Tuesday, December 4, 2007
WITT - Band DIY
Aku uploadkan mp3 dari W.I.T.T. dari simpanan aku yang terselamat ajer... Masa aku jumpak CD ni, magnetic layer dah mula mengelupas dan yang tinggal cumalah cover album nya saja. Ada 5 lagu yang sempat aku rip masa memula aku beli CD ni dulu termasuk sebuah lagu Unplugged. Untuk sekadar peringatan, band WITT ni pernah di'cover' ceritanya dalam ROTTW dan Dragon kalau tak silap aku. Ini kerana vokalisnya merupakan drummer kumpulan tersebut itu sendiri. Macam mana, susah kan? Sambil ketuk sambil nyanyi. Itulah uniknya WITT waktu itu. mana diaorang menghilang sekarang, aku pun taktaulah labu.....
Info lanjut WITT aku sertakan dalam bahagian MUSIC (macam biasa, untuk contact aku sahajer...)
Monday, November 26, 2007
Hari Yang Agak Sempoi
Hari ni agak menarik sikit... Sikit je..... Buat keja macam biasa, sampailahhhh time petang masa aku pegi buat keja kat Teluk Kumbar, aku jumpak brader ni. Dia Unit lain dan jugak tempat lain, tapi masih dalam unit yang sama. Jumpak aku jer, dia terus tanya, "Amacam Mus, hang dah pi angkat dah ka gitar hang? La ni hang pakai gitar apa?"... Start je dia tanya macam tu, terus rancak je kami bersembang sambil 2 orang lagi tengah join-join sekali. Sembang punya sembang pasal SYJ, dia sedikit terkejut bila aku bagitau yang Eduat dah arwah. Dia tanya aku macam mana aku tau? Aku jawab la, dari forum jerlah...... Start lepas tu dia cerita pasal sorang-sorang dalam SYJ, especially Arwah Eduat, Amir dan Man Rani. Lepas tu dia refer kat Pak Syed pulak, tapi aku tak berapa dengar sebab brader sekerja aku mintak aku tolong dia buat keja. Aku ngan dia ni sebenarnya jumpak atas sebab keja, sampailah salah sorang veteran bagitau yang brader ni dulu main band, tapi aktif kat Hotel ngan Night Club jer. korek punya korek dapat la link (secara lisan oleh veteran-veteran sekerja) antara dia dengan zaman-zaman rock kapak dulu. Dan aku pun barutau yang salah seorang anggota VAGRANT jugak adalah pekerja sama dengan company aku sekarang ni, cuma sekarang dia dah transfer ke Sarawak. Dan FYI, Ali Mamak pun dulu kerja sama ngan company aku, cuma sekarang dia dah bersara.... Best dapat sembang ngan orang-orang lama macam Brader Nasir ni..... Hehehehehe. banyak nasihat ngan tips yang dapat, tu yang paling menarik.
Dan buat kali pertamanya...... Aku upload kat korang sebuah album Dance dari KAOMA - WORLDBEAT.. Aiseh, tak rock pulak kali ni, cuma at least aku dah selamatkan kaset aku tu....Khas untuk contacts aku jer.......
Sunday, November 25, 2007
Hujung Minggu Yang Boring
Dan seperti biasa, album ni untuk contact aku jer..... hohohohohohoh...
Saturday, November 24, 2007
Hari Penuh Tekanan
Tapi dalam dok tension-tension macam tu... Secretary dia tipon aku balik, mintak maaf kat aku sebab bos dia marah aku. Pastu puji aku pulak. Dia kata, susah nak dapat orang macam aku, walaupun bukan aku punya salah, aku try jugak take care problem apa yang jadik tu. Kembang-kempis jugakla aku tadi.. Muakakakakakakakakakakaka... Sejukkkkk sket ati aku yang dah panas membara tadi.
Esok, kalau technician tu tak pergi jugak rumah customer tu, time tu aku pulak la yang nanti melompat!!!
Friday, November 23, 2007
Gaji dan Sesuatu.....
1st sekali... Aku bayar hutang RM500.00 kat ayah aku 9adoi, ada lagi RM1000.00 nak bayar)... Bayar huatang kat kak aku RM200.00. Belanja mak aku beli barang rumah RM50.00 (lepas la Nescafe aku tetiap pagi dan petang..) PTPTN tak sempat bayar sebab online transfer bengong hari nih..., duit tipon+streamyx RM180.00 dan malam pulak........
Aku blanja member makan Char Koey Teow Permatang Pauh, pegi beli VCD Karaoke kat atas tu (Battle Of The Band ngan Scorpions Accoustica), dan ada la DVD sket-sket...... Beli bateri handset aku pulak, melayang RM20.00 (adoi dah berapa kali aku beli bateri da.... ada sesapa nak sponsor aku henfon baru?)
Yang best sekali, member aku bagi aku mikrofon free!!! Fuyyo!!! malam ni aku nak melalak kat rumah..... Hahhahahahahahahaha
Power Plant TNB penang Terbakar!
Kemarin sewaktu last point keja aku ngan bos-bos aku, ada power dip di E-Gate (kompleks perniagaan), dekat jer dengan Jelutong Expressway. Ingatkan Power deep biasa jer, masa nak balik tu, nampak asap berkepul semacam jer belakang TESCO Penang. Hrm... Mungkin orang bakar sampah agaknya... Tapi sekali Power Plant terbakar da!!!!!!! Kalau api tu sambar loji minyak sebelah tu, mau bergegar pulau beb!!!!!
Dan dengan bangganya, kami adalah orang awam petama sampai kat situ untuk tengok wayang free.. Macam gambar Die Hard pulak... Siap jadi polis sementara kawal trafik pulak aku kelmarin. Hahahhahahahahahaha
Tuesday, November 20, 2007
Rip Dari Kaset
Jadi, aku gunakan alternatif lain. Cable guitar la aku sebat!!! Aku cucuk kat headphone out Hi-Fi aku, aku cucuk masuk ke Mic in PC aku. Hampeh jer bunyi, tapi at least terselamat jugaklah kaset aku ni dari rosak macam tu jer... Bila dah masuk ke MIC in, pepaham jerlah bunyik macam mana... Tapi belasah jerlah............................ Kalau aku pi kedai, dia charge aku RM20.00. Huh! baik aku buat sendiri!!! Rasa-rasanya kaset aku ni dah nak arwah dah, bunyi tenggelam timbul... Adoilaaaaa....
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...