Thursday, April 2, 2009

Shell V-Power Racing Ferrari Model v2.

Today, I have completed my task to collect all the items that I've targeted for all this time. Its hectic and quite taking my time rushing here and there to get these things. But for me, it's totally worth it.

The Shell logo is totally nice, printed on top of the plastic case, or should be mentioned precisely- acrylic case.

No need to throw away the garage's box, it can keep my Ferrari model boxes inside for future needs. It's my habit to keep boxes from what I have bought. Until now, sometimes the box is very useful especially when I planned to sell it to interested persons.

The name plate is quite exclusive. But too short, I think.

The base plate is made from plastic and it is adjustable to suits your viewing pleasure. The checkered floor suits the word 'RACING' on Shell V-Power. The only one thing that I dissatisfied is the raised base plate to hold the three cars. Quite un-realistic for a place called garage. (but it looks like a mechanic repair room, LOL; in my oppinion!!)


At last, I have my own Shell V-Power Racing Collector's Garage 2009. However, I'm quite sad because the case was pre-arranged for 7 cars only. Shell is giving away 8 models actually - the one missing from the garage is Ferrari 599 GTB Fiorano (Yellow). You can refer it here for my complete Ferrari lineup that I've collected before. I'm not interested at the race track because my main purpose for getting these cars is for display.... in my bedroom. Hahahahaha.

Well, for other collectors, happy hunting!!

Ku Dirampok Penyamun Tarbus

Cis, aku telah dirampok dirompak penyamun tarbus!!!

Aku sebenarnya tak berapa berkenan ngan blog tagging ni, dan aku telah di-tag oleh Cieyla. Tapi memandangkan topik tag ni agak relevan dengan kehidupan seharian aku, maka dengan rela dalam terpaksa aku bolehla cerita sikit-sikit tentang perihal kantung duit aku ni.

Panjang ceritanya wallet aku ni. Nama dalam surat beranaknya ialah Levi's. Wallet ni mempunyai sejarah tersendiri pada tahun 2005, iaitu waktu aku membelinya. Dengan harga RM279.00 (kalau tak silap), aku membelinya di outlet Levi's di Pacific, Megamall Prai. Masa tu, kerja kilang lagi. Duit mewah, campak-campak aja kat cashier (wakakaka, ni aku tipu la bab campak-campak ni..)

Section utama wallet aku dipenuhi oleh kad-kad usang yang kadang-kadang berguna sangat-sangat kat aku seperti kad keahlian Toycity - bolehla aku beli model-model diecast kalau aku berkenan, kad keahlian Synergy - kad untuk B&L House of Fragrance, tapi sejak-sejak kerja kat TM, aku dah tak mampu nak beli minyak wangi kat sini, maka kad ni aku buat perhiasan saja dalam wallet. Kad Mesra pulak aku pakai setiap 2 hari sekali untuk isi minyak motor aku di Petronas. kad Touch & Go aku yang dah hilang colour dia tu - aku gunakan setiap hari untuk naik Penang Bridge, dengan special discount untuk kereta dan motor; sebab aku beli dekat Penang Bridge Sdn. Bhd. Kad yang hanya berguna sebulan sekali ialah kad CIMB aku tu. Lepas hujung bulan, dah tak berguna dah sebab takder apa yang dah ada dalam gua Ali Baba dan 40 penyamun tu. Dan kad yang paling tak berguna dan hanya menyemak wallet aku ialah kad Bonuslink.

Untuk second section sebelah dalam ni ada 4 benda penting antara hidup atau mati:

1. Kad pengenalan aku
2. Gambar ayah aku, kalau jadi apa-apa kat aku, orang boleh jer cari ayah aku.
3. Blood type aku - manalah tahu...
4. Kad Platinum kedai pancing TCE Tackles :-p (hahahah)


Untuk 3rd section pulak ada 6 benda:
1. Lesen Memandu
2. Lesen hidup Lesen Memandu
3. Lesen GDL
4. Kad Kedai barang Silver ????
5. Kad Perpustakaan Awam Negeri yang dalam masa 4 tahun aku pakai kad ni, hanya masuk 2 kali.
6. Salinan blood Type aku.
7. Duit 'selit' (tapi selalunya tiada....)

Dalam salah satu kocek ni, terselit duit syiling 5 sen lama zaman Tanah Melayu dulu. Duit ni aku dapat bila Abang Rahman serahkan selonggok duit syiling untuk ditukar dengan duit kertas. Dalam banyak-banyak, duit syiling lama ni terselit ada dalam tu. Aku mintak izin kat Abang Rahman kot-kot la dia terlepas duit ni dalam kantung syiling tu, tapi dia kata, amikla... Maka, jadilah harta aku secara akad nikah dan sah.


Ini adalah seksyen utama penerus hidup aku. kebiasannya, pada hujung bulan, ia dipenuhi sekurang-kurangnya 15 keping not RM50.00 untuk membayar hutang. Dan tak lama selepas itu, akan tinggallah cukup-cukup untuk aku makan, nak isi minyak motor ataupun nak beli ubat asthma aku yang bernama Dunhill 14 King Size. Walaupun sekarang ni Dunhill 14 tu ada lukisan oleh pelukis yang terkenal dan berbentuk artistik, ia tetap menjadi pojaan hatiku.... Walaupun rokok sebatang itu hanyalah perhiasan, sebenarnya ia memang pernah terjadi ketika aku sengkek nak beli rokok. Aku 'pow' rokok member dan aku selit celah tu untuk stok simpanan aku. Dulu la, sekarang tak buat dah. Dalam kantung syiling, kebiasannya aku letak lebihan syiling dan kadang-kadang aku letak spectrum (pick) kalau aku nak pergi jamming.

Di sini, aku ingin mengingatkan. Entry blog aku ni bukanlah untuk mempromosi barangan Yahudi dan Amerika Bangsat iaitu Levi's dan Dunhill 14. Tapi dah nak buat macam mana, wallet ni memang aku dah pakai lama dah pun. kalau nak suruh aku tukar, boleh... Bagi aku RM300.00 dan aku beli wallet baru. Tapi dengan cara ni, dapatlah aku sentiasa mengingatkan diri sendiri agar lebih berjimat-cermat dan menjadi kedekut taik idung masin untuk menjadi insan yang lebih kaya dari hari kelmarin. Jadi untuk rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekalian, berjimatlah dan jangan jadi macam aku. Tapi heran, walaupun aku selalu short duit, alhamdulillah aku bahagia sebab aku puas. Hehehehehe.

Wednesday, April 1, 2009

Lebur Di Penghujung Jua

Dengan semangatnya, aku balik hari ni meredah Penang Bridge yang sentiasa sibuk dengan lautan kenderaan. Sampai saja di Sama Gagah, tanpa belas kasihan, hujan tiba-tiba dengan tanpa amaran awal mula turun, makin lama makin lebat. Aku mula ke posisi menunduk untuk potong angin la konon-kononya, ala-ala Wazi Abdul Hamid menunggang Yamaha SS-Two Cub Prix semasa kegemilangan Raja Kapchai tu dulu. Tapi, arghhhh!!!! Aku takleh tunduk habis!! Tidakkkkkkkkkkkk!!!! Satu mimpi ngeri buat penunggang motosikal seperti aku apabila tak dapat duduk dalam keadaan wind tunnel position dek kerana perut yang besar, Potong stim sungguh!!!! Maka, lencunlah aku hari ni tatkala aku tiba di rumah.

Seraya sampai di rumah, teringat pula aku di zaman baru nak kenal dunia. Zaman masa mula-mula kenal moto lah katakan. Aku ada seorang sepupu yang rapat dengan aku. Gambar sebelah ni, gambar aku dengan adik dia. Masa tu, aku dah kalah dengan dia sebab dia dah upgrade masuk ke kancah motor berkuasa tinggi. Aku ingat lagi, dia pakai Honda CBR 400 F2 ni pada umur dia 18 tahun. Sebelum tu, aku dengan sepupu aku ni (lebih tepat, dia anak sepupu aku) memang gila motor. Konvoi pun sekali. Pernah aku dan dia join konvoi ke Tapah dengan campuran SPU Bikers yang rata-ratanya bawa superbike manakala aku pakai Suzuki RG110 dan sepupu aku pada masa tu dah pakai Yamaha TZM150. Pergi balik dekat terowong Ipoh kami race. Masa tu, tak ingat mati, tak ingat mak bapak. Geng-geng superbike geleng kepala bila hujan lebat, kami segerombolan yang bawa motor cub ni, selamba jer bawak laju tak hengat dunia dekat area terowong Ipoh tu; layan top speed dan layan korner bukit. Yerlah, geng superbike kan pakai helmet full face, mana boleh bawak laju-laju time hujan lebat, visor dalam helmet berwap. kami semua helmet SGV, Magnum, LTD pakai visor bogo, laju ler...



Nak dijadikan cerita, kegilaan aku pada masa tu yang tak berfikir panjang, telah membuatku terjebak dalam dunia lumba halal haram. Izinkan aku bercerita tentang hal ni. Pada masa tu, selesai SPM, aku dah pun start bekerja kilang dan semestinya, geng-geng pun bertambah ramai dan akhirnya motor pun dok rasa makin lama makin tak laju.

Maka, bermulalah episod gelap dalam hidup ke segelap tinted yang pernah digunakan dan akhirnya telah menerima saman RM300.00 atas kesilapan bodoh yang pernah aku buat. Zaman ni, hari-hari race. Balik kerja ja, ada dekat 12 orang geng kilang yang melalui jalan highway yang sama, dan biasanya seminggu sekali akan diadakan satu 'race tak rasmi' antara 10-15 orang untuk menentukan motor sapa dan siapa yang paling otai Highway Sama Gagah pada pukul 5.30 petang. Ya, waktu puncak di lebuhraya, kami race. Sapa berani, sapa terer, dia lah yang pegang ranking 'tak rasmi' tu. Dan pada waktu tu, pemegang ranking adalah salah seorang rakan aku yang mukanya dah herot sebelah sebab kemalangan ngeri ketika 'amik corner' di bandar Sunway, 'trek rasmi' buat geng-geng motor time tu. Pada masa tu, istilah rempit tak wujud sama sekali.



Waktu tu, siapa tak kenal Sham Molok? Satu Penang kenal dia. Siapa lagi kalau pemegang rekod pemenang sprint test dua-kali berturut-turut yang diperkenalkan di utara tanah air (aku dah tak ingat tahun berapa). Waktu tu, siapa yang dapat 'teng' dia, kira memang betul-betul power. Aku? Melingkup. Semuanya kantoi. Sekali ja menang kot, tapi bukan dengan Sham Molok atau dalam Sprint Test, menang dengan member-member kampung dan kilang saja.. Hahahah..

Hehehe, eksklusif... Ketika zaman perut takder dipaparkan di sini. Hahahaha, aku nak gelak guling-guling kalau selak gambar lama-lama ni. Sekarang, dah 6 tahun aku tinggalkan dunia takder faedah ni. Itulah kesilapan aku yang paling besar selama aku hidup di muka bumi ni - terlibat dengan aktiviti yang takde faedah langsung. Semua yang sebaya dengan aku waktu tu boleh dikatakan semuanya telah tinggalkan benda ni. Yang meninggal, putus jari, patah riuk semuanya jadi memori indah dan duka. Pakcik Polis yang tolong angkat aku eksiden masa 'amik korner' di Permatang Pauh tu pun aku tak tahu dah samada dia ada lagi ker tak. kalaula dia terbaca blog aku ni, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia sebab dia tumpangkan aku ke Hospital Seberang Jaya dengan Honda C70-nya yang digunakan untuk meronda kawasan tu ke hospital. Dengan seluar dah jadi seluar tarzan, darah merambu-rambu, aku hanya mampu membonceng motor Pakcik Polis tu, sambil Pakcik Polis u membebel kat aku... Sampailah ke balutan terakhir bandage di tangan kiri aku oleh jururawat pelatih di Hospital Seberang Jaya, hehehe.. Terima kasih Pakcik Polis.

Kepada 'adik-adik' yang terbaca entry aku kali ni, ingatlah, merempit, lumba haram dan yang sama waktu dengannya tu, takkan membawa kita ke mana-mana. Apa yang tinggal, hanyalah poket kosong akibat dok modify sana sini takpun hilang wang pertaruhan. Kan judi namanya tu? (nasib baik aku tak main judi). Kalau betul-betul nak jadi anak jantan, amiklah lesen racing AAM, lepas tu, lumbalah sampai lebam dekat Cub Prix Championship tu. Patah riuk macam manapun, ada insuran, takper!!! Jadi, kalau setakat nak bagi lawa motosikal tu, bolehla diterima kot, jangan jadi macam aku dan rakan-rakan sudahlah yer. Sekurang-kurangnya, aku dah merasa apa yang korang semua baru nak rasa. Baik buruk, semuanya dah dalam kepala. Ingatlah mak bapak yang penat-penat membesarkan korang. Cerita aku dah panjang ni, cerita sampai esok lusa pun tak habis.

Al-Fatihah kepada sepupuku,
Allahyarham Mohammad Afif Bin Zulkifli, 1984-2007.
Ingatan dan salam terima kasih kerana menguruskan jenazah dari keluarga kami.
- Utara Bikers
- Malaysian Bikers Community
- Geng Motor Kepala Batas
- Geng Motor Bagan
- Geng Motor Bukit Mertajam

Tuesday, March 31, 2009

Shell V-Power Racing Ferrari Model



Sedangkan nak beli yang betul-betul 4 tayar buatan Malaysia aku tak mampu, inikan pula Ferrari betul!! Maka, terpaksalah aku berpuas hati dengan model keluaran Mattel ni sahaja. Hahahaha~



Aku bukanlah peminat Ferrari tulen, tetapi suka diingatkan aku ialah penggemar model diecast. Tetapi, kehadiran model-model Ferrari ni di stesyen minyak Shell membuatkan aku betul-betul tak senang duduk. Dulu, dah ada edisi macam ni, tapi ntah bagaimana aku langsung tak berminat! Tahun ni, lain macam pula rasanya.



Walaupun ia plastic model dengan skala 1:38, ia dilengkap dengan ‘touch steering function’ aku berpendapat, keluaran kali ni memang sepatutnya dimiliki ditambah buatannya lebih kemas berbanding edisi terdahulu. Aku malas bercakap panjang dan nikmatilah...

Semua maklumat ialah dari Shell Malaysia


Lightweight, simple and striking the F430 Scuderia is uncompromisingly sporty. It was unveiled by Michael Schumacher at the 2007 Frankfurt Auto Show. The Ferrari 430 Scuderia does 0 – 100 km/h in less than 3.6 seconds.


The amazing and most advanced GT car has been updated with an Evoluzione package. Its V12 engine generates 860 PS (848 hp/633 kW) at 9500 rpm which boosts the top speed to 370 km/h


The GTC is a race version of the Ferrari 360, with better performance and handling. The 90-degree V8 3586.2 cc engine has been improved in terms of consumption and power, putting out 445 horsepower (332 kW) at 8750 rpm.


Limited Edition Enzo Ferrari. 12 cylinder mid-engine berlinetta named after the company's founder, Enzo Ferrari.


F2008 - F1 Team Scuderia Ferrari Official Racing Car in 2008 season. Unveiled to the public on January 6, 2008. It features a new standard Electronic Control Unit (ECU), which is the electronic system that controls all the cars, produced by McLaren Electronic Systems. (Wikipedia)

Applicable only with Shell Helix purchases. Visit your nearest Shell station or find out more in the Helix promotion! The yellow 599 GTB Fiorano comes with sound and only applicable with Shell Helix purchases.


This beautiful car optimises Ferrari’s talent for innovation and design. The 612 Scaglietti is capable of 315 km/h (199 mph) and has a 100 km/h time of 4.3 seconds.


Innovative and technologically advanced, the Ferrari 599 GTB Fiorano sets a new benchmark of excellence. It was unveiled at the 2006 Geneva Motor Show.

Maka, dengan pembelian-pembelian ini, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Abdullah Mohamed Nor, pengusaha stesyen Minyak Shell di Mak Mandin yang sanggup melayan kerenah aku memilih kereta-kereta di atas. Maka, jumlah pembeliannya.. Adalah lebih kurang RM24 juta selepas dicampur cukai (hahahha, macam beli Ferrari betul la pulak!!! Perasannya aku!!)

Diingatkan pada pengumpul-pengumpul lain...
Walaupun di kotak terdapat 6 model, tapi sebenarnya terdapat 2 model tambahan iaitu Enzo Ferrari (Limited Edition) dan 599 GTB Fiorano yang kedua-duanya berwarna kuning.
599 GTB Fiorano - Comes with sound.
Enzo Ferrari - 2 speed model.

Dan yang pastinya bagi seorang yang dah tua macam aku, semestinya persoalan timbul.. Mengapa kalahkan budak-budak nak beli benda ni?

Jawapan aku mudah:
Minat, lawa dan nak buat display kat rumah. Hahahaha.... Vroooom~!
(dan.. tunggulah entry aku yang akan datang... Motor Valentino Rossi pulak..)

Hari Terakhir...

Bersempena dengan hari terakhir yang rasmi kami semua berada dalam unit dan bos yang sama, esok 1 April 2009 akan bermulalah hari bekerja kami di bawah bos baru masing-masing. Sedikit memeningkan, memandangkan banyak benda yang dah jadi kelam kabut dengan re-organization ni, maka...



Kami pun mengadakan kutipan dan seterusnya adalah jamuan sikit. Nak kata sikit tu tak sikitla, aku sampai mengah la jugak. Hahahahaha.
Tempatnya ialah di Pen Mutiara, tempat yang kami pernah makan dulu. Sajiannya simple, telefon dan booking. Satu kepala RM25.00, lepas tu, walk-in dan makan jer. Semudah memesan pizza. Errr.. susah sikit dari makan pizza order, sebab yang ni kena berjalan sikit ke kedai makan. hahahah...

Semoga kami semua dapat menyesuaikan diri dengan organisasi baru ni, insya-Allah...

Sunday, March 29, 2009

Memancing: Antara Cabaran Dan Persoalan



"Daripada hang susah-susah pi mengai, baik hang pi beli ikan kat market aja!"

Satu dialog klasik yang menghantui kebanyakan pemancing. Dialog yang diajukan oleh kawan-kawan, kaum keluarga dan terutamanya... Bini sendiri! (kalau dah berbini)

Benar. Kalau ikutkan daripada logik dialog, memang itulah yang termudah sekali untuk dilakukan. Start enjin kereta/motor, lepas tu pergi market dan beli ikan. Tapi lain pula pada pendapat pemancing-pemancing termasuklah aku sendiri.

Sejarah aku memancing bermula ketika aku tak masuk sekolah lagi. Masa kecik-kecik dulu, waktu ayah masih cergas, selalu jugak aku ni jadi peneman dan pengacau ayah ketika dia berkomplot memburu siakap di Sungai Perai ataupun Kuala Perai. Pernah jugak aku memandu bot enjin Yamaha-nya tu sampai berpusing-pusing kami dalam Sungai Perai, macam kereta drift buat 'donut' tu. Padahal pada waktu tu, aku 'diharamkan' memegang semua alat-alat pancingan ayah. kata ayah, aku ni kaki pelingkup. Hahahaha.

Tapi itu cerita dulu, aku mula aktif memancing selepas habis SPM. Mula-mula, curi-curi amik rod ayah dan mengail di Sungai Perai. Ayah masam mencuka bila dia dapat tahu yang aku amik barang dia tanpa kebenaran. Tapi, lesen dah dapat.. Dia mula meminjamkan aku rod Seahawk atau Fenwick dan reel Penn-nya tu kat aku. Hehehe, masa tu syok bukan kepalang, ntah beberapa kali aku curi-curi ambik reel Shimano dia untuk turun di Sungai Perai, aku pun tak ingat. (sekarang, Shimano dah jadi harta aku..)

Set memancing aku (atau kat Penang, kami akan panggil 'box' - merujuk kepada rod dan reel yang lengkap) mula dibeli selepas aku start kerja dengan duit sendiri. Semuanya sebab kecik hati ngan ayah, yang aku rasakan kedekut sungguh nak pinjamkan barang-barangnya dekat aku. Tapi selepas beberapa lama berkecimpung, aku dah mula mengenal jenama dan nilai setiap alat pancing, dan kemudian aku mengerti kenapa dulu ayah 'kedekut' sangat.

Sekarang, aku dah boleh memancing tanpa meminjam sekelumit pun barang-barang ayah aku, hatta sebiji ladung pun. Semuanya dengan duit aku sendiri, dan aku puas. Aku dapat buat sesuatu yang aku suka dengan hasil titik peluh aku sendiri. Memang berbaloi, tambah-tambah bila dapat ikan besar dan merasai sendiri pertarungan dengan ikan tersebut. Walaupun belum sampai ke tahap pemancing tegar, aku dah mula merasa nikmat memancing. Ya betul, dulu semasa mula-mula tak dapat hasil walau seekor anak gelama, memang marah. Tapi sekarang, aku sudah mampu tersenyum ataupun ketawa berdekah-dekah walaupun tak dapat seekor ikan!

Pelik tapi benar. Itulah kepuasan memancing yang aku dapat. Aku dapat asingkan diri sekejap daripada kesibukan dunia dan seterusnya, aku dapat menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT ketika berada di tengah laut. Kejadian ribut, hujan dan sebagainya sekurang-kurangnya dapat menginsafkan aku yang terleka seketika dengan kekuasaan pencipta alam yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Saturday, March 28, 2009

Cuti-Cuti Penang



Dengan kelam kabutnya, aku memulakan perjalanan hari ni ke Bayan Baru untuk menyerahkan seplastik cawan polysterene untuk kegunaan pejabat. Dan sesungguhnya, meter Kancil 660 EX standard di atas ialah benar sama sekali dan tiada teknik super impose dilakukan, dengan jayanya, tiada speed trap akan berjaya mengimbas kelajuan sebenar setelah meter tersebut berpusing dua kali. Hahahahaha....



Setelah siap tugasan pertama, teringin pulak mulut aku nak pekena Nasi Kandar Kampung Melayu. Tetapi dengan malangnya, super kancil tadi tersemput-semput pulak mendaki bukit baru Air Itam. Melalui jalan tu, terjumpa pulak dengan kereta orang miskin yang sedang dalam proses..... Nak terbakar sambil tempat tersebut telahpun dikepung oleh Pasukan Gerak Gerak Gerak Khaaaaaaaaas. Rasanya, memang lepas tu tinggal bangkai jerlah keta orang miskin tu sebab aku sampai di Air Itam lebih kurang 20 minit kemudian, dan kereta bomba baru jer keluar dari balai. jadi, total loss la kot rasanya...



Lepas makan, ntah macam mana terasa gatal kaki pulak nak mendaki Bukit Bendera. Tapi mendaki dengan kereta kabel sajalah kot. 10 tahun dah tak naik Bukit Bendera aka Penang Hill ni. Dulu, sejuknya boleh tahan, tapi sekarang... Sedikit panas. Cuma bila sesekali angin tu datang, terasa la macam angin freezer bila kita buka pintu peti ais tu.



Perasaan jakun untuk bergambar sememangnya tak dapat dielakkan kerana bukan selalu aku nak naik ke atas ni. Makin ramai pulak rasanya pelancong yang ke sini. Seperti tadi, banyak pelancong dari Jepun, Indonesia dan UK yang naik dan turun satu trip dengan aku. Jadi, sesiapa yang tak pernah naik, naiklah. Tapi sebaik-baiknya, naiklah awal-awal pagi. Pemandangannya cantik sikit. Bukan macam aku, dah dekat rembang tengah hari baru nak naik.



Dan semestinya, harini ada seseorang yang dah kena paksa dengan aku untuk amik gambar. Dan semestinya jugak dia kena tahan dengan pe'el aku untuk amik angle shot yang pelik-pelik walaupun aku menggunakan kamera cap ayam saja - Handphone Camera. Identitinya masih samar-samar buat masa sekarang. Hahahahahaha...



Jalan-jalan cari pasal makan hari ni diakhiri dengan menu diatas. Bukan selalu kan? Sebenarnya dalam Penang ni pun, banyak lagi tempat-tempat yang berstatus 'pelancongan' yang aku belum sempat terjah. Nak terjah tempat-tempat luar, fulus belum banyak, tapi aiman tak kisah... Bila ada rezeki, Insya-Allah sampai juga...

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...