Sunday, November 5, 2023

Boikot 2023

Sumber gambar di atas:
https://www.mcdonalds.com.my/company/news-alert/mcdonalds-malaysia-confirms-contribution-to-palestine-humanitarian-fund-news

Menerima persoalan isu boikot dari anak sulung berkenaan McDonald's. Persoalannya mudah; sebenarnya McDonald's ni Malaysia punya atau luar? 

Susah juga nak cerita pada budak darjah 5 pasal konsep franchise, tapi baru cerita sekerat, anak kata dia faham. Kepelikan, aku tanya siapa cerita? Katanya ustaz di sekolah dah cerita bab pemilikan di Malaysia dan macam mana nama McDonald's tu digunapakai. Persoalan anak lebih kepada jika McDonald's tutup; yang kerja kat situ semua nak pi mana? (Bab pekerjaan ni aku pernah cerita dekat dia kenapa aku kena pergi Ipoh dab situasi VSS ketika waktu covid).

Aku potong terus (memandangkan dia nampak faham) dan bercakap pasal isu Palestin sekarang dan apa yang aku cakap, dua golongan ada sekarang iaitu yang boikot dan tidak boikot, masing-masing ada hujah sendiri. Abang dan abah pun boleh duduk dalam dua golongan itu tetapi abah nak abang jangan kata apa-apa terhadap golongan yang tidak sama pendapat dengan kita. Sebab dekat ini nampak dua dua ada betulnya dan kalau berhujah, takkan habis tapi lebih akan membawa kepada pertikaian. Bab ada kerja dan takda kerja ni, yang hilang kerja dan susah cari kerja akan faham isu ni macam mana dari kita yang sedang selesa tengah makan gaji.

Demi Masa


Dalam The Flash, ada scene di mana dia akan mendahului masa; waktu ni dia akan meletakkan objek sebelum benda tu terjadi. Contohnya, scene awal filem The Flash (lakonan Ezra Miller) menunjukkan Flash menyusun kesemua bayi yang sedang jatuh dari bangunan yang runtuh supaya apabila mereka jatuh, ada stretcher bed yang akan sambut bayi-bayi ni kat bawah. Ni menunjukkan betapa lajunya Flash ni buat kerja. Nak tunjukkan betapa lajunya scene ni terjadi, sebenarnya time dia selamatkan bayi ni, dia sedang order latte dengan donut dekat cafe sebelum masuk office. Ya, punya laju.

Habis movie ni baru aku dapat relate, bila dah semakin tua ni, banyak benda yang aku sendiri rasa dah slow dan tak pantas macam dulu. Kadang-kadang sampai rasa sehari habis macam tu saja, atau tiba2 dah sampai hari Ahad dan esok hari Isnin nak masuk kerja.

Sekarang baru aku faham apa ustaz waktu sekolah rendah aku cakap; "Dunia akhir zaman ni akan terasa begitu cepat masa berlalu".

Wednesday, September 27, 2023

Food Reviewer atau Promoter?


Pada pendapat aku, Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di TV3 dulu adalah bentuk review yang agak genuine sebelum zaman penghujungnya.


Dalam 2-3 tahun kebelakangan ni, food reviewer mula muncul di Facebook dan Instagram. Masa mula-mula nampak macam review jujur, tapi akhirnya trend yang bermula di Instagram ni, bertukar menjadi satu business yang menguntungkan food reviewer ni. 


Dan akhirnya aku rasa ramai orang dah boleh agak skrip yang akan digunakan oleh food reviewer ni. Aku rasa, Food Promoter lebih tepat.

Sunday, September 10, 2023

Unboxing 4 Album His Infernal Majesty (H.I.M.)




GREATEST 
LOVESONGS 
VOL.666
• The debut studio album
released in 1997
• Includes the hit songs
“Your Sweet Six Six Six,”
“Wicked Game” & “When
Love and Death Embrace”
• Named one of the 20 best
metal albums of 1997 by
Metal Hammer magazine
in 2020
Tracklist:
SIDE A
For You
Your Sweet Six Six Six
Wicked Game
The Heartless
Our Diabolikal Rapture
SIDE B
It’s All Tears
When Love And Death
 Embrace
The Beginning Of The End

RAZORBLADE
ROMANCE
• The second studio album
released in 2000
• The album charted at
number eight on the US
Heatseekers Chart in
January 2004, making it
the band’s first album to
chart in the United States.
• Includes the hits “Join Me
In Death,” “Right Here In
My Arms” & “Gone With
The Sin”
Tracklist:
SIDE A
I Love You
Poison Girl
Join Me In Death
Right Here In My Arms
Gone With The Sin
SIDE B
Razorblade Kiss
Bury Me Deep Inside
 Your Heart
Heaven Tonight
Death Is In Love With Us
Resurrection
One Last Time


DEEP SHADOWS
AND BRILLIANT
HIGHLIGHTS
• The third studio album
released in 2001
• It was the band’s first
album to chart on the
Billboard 200
• Includes the hits
‘In Joy and Sorrow,”
“Heartache Every Moment”
& “Close To The Flame”
Tracklist:
SIDE A
Salt In Our Wounds
Heartache Every Moment
Lose You Tonight
In Joy And Sorrow
Pretending
Close To The Flame
SIDE B
You Are The One
Please Don’t Let It Go
Beautiful
In Love And Lonely
Don’t Close Your Heart
Love You Like I Do


LOVE METAL
• Fourth studio album
released in 2003
• The album charted in the
Billboard 200 at #117
• Includes the hits
“The Funeral of Hearts,”
“The Sacrament” &
“Buried Alive By Love”
Tracklist:
SIDE A
Buried Alive By Love
The Funeral Of Hearts
Beyond Redemption
Sweet Pandemonium
Soul On Fire
SIDE B
The Sacrament
This Fortress Of Tears
Circle Of Fear
Endless Dark
The Path

Tuesday, September 5, 2023

Repair Front Brake Switch

Brek suis depan (Front Brake Switch) ni biasanya duduk dekat lever brake depan. Sangat jarang nak rosak tapi mungkin nasib baik aku tak baik, switch ni tak berfungsi. Aku suspek sebab ada air masuk meleleh atau tinggalan dari hujan ataupun lepas basuh motor.

Apa yang aku try malam ni selain dari nak beli unit baru terus adalah dengan spray contact cleaner. Contact cleaner ni ada macam-macam brand dan dari harga murah sampailah harga mahal.

Walaupun switch ni jenis closed casing (takleh bukak), masih ada ruang-ruang yang boleh nak spray masuk contact cleaner ni. Alhamdulillah sedikit usaha ni berjaya, dapat menyelamatkan sedikit wang yang boleh lepas makan nasik kandaq 2 kali dekat kedai.

Kalau tak berjaya, anggap ja exercise pasang Lego 🤣

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...