________________________

White Lion - Concert Anthology (DVD)



Kualiti gambar lebih kurang. Paling aku benci, bila part When the Children Cry, dia nyanyi lebih kurang jer!!! Intro guitar pun dipendekkan. Potong stim betul!!!

________________________________________________________

Loudness - Thanks 25th Anniversary, Live At International Forum 20061125 (DVD)



Aku tak tengok abis lagi. Sempat tengok setengah jer. Persembahan agak statik. Akira Takasaki dengan Killer berlampu lip-lap anak maminya tu jer yang agresif.

________________________________________________________

Iron Maiden - Live at Castle Donnigton, 1992 (DVD)




Aku tengok 2 kali berturut-turut. Aku rasa macam aku pun ada sekali kat konsert tu walaupun aku bukan die-hard Iron Maiden. Membariskan lagu-lagu killer dari Iron Maiden, terutamanya pada part encore. Paling berbaloi untuk disimpan dan ditengok.
Argh!! Up The Irons!!!!

________________________________________________________

Green Day 21st Century Breakdown (CD)



Akhirnya, dapat jugak versi ni. Perdebatan dan perbincangan hangat antara aku dan Saudagar Mimpi tentang isi dan arrangement muziknya. Tapi yang paling aku tak puas hati, Saudagar Mimpi dapat version yang dapat free T-Shirt!!! Argh!!! Takbley jadi, aku dah ugut tokey kedai tu untuk cari t-shirt tu sampai dapat untuk aku, atau kalau tak, dia kena bagi dan cari sampai dapat poster-poster yang aku nak sampai dapat!!! Ataupun aku bakar kedai dia nanti...

Mengetengahkan konsep yang hampir sama dengan American Idiot, album ni berat dengan mesej peperangan dan kepincangan sistem di mana lagi, Amerika la. Berbeza sikit dengan American Idiot, aku kena dengar 2-3 kali untuk pilih lagu apa yang best. Nak cintan-cintan seperti Dookie dan Nimrod, kirim salam awal-awal la dengan album ni. Tapi, apa boleh buat. Aku tetap suka dengan album ni. Kualiti rakaman nampak meningkat dari zaman Nimrod. Bunyi memang superb.





Untuk album kali ni, lagu pilihan aku:
  1. Peacemaker
  2. 21 Guns
  3. Viva La Gloria
Dan semestinya, lagu pilihan akan semakin meningkat bila hari-hari aku dengar CD ni.
Dan semestinya, Billboad pun dah meletup dengan kehadiran album ni. info

11 comments:

  1. Untuk dvd Loudness tu.

    Bila dorang main lagu2 dari latest album dorang, sekalid engaer dah macam soulfly la plak. Heavy sangat arrangement music..huhu.

    Tapi nasib baik dorang bawak gak lagu "So Lonely"..terasa terbang wa..hahaha

    ReplyDelete
  2. aku tengok Akira Takasaki dah nak macam Korn punya guitarist. hahahaha

    ReplyDelete
  3. pada aku la...dvd2 ni buat aku rasa 2 macam...satu rasa macam tertipu je pasal mmg sah ni bukan ori..tapi kena bayar dekat 20 hinggit...yang keduanya...tak beli rasa rugi pulak...rare tu...contohnya mana nak cari White Lion live...

    aku ada review pasal dvd White Lion kat blog aku dulu..

    ReplyDelete
  4. @berteromber

    hrm, tak ori dari segi apa tu bang?
    For sure, kalau ori bukan Made in Triang, Pahang... Confirm RM100+. Hehehhe.

    Tapi nak buat mcm mana, ini saja yang ada jumpak. Sambar dulu jerlah sebelum takder langsung.

    ReplyDelete
  5. Ha speed, aku pun nak kongsi citer pasal DVD jenis ni jugak. Aku hari tu pun ada beli DVD jenis mcm ni. Rasanya mmg bukan ori la. Yg lawak tu, ada sticker perakuan B Akta Penapisan Filem tapi tajuk pada sticker berbeza dengan DVD. Sememangnya yg ori pasti regenya buat kita pikir empat lima puluh kali sebelum beli.

    ReplyDelete
  6. @saudagar mimpi.

    ye betul. Tapi apakan daya, ini saja yang ada...

    ReplyDelete
  7. Erm..

    Aku tak rasa DVD ni tak ori.

    Cuma maybe ni versi cetakan tempatan.

    Macam Helloween Live on 3 continent tu memang dorang ada cakap nak keluarkan DVD.

    Tapi kalau DVD ni versi lanun, maka sewajarnya pengeluar DVD tulen rasa risau pasal kualiti DVD lanun pun dah macam original. Siap ada box cover lagi.. Kira persaingan yang sihat la kan..

    ReplyDelete
  8. aku cuma x puas hati pasal harganya tu...x sepatutnya dorang jual sampai 20 hinggit...bukannya ori pun...dah tu gambar pun main hentam jek..

    ReplyDelete
  9. GREEN DAY -> Hancus sudah!!! Dah xbest mane dah lagu yang direka Billie Joe ni. Tp ape2, gua respek sebab konsep GreenDay tetap ada. Xlari lansung.

    p/s: NOFX latest pn skit mengecewakan gua! huhu...

    ReplyDelete
  10. @papanlapis

    aku tau kau kecewa lebih2 lagi setelah perpecahan blink 182

    ReplyDelete

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...