Wednesday, November 25, 2009
Jadual Konsert Pesta Pulau Pinang 2009
Ada ker patut XPDC satu malam sama dengan Bunkface? Tak rock langsung!!!!
Aku ringkaskan kepada yang ada kaitan dengan BAND ROCK/PUNK/METAL saja. AF-AF semua aku tendang keluar dari list aku neh.
Schedule for Pesta Pulau Pinang:
22nd Nov 2009 - Artist: Deb Gab C <-- terlepas!!! Hampeh jadual keluar lambat!!!!
27th Nov 2009 - Local Artist: Fire Bird <--- aku tatau la ni band apa
7th Dec 2009 - Local Artists <--- taktau jugak
8th Dec 2009 - Traditional Boria performance <--- sapot kesenian tempatan
9th Dec 2009 - Traditional Boria performance <--- sapot kesenian tempatan
10th Dec 2009 - Traditional Boria performance <--- sapot kesenian tempatan
12th Dec 2009 - Artist: Kumpulan Spider
14th Dec 2009 - Traditinal Singing and modern pertandingn Kugiran Maksak Pulau Pinang
15th Dec 2009 - Traditinal Singing and modern pertandingn Kugiran Maksak Pulau Pinang
20th Dec 2009 - Local Artists
25th Dec 2009 - Presenting Artists: Wings <--- belum dapat confirmation
26th Dec 2009 - Presenting Artists: Hujan / Band Pengiring
29th Dec 2009 - Presenting Artists: Kristal & Butterfly
31st Dec 2009 - Presenting Artist: Bunkface & XPDC
Tuesday, November 24, 2009
Cabaran 30 Hari Tamat!
Sepanjang gua dengan anjuran 1 Hari 1 Entry Blog Marathon Abang Ben Krenmaut ni, otak rasa macam nak meletup ja rasanya!
Hari ni gua nak lepas rasa lega gua sebab dapat sahut cabaran ni. Walaupun entry-entry masa gua sakit teruk tu sedikit mengganggu konsentrasi gua untuk berblog, alhamdulillah gua dapat betulkan nawaitu gua untuk berblogging iaitu:
- Cerita pasal diri sendiri
- Review Makanan
- Review Motor
- Review Music
- Review Buku
- Review Masalah Kesihatan
- Review Pasal OSH
- Isu alma-matter gua yang dipolitikkan
Jadi, entry harini adalah semata-mata untuk perkara No. 5 dalam 1 Hari 1 Entry Blog Marathon iaitu:
- 5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng'kalah' akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.
Sepanjang pemerhatian aku, dalam list cabaran ni:
- hanya 4 blogger selain aku yang mengikut syarat-syarat Abang Ben iaitu meletakkan backlink (pada entry, bukan widget). Yang lain-lain? Entah!
- hanya 2 blogger selain aku yang meletakkan blogroll participant 1 Hari 1 Entry
- hanya berapa kerat blogger yang mengikut syarat paling kritikal iaitu meletakkan entry label sebagai 1hari=1entry=1Malaysia.
- itu saja aku perhatikan...
Aku rasa, satu jerlah... STRICT 100%.
Daripada entry macam ni jugak, baru aku tau betapa susahnya wartawan nak dapatkan info untuk assignment diaorang tetambah kalau melibatkan fakta (tolak wartawan yang auta dan hampeh).
Terima kasih pada Abang Ben Krenmaut kerana menganjurkan cabaran yang hebat ni.
Sumpah aku takmau buat dah!!!!
Hahahahahah
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #30/30
------------------------------------------------
Monday, November 23, 2009
Michael Jackson - Life Of A Legend
Selalunya Deaf suka buat review-review macam ni dan semua buku-buku yang dia review memang best. Masalahnya aku cari tak pernah pun jumpak. Sorry yerk kawan-kawan, Michael Jackson adalah seorang King Of Pop yang gua sedikit impress. Jumpak buku ni terus angkat sebagai kenang-kenangan. Sambil bayar, sambil kena piat telinga dengan amoi gua, tapi gua steady bayar je kat kaunter macam patung tak ada perasaan.
Aku tanak cerita panjang-panjang melainkan kalau ada request nak bagi extended review. Buku ni banyak menceritakan cerita dan gambar MJ daripada zaman Jackson 5 sampailah dia mati. Gambar dia naik moto ala-ala pasola pun ada.
Ada jugak gambar-gambar masa work concertnya dengan Eddie Van Halen. Salah satu aku suka dengan MJ ialah, walaupun dia lebih kepada pop, tapi dia suka mencampurkan banyak elemen dalam lagu-lagu dia.
Well, apa boleh buat, King Of Pop dengan Guitar Hero adalah antara gambar yang aku paling suka dalam buku ni. Banyak lagi kandungannya, tapi bagi aku time sikit untuk baca sampai habis. Heheheheheheh.
Kalau semangat ada dan banyak request nak tahu apa content dia, bolehla aku buat extended review nanti, insya-Allah.
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #29/30
------------------------------------------------
Sunday, November 22, 2009
External Drive Pertama
Merujuk kepada blog Orang Kecil Orang Besar tentang thumbdrive, aku pun mula teringat benda penting ni dalam hidup aku.
Thumbdrive pertama dalam hidup aku ialah Corsair Flash Voyager 1GB. Lambat betul aku beli. Harga aku beli time ni ialah RM150.00 sebijik. Aku beli 2 biji, satu aku punya, satu ayah aku yang punya. Banyak berjasa thumbdrive ni masa zaman Poli dulu. Benda ni la yang dok simpan segala assignment aku termasuk benda-benda tuuuuuut dan assignment copy and paste. Hahahahahah.... Daripada rekabentuknya yang unik, thumbdrive ni memang tahan lasak dan waterproof. Untuk rekod, pernah termasuk dalam washing machine dan aku terus cucuk kat PC tanpa ada sebarang masalah.
Thumbdrive kedua pula Kingston Data Traveller 2GB. Dapat free saja masa aku register sebagai PJJ Student di USM haritu. Kegunaan? Entah, jadi penghias dalam beg aku saja sekarang. Spare kot-kot nak pakai.
Aku lebih prefer dengan benda ni. Maxtor One Touch Mini, 160GB. Aku beli berapa ntah tak ingat. Samada RM200+ ataupun RM300+ di PC Fair. Betul-betul berbaloi. Aku gunakan benda ni sekarang untuk backup keseluruhan kandungan notebook aku. Yang bestnya, Maxtor sediakan sekali software suite yang boleh buat GHOST (klik untuk info) keseluruhan OS dan data aku. Jadi, kalau notebook aku kantoi, aku boleh terus restore notebook aku ikut time yang aku buat image ghost tu dengan hanya sekali klik (ok la, beberapa kali klik sebenarnya).
Itulah kisah aku dan thumbdrive. Kalau tak pakai, rasa menyemak... Tapi masa nak pakai, ialah satu penyelamat.
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #28/30
------------------------------------------------
Saturday, November 21, 2009
Sayangi Jubog Anda
Gelak guling-guling adalah reaksi pertama aku dan member-member apabila membaca SMS ni. Tapi selepas gelak tu, beberapa perkara telah dibincangkan.
- Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita. - e-farmasi
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.
Masalah sembelit mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.
“Obstipation” merujuk kepada penyakit masalah sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia. - klik4sihat
- Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. - wikipedia
Maka....
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #27/30
------------------------------------------------
Friday, November 20, 2009
Char Koey Teow Sungai Dua
Gerai ni terletak betul-betul di Exit Sungai Dua berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Untuk direction daripada Kuala Lumpur, keluar terus ke Exit Sungai Dua dan anda akan nampak gerai ni di laluan utama ke Sungai Dua di Sebelah kiri. Kedai ni dekat-dekat saja dengan Aziz Mee Pak Ngah (klik).
Bilangan orang yang ramai, sesak, padat dan keadaan gerai yang berasap adalah satu lumrah di kedai yang menjual Char Koey Teow asli. Jadi, begitulah pemandangan di sini. Sekiranya anda tidak selesa dengan pemandangan dan suasana sebegini, lupakan saja tentang Penang Char Koey Teow.
Tentang minuman... Tak pasti pulak samada air buah dijual atau tidak, kerana biasanya minuman inilah yang selalu dipesan untuk 'balancekan' rasa Char Koey Teow. Samada Teh O ataupun Teh Tarik.
Harga yang dikenakan adalah harga standard di Penang. Cuma di sini, ada variety sikit. Boleh order udang saja ataupun kalau nak Nasi Goreng Udang pun ada. Owh, lupa nak cakap. Sesiapa yang belum biasa dengan Sungai Dua (klik), kawasan ni pun femes dengan udang. Bukan di Kuala Sepetang (klik) atau di Teluk Kumbar saja.
Berkenaan servis, boleh tahan lajunya sebab tukang masak ramai. Jadi bolehlah datang kat sini dan jangan risau tentang servis walaupun kedai macam tin sardin dah ramainya.
Untuk review Char Koey Teow (besar), gambar menceritakan segala-galanya. Berbaloi. Tapi ikut mulut aku, aku lebih prefer kepada Char Koey Teow Alka Ria (yang asal, bukan sekarang) dan Char Koey Teow Permatang Pauh. Boleh tahanla kalau nak makan dan rasa di sini, tapi tak boleh dikategorikan sebagai 'hebat'.
Untuk Char Koey Teow Alka Ria tukang masak lama (belakang lorong) itu adalah amat hebat. Sekarang sudah teruk sekali, tak ingin aku nak review.
View Char Koey Teow Sungai Dua in a larger map
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #26/30
------------------------------------------------
Thursday, November 19, 2009
Kenapa Aku Tak Boleh Jadi Boss
Terus-terang aku katakan, walaupun aku adalah Old Frees, aku tiada ciri-ciri pemimpin yang bakal disegani. Lagipun, aku lebih suka bekerja sendiri dan aku sebenarnya tak suka nak mengarah-arahkan orang kecuali adik-adik aku (hahahah). Jadi, biarlah aku kerja dengan rezeki yang halal dan cukup untuk keperluan aku dan anak bini nanti sudahlah.
Sebelum staf-staf aku menilai aku, aku lebih suka menilai diri sendiri sebab-sebab aku tak boleh jadik boss:
- Tak cekap
- Tak terer
- Tak reti nak pembuhong kaw-kaw
- Tak reti jadi diktator
- Tak dak karisma membodek
- Pendidikan tak tinggi melangit
- Cakap tak reti nak belit
- Tak reti cover mulut
Kes terbaru pun sama jugak, tapi aku tak sound sebab dia dah blah awal. Tak reti nak tulis report log pulak tuh. Jadi.. Aku rasa, aku memang takkan boleh jadi seorang boss yang berkaliber. Semua ni internet yang ajar gua untuk jadi jahat macam ni.
Gua memang takkan boleh jadi boss!
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #25/30
------------------------------------------------
Jubli Perak Kemenangan
Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...
-
Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...
-
Kenangan aku untuk SPM agak perit sebenarnya. Untuk PMR 1998, kalau tak silap ada 9-11 orang (tak ingat) dapat straight 8A waktu tu di Penan...
-
Entry aku kali ni adalah feedback dari Site Mazlan Hari ni lepas kursus, abang Jasni ajak pi try Mee Udang yang diwar-warkan dalam Majalah 3...