Menjenguk Muniandy Chinnadorai
Agilan merupakan member kami sejak kami di Tingkatan 1. Jadi, jangan terkejut walaupun dia hitam sedemikian rupa, Bahasa Melayu loghat utaranya memang hebat sekali.
Komplot beraya di rumah dia disertai oleh aku, Shahrul dan Pak Halim pada Hari Sabtu 17 Oktober 2009.
Dalam perjalanan ke rumah yang baru dibelinya:
tekan-tekan SMS..
"Wei Agilan, jangan hidang kat kami nasi babi"
Dia jawap: Aku ada sup ekor babi, hang nak tak? Biawak goreng pun ada.
Aku: Cilakak.
Rumah Agilan memang besar sekali. Ruang dalam rumah dia memang taraf boleh buat indoor soccer dan halaman rumanya pulak boleh dibuat padang golf mini. Jadi, berbaloilah rumah dia beli selaku anak sulung untuk menjaga 10 adik beradiknya yang lain.
Benda yang dihidang cukup simple, tapi best iaitu all-time-favourite marukku, tosai, nasi putih dan kari ayam.
Aku dengan celuparnya di meja makan..
"Wei Agilan, Halal tak ni, cilaka la hang kalau hang hidang benda pelik-pelik kat kami"
Agilan dengan penuh emosinya menjawab...
"Cilakak la hang Mus, aku tau la apa yang hangpa boleh makan dan apa yang hangpa takleh makan. Babi la hang ni Mus, aku beli ayam ni semua kat orang melayu, lauk-lauk semua rempah Melayu.. $^%%^ %%5^$4%^* la hang ni Mus!!" - Maki Agilan dalam bahasa Tamil ala-ala Padaiyyappa.
Aku gelak macam setan, lepas makan semua tosai dia sampai habis, aku karate tengkok dia dan jugak buat smackdown kat dia sebab maki aku banyak kali hari ni. - semua sound effect filem Tamil, dihasilkan oleh Pak Halim Naga Dewa langit ke-7 dan semua visual adalah tajaan Shahrul.
Happy Deepavali.
Makan Papadom Di Deepavali
Setelah puas beraya berjam-jam dan buat rumah Agilan seperti rumah kami sendiri. Kami decide nak layan Papadom.
Kami bertiga layan Hot Dog 1901 masuk dalam panggung:
Scene 1 Take 1:
"Jangan jadi macam abang kat depan tu, tengok dah tertumpah air"
(cilakak ar, dah nak tertumpah dalam plastik tu, nak buat macam mana..)
Scene 2 Take 5:
"Pesal boria?"
(argh... Dah nama pun jual nasi Kandar kat Penang, mesti la ada boria!!! Boria Anak Tanjung tu femes kat penang ni.. Hampeh la makcik ni!! Cakap pelan-pelan la gua nak tengok ni!!)
Scene 3 Take 2:
"Ahh.. ni kat mana ni, sekolah mana ni???"
(oit, dekat-dekat Penang Road jer tu, buta ker tak nampak ker KOMTAR kat belakang?)
- gua dah sedikit hangen.....
Scene 4 Take 1:
"Owh, dia amik Performing Arts.."
(poyo la makcik ni..... warghhhhhhhhhh~)
Scene 5 Take 2:
Jangan terlalu emosi dengan tanah....
Gua betul-betul dah tak tahan dengan Harun Salim Bachik ni. Hahahahah....
Scene 6 Take 3:
"Owh, main ragbi tapi lembut bla-bla....."
(woit makcik!!!!!!!!!! Gua dulu pernah training kat padang tu terus la masa UPM Open dulu!!! Gua tensen ni.. Tak nampak ker Pak Halim Naga tengah pakai baju Canterbury sama dengan player-player tu!!! Arghhhhhhhhhhhh!!!)
Scene 7 Take 6:
Masa Saadom (Afdlin) masuk panggung dan bantai kepala Hisham (Farid Kamil), kemudian tendang kerusi Hisham sampai terpelanting atas alasan terkejut.... Gua rasa gua nak buat benda yang sama pada couple yang duduk di depan gua.. Sikit lagi gua pun nak jerit Api!!!!!!!!!!! Api!!!!!!!!!!!!!!
Scene-Scene Seterusnya:
Cuma gelak ketawa berderai dalam panggung.
Konklusi:
Aku ni bukan peminat filem Melayu sangat melainkan filem-filem tertentu. Tapi untuk filem ni, aku cuma mampu memetik kata-kata Rahmat Bin Ismail aka Wajib Tayang (Que haidar) - "kerana filem-filem saya semuanya wajib tayang" dengan selambanya.... Two Thumbs up untuk Afdlin Shauki and crew untuk filem ni. Cuma lepas ni, jangan la bagi wajib tayang tu pakai rambut palsu tu, so plastic. Filem yang aku sangat rekemen pada semua orang terutamanya family.
Wajib Beli
Semalam, sewaktu menunggu tayangan Papadom, aku sempat-sempat round dekat toys section Jaya Jusco dan sesuatu yang aku tunggu dah cukup lama - Die Cast with PETRONAS decal!
Untuk collectors lain yang sama minat dengan aku, boleh refer benda ni:
1. Koleksi aku yang ada
2. Berita sponsorship Petronas
Tetapi sedikit frust bila model die-cast 1:18 yang ada di situ cumalah milik Jorge Lorenzo (99) dan satu lagi bernombor 48. Sebagai pengumpul motosikal Valentino Rossi, aku cukup berharap yang motosikal bernombor 46, Yamaha Fiat Petronas akan diterjemahkan dalam bentuk die-cast model!
Hari ni, selepas layan Cloudy With A Chance Of Meatball dengan Nurul (totally recommended for family), Aku terserempak dengan model 1:18 buatan Maisto ni di Jaya Jusco Aeon City!!! Argh!!! Tinggal 2 bijik jer!!! Tanpa berlengah lagi, terus disambar sebjik. Tangan aku gatal nak sambar model 1:10 punya sebab semua decal lebih detail dan real. Tapi semua tu terbantut apabila menerima kata dua daripada 'mem' aku yang sedikit garang apabila aku berada di Toys Section. Hahahahahahah..... Takpaleh, aku amik yang kecik sajalah....
Masa aku tunggu di parking area, nurul kata dia nak beli sticky notes yang terlupa beli tadi. Sambil-sambil tunggu dalam kereta, terkejut betul aku bila dia turun bukan dengan sticky notes, tapi dengan sebijik Yamaha YZR-M1 Yamaha Fiat Petronas 1:10 dan dengan selambanya dia bagi kat aku walaupun aku hulurkan duit untuknya, dia taknak.
Ah... Sweet betul! Aku terus rasa nak buat show rock kangkang bawah basement car park tu sambil goreng lagu Cintamu Mekar Dihati dengan gaya-gaya dalam filem ROCK. Thank you sooooooooo much!!!!
Ah... Sweet betul! Aku terus rasa nak buat show rock kangkang bawah basement car park tu sambil goreng lagu Cintamu Mekar Dihati dengan gaya-gaya dalam filem ROCK. Thank you sooooooooo much!!!!
Engine | |
Engine type: | Liquid cooled Crossplane crankshaft inline four-cylinder, four stroke |
Maximum power: | Over 200 horsepower (147 kW) |
Maximum speed: | In excess of 320 km/h |
Transmission | |
Type: | Six-speed cassette-type gearbox, with alternative gear ratios available |
Chassis and running gear | |
Frame type: | Aluminium twin tube delta box, multi-adjustable steering geometry/wheelbase/ride height. Aluminium swingarm |
Suspension: | Ohlins upside down front forks and Ohlins rear shock, all adjustable for pre-load, high and low-speed compression and rebound damping. Alternative rear suspension links available |
Front/rear wheels: | Marchesini 16.5 front, 16.5 rear, available in a variety of rim widths |
Front/rear tyres: | Bridgestone, 16.5 front, 16.5 rear, available as slick, intermediate, wet and hand-cut tyres |
Brakes: | Brembo, two 320 mm carbon front discs, two four-piston callipers. Single 220 mm stainless steel rear disc, twin-piston calliper |
Weight: | 148kg, in accordance with FIM regulations |
Fuel capacity: | 21 litres, in accordance with FIM regulations All Details From Yamaha Racing |