Saturday, October 10, 2009

Speed Contest!

Live Blogging

Berita ni tersiar dalam akhbar hari ni. Berikut ialah speed contest:

Soalan:
- Berikan nama betul rocker yang terlibat tu dengan tepat dan dia dari band mana.

Cara:
- Berikan jawapan untuk soalan di atas di ruangan komen.
- Jawapan pertama yang paling tepat adalah pemenang.

Tarikh Tutup:
24 jam dari sekarang iaitu 11/10/2010 pukul 1.35 PM

Hadiah:
Booklet Wings

-----------------------------------------------------------

So, start your engines!

The Pilgrims - Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture (Live) (1998)



Album pertama dalam hidup aku dalam mengenali Punk Rock. The Pilgrims aku mula-mula kenal dalam tahun 1997, masa diaorang tengah top dengan album Da' Capo. Tapi aku tak beli, aku amik album ni. Masa ni, Bob ialah VOX-nya.



Masa form 2, aku haram taktau apa tu gig dan macam mana nak membezakannya dengan concert. Pada aku waktu tu, benda tu semua sama aja. Untuk album keluaran Pony Canyon ni, rakaman dibuat di Fire Discotheque - jangan tanya aku kat mana tempat tu.



Seingat aku, inilah album yang aku rewind berpuluh-puluh kali sampai nak tercabut tali tape semata-mata nak mengenali Punk Rock tu menatang apa! Kalau tak silap aku, harga tape masa ni dalam lingkungan RM15-19. Jadi, bayangkanla aku simpan duit makan sekolah macam mana, time balik kampung, singgah jetty dan sambar atas Parkson Emporium (stesen bas yang terbakar di Butterworth dulu).

Dalam album ni, ada 2-3 lagu yang membuatkan aku melekat terus dengan The Pilgrims. Tunggu review aku untuk album The Pilgrims seterusnya. Untuk sesiapa yang tak mengenali band ni, untuk next review aku cerita sikit.

Remarks:
1st live album yang pernah ada.

Friday, October 9, 2009

Bank Terbuka



Tarikh telahpun tiba ke 21 Syawal 1430 Hijrah. Dalam minggu-minggu terakhir ni, banyak betul rumah terbuka. Tapi kali ni, aku nak cerita tentang 'Bank Terbuka' anjuran Bank Rakyat Bayan Baru. Sebagai salah satu agensi paling banyak buat loan dekat bank ni (termasuk aku), seluruh staff pejabat aku dijemput ke bank terbuka hari ni. Rasa teruja jugak nak merasa macam mana.



Walaupun space kecik dan parking limited, jamuan yang bermula dari pukul 9.00-12.00 ni menyediakan lauk yang best-best seperti:

1. Roti Jala
2. Bihun Goreng (fresh from kuali)
3. Mee Goreng (fresh from kuali)
4. Char Koey Teow (Penang Specialty) - tapi gua tak makan sebab brader tu pakai baju....
5. Rendang Daging
6. Rendang Ayam
7. Beraneka kek dan kuih raya (yerlah, dah ala-ala rumah terbuka)
8. Laksa
9. Air Oren dan Teh Tarik
10. Ais Kacang
11. Satay dan Nasi Himpit beserta accessories



Memandangkan space yang limited, tapi kalau dah panggil semua hantu-hantu makanan ni, peduli apa kalau makan tepi longkang pun. Muakakakak. Terima Kasih Bank Rakyat Bayan Baru, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (jangan lupa approvekan overlap loan saya...)

Thursday, October 8, 2009

Junction - Arah (1988)



Aku gatal tangan nak amik gambar dan menulis pasal Junction. Aku taktau kenapa. Susah aku nak explain kenapa aku nak jugak buat entry pasal Junction neh. Jawapan yang amat komplikated rasanya untuk diterjemah dan dilahirkan dalam bentuk jawapan Bahasa Melayu (Pemahaman) UPSR.




Dari segi lahiriah, kaset ni adalah dalam bentuk terbaik, tapi dari segi batiniah, dah sumbang mambang suaranya tenggelam timbul. Ditambah pulak dengan ke'melankoli'kan suara Hatta selaku vox, boleh membuatkan lagu Akan Ku Kenang dan Demi Cinta Setia aku kategorikan sebagai lagu pop rock paling leleh dalam genre rock! (tolak Eddie Hamid punya lagu la).



Album tahun 1988 ni, kepunyaan sepupu aku. Dan secara rasminya aku dah buat harta sejak hampir 10 tahun rasanya. Terdapat permintaan untuk trade kaset ni, tapi perasaan sayang tu menebal. Ditambah pulak, ni adalah satu-satunya album Junction yang aku dapat pegang, memiliki, memainkan dan mendengarinya dalam bentuk fizikal. Dulu-dulu punya kaset memang simple habis. Bukak inlay cuma kosong dan ada lirik sajalah jawapnya. Tahun 1988 rasanya $9.35 (ya, masih Simbol dollar) dah mencekik kalau nak membeli. Jadi, alternatifnya, banyak kaset hitam dengan logo Dolby Surround berlambak-lambak time tu. Aku ingat lagi, aku pernah ikut abang sepupu aku pergi dubbing kaset depan Supermarket Grand, depan padang PPC di Bagan Luar.



TRACKLIST
Kesetiaan
Demi Cinta Setia
Arah Kehidupan
Akan Ku Kenang
Perjalanan
Dosa
Tak Mungkin Lagi
Kenangan Berlalu
Alam Mimpi
Berakhirnya Pencarian

------------------------info band------------------------

Info dari Muzikrock.com
JUNCTION
(Rock)
BIODATA

ASAL Segamat, Johor
PENYANYI Hatta
GITAR Mann (Noorazaman Zainal Abidin)
Amir (Mohamad Amir Ahmad)
BASS Syed (Syed Mohamed Syed Abdullah)
DRAM Misman (Misman Kisot)

KONSERT Reunion di Karnival Setapak Jaya, Kuala Lumpur (28 Jul. 2007)
ALBUM
Arah (1988)
Penentuan (1989)
Petualang (1990)

ALBUM KOMPILASI
Best Of Junction (2001)
4 Terbilang: Memori Hit Kumpulan Pop Rock - Pelbagai Artis (2005)

RAKAMAN SEMULA
Akan Ku Kenang (2006 / Def-Gab-C - RWD 0106)

LAIN-LAIN
Menyertai pertandingan Muzik-Muzik 90 dengan lagu Cebisan Luka & Kepastian.



Sekalipun banyak komen-komen dari forum-forum yang mempertikai/memperkecilkan kemampuan vokal Hatta (dikatakan, dulu... senang jadi artis, hehehe) terutamanya dari segi suaranya.... Tapi apa mau buat.. Akan Ku Kenang dan Demi Cinta Setia boleh aku labelkan sebuah evergreen song dalam Rock Scene Malaysia. Aku taktau la kalau ada yang tak setuju dengan aku, tapi aku rasa itulah hakikatnya memandangkan kerja aku ni, memerlukan aku memandu jugak, jadi dengar radio ni hampir hari-hari waktu kerja sambil memandu. Asyik 2 lagu ni saja yang diulang, sorry to say la...

Tengok possing pun aku rasa dulu minah-minah rock boleh terus cair. Album simple, tapi 2 lagu berhantu yang menjadi siulan sampailah kini temasuk di Karaoke Jamban sekalipun.

Personal Favourite:
Akan Ku Kenang
Demi Cinta Setia
(kuikuikuikui yang lain tak masuk kepala aku, hahahaha)

Wednesday, October 7, 2009

Grief



Gua keluar lepak kat burger semalam.
Sembang pasal lead guitarist kami. Seorang kutu rock dari Lanchang.
Dia tu tua dari kami tahap bapak budak dah.

Halim: Hang tau Mizie dah nak blah dari kilang aku?

Gua: Dia nak pi kilang mana pulak?

Halim: Dia nak balik kampung dia kat Pahang, nak menoreh.

Gua: ..........

Friday, October 2, 2009

Pasar Malam


Live Blogging
Gua ada di pasar malam Sungai Ara sekarang. Lama gila tak pernah jenguk pasar malam! Chics merenyut banyak, nasib baik iman gua seteguh Tembok China.

Americana


Hari ni aku ada kerja sikit yang merepek-repek tak berapa serius, tapi memerlukan satu jangkamasa perjalanan yang gak jauh. Kebetulan, destinasi terakhir ialah di KOMTAR tepat pada waktu rehat sebelum sembahyang Jumaat.

Rahim Burger, tempat aku selalu singgah zaman masa outing asrama dulu. Location dia giler strategik nak mampus; depan bus stand Penang Road-KOMTAR, berhadapan Tokong Cina. Jual siang pulak tu, bukannya time malam. Jadi iman akan sedikit tergoda la.

Yang tak biasa beli, mungkin akan berasa sedikit mahal dengan charge yang dikenakan iaitu RM2.40 untuk burger biasa (plain burger). Tapi jangan silap.... Untuk Plain Mini-Burger, harganya ialah RM1.60. Untuk pengetahuan, mini burger yang dimaksudkan ialah saiz burger yang selalu kita jumpak lah. Jadi, saiz plain burger biasa pulak....

Aku taktau la nak describe besar mana lah kan. Lebih kurang besar sikit dari BIG-MAC ler saiz diameter roti dia tu. Jadi, sekali makan, mungkin cover sampai ke malam disebabkan saiznya yang besar tu. So, dah 9 tahun aku tak makan Rahim Burger ni, hari ni... Aku berjaya sambar satu untuk makan jugak.

p/s: Oh.... Dulu aku memang addicted to burger. Alhamdulillah, aku berjaya kurangkan sikit ketagihan aku dalam setahun dua ni.. dulu... Selang satu hari belasah burger. Bahaya makan fast food banyak-banyak ni, Sikit-sikit jer takpelah.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...