Friday, July 31, 2009

Old Timer



Aku bukan seorang yang femes dulu. Aku juga bukan seorang yang top. Musuh aku tak banyak. Erk... Betul ker tak banyak?

Sekolah.
Aku masuk lewat seminggu sekolah ni atas sebab-sebab tertentu. Surat aku lambat dikeluarkan. Jadi, tahun 1 hingga 3, skema adalah perumpamaan terbaik untuk menyatakan sikap aku. Dan sampai hari ni, kes aku sorok satu tin biskut Khong Guan dalam locker selalu diungkit kalau ada reunion. Hampeh! Begitu juga kalau bab-bab kedekut benda makan kat hostel. Hehehehe. Kalau diingatkan balik, Tun Dr. Mahathir pernah keluarkan satu isu pasal pelajar-pelajar Melayu berkongsi 4 orang untuk sepinggan nasi ayam. Dengar mungkin macam tak logik saja kan? Tapi percayalah.. Benda tu betul-betul terjadi, malah, kami berkongsi sepinggan nasi ayam untuk satu dorm!!! Hebat betul kehidupan asrama.

Buli.
Aku tak pernah kena buli sebab aku bernasib baik. Kuikuikui...
Seorang senior yang merupakan anak hantu tahap dewa adalah penyelamat aku sebab aku sekampung dengan dia. Ingat lagi, malam suai-kenal, pukul berapa pagi ntah, disoalnya kami seorang demi seorang asal kampung kami, sampailah part aku.... Kampung Benggali Sungai Puyu bang!!!!
Apa!!!!!!!!!!!!?? - pekik salah sorang senior.
Maka rasmilah, aku tak disentuh langsung, waima untuk membasuh baju senior sekalipun selepas nama kampung keramat disebut. Har har har.... Jadi secara automatik juga, aku tak pernah sentuh budak-budak untuk dikendurikan, walaupun kadang-kadang ada jugak budak-budak yang mak bapak diaorang tak pernah ajar gamaknya. Tapi ada satu benda yang aku buat.. Dulu, bebudak mana yang tak pernah kena pow ngan aku? Setakat Nasik lemak, burger dan keropok tu jadi perkara biasa semasa aku Form 5. Jadi, sesiapa yang terbaca statement aku neh.... Aku minta maaf sepenuh hati, kalau nak aku belanja balik burger korang yang aku pow dulu tu, jom kita ke McD, aku belanja.

Sukan.
Aku kaki bangku kat sekolah. Tapi lepas sekolah, aku main Rugby untuk state. Gila.
Tapi aku pelik, petang-petang aku boleh main bola, satu permainan yang paling aku tak suka, tapi aku main. Gila jugak.


Disclaimer.
Mungkin aku jahat. Mungkin mulut aku busuk dan jahat. Mungkin perangai hati kering aku membuatkan aku sedikit dibenci. Mungkin perangai kasar aku membuatku susah dapat awek yang memahami. Mungkin Aku tak reti jaga hati awek aku sendiri atas sifat-sifat aku. Mungkin jugak kepada kawan-kawan aku. Mungkin mulut aku laser gila babi. Mungkin jugak semua tu atas sebab aku hidup dalam dunia lelaki 100% sebelum ni.
Jadi, bersempena hampirnya Ramadhan, aku menyusun sepuluh jari kepada semua.
Terutamanya pada Nurul. Dia paling banyak terluka atas sikap dan mulut aku. Aku mintak maaf.

Monday, July 27, 2009

Konsert Penghargaan Sinar.FM



Urrrrghhhhh..... Dahla aku standby haritu. Harap-harap tak jadi apa-apa la. Untuk penggemar baju-baju band tempatan, insya-Allah Sayap-Sayap Wings akan membuka booth jualan di sana. Jadi, kita jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Sunday, July 26, 2009

Jenayah Di Mana-Mana

Kamal Effendi Hashim pernah mengingatkan kita di siaran 999, kita sering alpa dengan kejadian jenayah dan selalunya akan berkata hal itu tidak akan terjadi kepada kita.

Biasanya kalau kita tengok kejadian jenayah atau mengetahui sesuatu jenayah tu pun, kita cuma mengambil sikap acuh tak acuh dan yang sama waktu dengannya. Seperti dalam entry aku baru-baru ni pun ada menyebut tentang kehilangan guitar dan bass 2 sahabat online aku, kali ni, aku nak sembang tentang kejadian kecurian melibatkan kenderaan pulak.

Berapa kerat diantara kita yang mengambil sikap berjaga-jaga dalam soal keselamatan kenderaan kita dari sasaran penjenayah?
Adakah kita:
  1. Mengunci kenderaan setiap kali nak bayar duit di stesen minyak?
  2. Meletak kunci tambahan setiap kali parking kereta/motor?
  3. Tidak meletak barangan berharga didalam kereta?
  4. Dan lain-lain?
Saja ja aku membebel.... sebab... Hari Jumaat tanggal 24 Julai 2009 merupakan hari paling malang buat aku. Helmet ARC kesayangan telah hilang meninggalkanku buat selama-lamanya... Helmet yang telah di'lock' di bawah seat motor, telah ditinggalkan tanpa perasaan curiga kerana kawasan bangunan tersebut dikawal oleh pengawal bangunan. Tapi apakan daya kalau pengawal pun makan gaji buta.. Helmet telah dikerat talinya dan pencurik yang buta akai tu telah meninggalkan metal loop strap untuk aku sebagai cenderahati. Ya encik pencuri, aku sumpah ngko nanti eksiden kepala terbelah dua. - Selamat... 7 tahun pakai Helmet ARC reput.



Tapi itu semua adalah satu penyebab utama yang menggerakkan aku untuk membeli helmet baru. Muakakakakakaka.... nak beli Arai SZ-Ram 3 panggang dari api lah kan, tapi aku sambar yang lebih advance, Ram-88. Wakakaka, Arai pun tak sempat keluarkan lagi Ram-4... Aku dah sambar Ram-88!

Sunday, July 19, 2009

Pelancaran Web Sayap2Wings



Telah selesai dan selamat pelancaran wajah baru web rasmi Wings dan Sayap-Sayap Wings iaitu http://s2wings.com. Pelancaran telah diadakan di Tasik Titiwangsa pada hari Sabtu, 18 Julai 2009. Pelancaran ini dijalankan pada majils makan buah-buahan tempatan dianjurkan oleh Dinamic Quaorum Sdn. Bhd. Turut bersama ialah Ed Scuba dan Grousiey Printhouse. Tetamu istimewa pada majlis ini ialah balu kepada Allahyarham Roshizal Ibrahim iaitu Puan Ros, founder Sayap-Sayap Wings.

Turut memeriahkan majlis, siapa lagi kalau bukan anggota-anggota Wings. Ahli Wings yang hadir ialah bro Eddie, Joe dan Black. Nampak apa bro Joe pegang? Itulah biografi Jimmy Hendrix yang super-cun dihadiahkan oleh ahli Sayap-Sayap Wings iaitu Bro Rock dari JB. Bro Joe bertanya 2-3 kali, untuk gua ker ni bro, serius ker?



Dengan keahlian yang hampir menjangkau 250 orang ahli, perjalanan Sayap-Sayap Wings masih jauh, dan semoga ukhwah persahabatan yang terjalin akan sentiasa kekal sentiasa. Tak dapat aku nak bercerita panjang-panjang disebabkan aku masih berada di Shah Alam sekarang. Terima kasih pada Bro Zul yang meminjamkan notebook dia untuk aku update sedikit cerita. Gambar-gambar eksklusif lain, semestinya dapat diperolehi di laman Sayap-Sayap Wings yang terbaru iaitu http://s2wings.com dan semestinya, ahli berbayar dapat melihat lebih banyak items.

p/s: Gambar dari kamera Shafarizan ialah hak milik Sayap-Sayap Wings. Watermark kerana dihoskan disini, untuk makluman.

Thursday, July 16, 2009

Big Boys Toys



Uh, akhirnya... Benda yang ditunggu telah tiba. Aku budget untuk hujung bulan sebenarnya, tapi tak boleh tahan... Memang takleh tahan. Alamat untuk diinterframekan memandangkan namanya yang giler unik. Nasib baik aku tak duduk kat Kampung Master, kalau tak, confirm jadi bahan punyalah...



Sebenarnya, aku nak puji sender ni sebab tengokla packagenya, betul-betul secure. Tapi kalau nak lagi secure, tentulah nak kena letak dalam kotak. Tapi, ini pun dah cukup memadai



Lepas posting putih, diletakkan lagi kadbod untuk tutup 'bahan' aku. Jadi, aku berpuas hati dengan packaging macam ni.



Dan yang paling aku tak sangka, vegetable wrap diletakkan sekali.



Inilah bahan aku yang terbaru. Nak cerita sekarang... Agak malu. Bila bahan dah cukup, aku akan reveal apa dua-dua bahan ni. Dan yang buat aku betul-betul terkejut, keadaan dua LP berusia 18 tahun ni, betul-betul masih cantik dan macam baru keluar kedai. Owner asal LP hitam tu ialah perempuan.. Huhuhuhuhuhuhu, patutla lawa semacam dia jaga. Apa-apapun, sehingga aku cukup bahan dan mood, aku akan reveal menatang apa album LP ni sebenarnya. Aku layan dulu 2 LP ni....

P/S: Wings - Jerangkung Dalam Almari for RM350.00 is too much, IMHO.

Wednesday, July 15, 2009

Mr. Big Reunion Tour



Sapa nak pi? Dikhabarkan di kawasan terdekat, Bangkok dan Singapore. So, kumpul duit dari sekarang dan ready to rock sajalah jawabnya...

Nasi Ayam Periuk Besar - Bayan Baru



Biasanya, rata-rata orang Kulim dan Pulau Pinang pernah mendengar nama Nasi Ayam Periuk Besar Sungai Kob, Kulim Kedah. Baru-baru ni, salah satu cawangannya telahpun dibuka di kawasan Bayan Baru, atau dengan lebih jelas dan tepat, di kawasan shop lot D'Piazza Mall, bersebelahan dengan Mayang Mall, Bayan Baru.



Suasana kedai jangan dibandingkan dengan kedai asal yang 'biasa-biasa' saja di Sungai Kob. Bertepatan dengan lokasi Bayan Baru, konsep franchise dipertengahkan, maka.. Eloklah sikit tempatnya.



Bercakap pasal makanan, sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan gerai makanan biasa. Air yang dipesan agak lewat diterima. Seperti biasa, pergilah manapun.. Lambat pi lah macam manapun, air itu penting dan sekurang-kurangnya pengunjung tak haus.




Bercakap pasal Nasinya.... Sebenarnya aku order Chicken Chop (yer, tempat ni ala-ala western pun ada), tapi ada la Hamba Allah tu tersilap order nasi kat aku. Maka, sampailah Nasi Ayam Panggang (atas) dan Nasi Ayam Madu (bawah) di atas meja kami berlima. Jadi, variety jenis masakan tak dapat diuji semaksimum mungkin. Daripada nasi ayamnya, terdapat 5 pendapat berbeza. Ada yang kata sedap, ada yang kata ok, ada yang kata biasa-biasa sahaja.



Dari segi hiasan dalaman, kedai 2 tingkat ni sememangnya ada kelas. Cuma sedikit teguran, sepatutnya sudu+garfu+tisu tidak sepatutnya diletakkan siap-siap di atas meja. Mungkin konsep dan dekorasi kedai yang ala-ala cafe memerlukan penyediaan kulinari yang sedemikian rupa, tapi.... Bayan Baru tu berhabuk giler.. Bukan macam Sungai Kob yang masih terpelihara dengan suasana kampung yang bersih. Biarlah bila pelanggan memesan makanan, sertakan set kulinari tersebut dengan makanan, lebih hygienic.



Okey, kita masuk pula bab yang memungkinkan kita sedikit tersedak - harga.
Sedikit lari dari norma kebiasaan Nasi Ayam yang rata-ratanya RM3.50 atau kurang di Pulau Pinang, harganya boleh dijadikan satu isu perdebatan di kalangan penduduk asal Penang yang seperti semua tahu, menyediakan makanan yang murah. Sikit lagi, harganya lebih kurang saja dengan harga Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang. Namun... Mungkin tempat dan sewa yang sedikit 'mahal' membolehkan harga yang sedemikian rupa. Jadi, penduduk Penang dan Kedah, anda tentukanlah sendiri samada harga ni patut atau tidak.



Apa-apapun, penduduk di bahagian pulau (Pulau Pinang) , sekarang dapat merasai Nasi Ayam Periuk Besar tanpa perlu bersusah payah ke Sungai Kob, Kulim. Cuma...... Penggemar nasi ayam dan yang pernah merasa makan di Sungai Kob sendiri, pasti akan berfikir dua kali sebelum ke sini.

Semoga maju jaya.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...