Sunday, August 30, 2009

Nasib Jer Tu


Photograph: Simon Bellis/Reuters


Sir Alex:
Gua puas... Gua Puassssssssssssss!!!!!

Wenger:
Eleh, nasib jer tu.... (pssstt Arshavin, mana Mat Punk yang kita tengok DVD Green Street Hooligans itu ari ar? Gua nak dia suntut rusuk mamat neh.)



Pete: Jom weh, kita ada job nak buat..... Wenger suruh tiaw mamat tu cukup-cukup.

Matt: Woit, kita kan West Ham punya.. (tak habis cakap)

Pete: Ko jangan banyak songeh!! Job duit raya la katakan...

Saturday, August 29, 2009

Alasan!

6.30 pagi - hujan
-
-
-
-
-
-
8.30 pagi - hujan
-
-
-
-
-
-
10.30 pagi - hujan lagi

-
-
-
-
-
11.30 pagi - hujan lagi lebat.
-
-
-
11.45 pagi.
SMS gua dengan bos.

Gua: Encik, saya urgent leave hari ni. hujan lebat.
Bos balas: OK
-
-
-
-

Kesimpulan: Mungkin banyak perbezaan pendapat antara gua dengan bos, tapi susah nak dapat bos macam ni.




Anyway, I miss them!!! Some tribute from a Brazilian guitarist who video-replied my Vids on Youtube: Syahdu betul.



Mungkin suara gua sumbang mambang (semestinya) dan sememangnya gua tak dapat pegang chord dengan betul. Tapi itu tak menghalang gua untuk terus mencintai sebuah instrumen yang mempunyai 6 tali dan mengeluarkan bunyi bila dipetik.

Thursday, August 27, 2009

Midnight Blues

27 Ogos 2009, Isyak.
Tarawih terlepas lagi, hujan lebat. Abang-abang dan kakak-kakak semua pergi car pooling naik keta. Aku takdak keta. Melepak kat rumah. teringin nak buat satu benda.


WTF adalah benda 1st dalam otak aku kalau masuk melawat bilikku syurgaku ini. Sejak arwah ayah (pakcik aku yang aku panggil ayah) dah tak ada, aku jarang dah masuk bilik ni untuk memperoleh masa-masa emas untuk tidur.


Bilik yang pernah menjadi saksi kepada study group beramai-ramai masa final exam diploma yang jatuh pada World Cup ini makin berserabut. Semaksimum 6 orang pernah berkampung di rumah aku untuk menyiapkan assignment dan menyiapkan final project yang gila babeng. Sambil buat assignment, sambil tengok bola. Dan sorang jadik runner untuk beli burger dan teh ais depan kampung untuk buat stok makan.

Dan rasa-rasanya, 5 orang yang pernah berada dengan aku dulu dah lebih berjaya daripada aku sekarang. Dan rasanya-rasanya... 2-3 orang dah kawen kot, aku pun tak ingat..


Sofa buruk yang pernah menjadi saksi kepada sessi praktis sebuah band yang hampir-hampir terkenal satu ketika dulu. Dan kalau dulu dah jadi buat album, kompom dah menang Juara Lagu. Kutuk-mengutuk dan sessi marah-memarahi sesama sendiri menjadi lumrah. Asalkan tak hipokrit.. Mana la tau, kot-kot nanti bila dah femes, frontman buat hal dan buat group sendiri.


Tempat yang pernah menjadi saksi betapa peritnya kepala hotak menjelang saat-saat nak exam. Dan sekarang, rasa menyesal pulak bila buat part-time study time kerja. Pembohong betul, tak sempat langsung nak baca buku. Balik keja ja, letih dan asyik nak terbongkang. Agak-agaknya, macam mana la part-time students sekarang ni study?
  • Bodek lecturer?
  • Study maut?
  • Sediakan toyol banyak-banyak sebelum exam?
  • Suruh awek tolong?
  • Belasah aja, janji pass?
  • Tawakkal dan berdoa saja tanpa usaha?
Ah, gua taktau. Gua tensen bila pikir banyak-banyak benda ni.

Di sini jugalah sumber inspirasi sebuah band kampung yang hampir mengalahkan populariti band-band indie yang tengah naik sekarang. Mungkin akan jadi pelapis Kristal atau lebih bagus dari Kristal. Sapa tau... Menengahkan konsep muzik 'batu', janji bukan 'bebas' dan tak buat lagu Dangdut Rock atau Bolly Rock.


Gua rindu waktu dulu. Waktu gua takder tanggungan, waktu gua takder masalah, dan waktu gua kaya-raya (hampeh). Hanya pada-Mu aku berserah, dan hanya pada-Mu aku mengadu nasib. Apa-apapun, gua rasa... Gua patut teruskan saja hidup gua yang tak berapa best neh.

Monday, August 24, 2009

Kehadiran Puan-Puan Sri



1810 Hours
Mazlan menerima kunjungan puan-puan sri. Aku pulak tumpang sekaki untuk berbuka puasa. Tempat diterjah, Restoran Seri Pantai, Hammer Bay.
Komplot mengejut antara Aima dan Mazlan Acececececececece. Aima bawak office-matenya, Kamar. Aku? Muka tak malu, join sekaki. First time naik keta Sawi Savvy. Cilakak, rasa macam bawak keta racing, gear reverse sebelah kiri atas!!! Apa punya keta ni!!, Racing betul!!!!

1830 Hours
Pekejadahnya duduk kat kedai makan awal-awal. Mana boleh tahan. Bawak dua tetamu bershopping Jeruk Penang di Medan Suri. Tujuan utama... Mencari buah nau. Cilakak sekali lagi, pesal aku buka lampu, wiper belakang yang jalan!!!!?? Kamar, ko modified keta Sawi Savvy ko ker neh!!!

1900 Hours
Patah balik ke restoran. Acecece dah telan air liur. Aku pulak asyik dok pegang kotak rokok.
Aima? Asyik dok pegang henpon. Dok SMS sapa aku tak tauler..


1915 Hours
Makan mula sampai. Ces, Lan.. Diaorang konker sotong feveret kita.. Cepat curik balik!!!!



1931 Hours
Allahummakasumtu.. Wabi ka'a..
Encik Acecece terus ngap.. Hampeh punya Lan. Aku tak abes baca doa lagi neh!!!



1931-2000 Hours
Upacara melantak terus bersambung.
Meja sunyi sepi..... sehening air di kali.


Full set juadah berbuka.


Kailan Ikan Masin


Tomyam Campur


Sotong Goreng Tepung


Siakap Tiga Rasa


Pari Bakar

2005 Hours
Sessi Hikmat Hembusan Naga berapi oleh aku.



Aima? Semua dia bedal dan licinkan. Lapar sangat la tu. Aku ngan Encik Acecece sempat makan setengah pinggan aja, yang lain semua dia sapu.

2030 Hours
Balik, semayang maghrib. Acecece jadik imam. Apara Semayang Maghrib pukul 8.30!!!!


Dialog dalam hati yang aku dengar:
Aima
(dalam hati): "Wah, aku rasa ada bakat jadi isteri mithali nanti"
Acecece (dalam hati): Piiirahhhh!
Kamar (dalam hati): Sengal la bebudak neh!


2040 Hours
Mengantuk, nak balik...
Total damage = RM53.00
Rasa sedap atau tak? Biar orang jauh yang komplen kat sini nanti. Tengok komen dia. Gua taknak bias masakan-masakan Penang ni. Gua dah lali.

Aima and Kamar, terima kasih kerana menjenguk kami.
Dan seterusnya bagi aku peluang bawak keta yang sungguh racing sekali. Masuk race, kompom dapat No. 1 dari belakang... Tapi No. 1 satu dari segi save minyak.

Saturday, August 22, 2009

Port Lepak Zaman Poli



Dulu, masa aku muda belia dan rambut masih lebat. Aku selalu lepak kat gerai brader Nasir. Tokey air yang paling sempoi dan boleh buat air apa jer yang korang nak ikut citarasa masing-masing.



Partner Abang Nasir ialah tukang masak. Jadi, kalau dah nama tukang masak tu, dah tentulah ada makanan!



Walaupun biasa-biasa saja. Tapi harga yang murah membuatkan order melekat dan menjadi pilihan kami time tu. Sekarang, kami kalau ada masa, memang kami akan lepak kat sini,

Air yang nama pelik-pelik jangan kata la:

Milo Tabur
Milo Turbo

Madu Tiga

Air Cinta

Air Tiga Rasa


Hah, pelik betul. Tapi layan..... Bayangkanlah ada 3-4 orang awek poli boleh minum Milo Turbo. Gila ker hapa gelas besar jag diaorang langgah. Tak senonoh btol awek-awek zaman sekarang. Mak mentua tengok pun boleh cancel!!!



Ahh... Antara gambar yang masih selamat dalam simpanan aku. Bayangkan 2 team rugby berkumpul, order seorang 3 gelas. Lepak dekat sejam setengah selepas game atau training. Lepas tu awek lalu... Riuh dan havoc!!!! Antara group teramai yang memenuhkan gerai dan paling huru-hara adalah batch 2001-2003. Hakikat yang Abang Nasir sendiri akui paling gila. Mau tak gila... Kalau 4 orang datang minum pun, order air macam 12 orang minum!

Sekarang, Abang Nasir pun dah berniaga di gerai baru. Dan alhamdulillah, syarikatnya iaitu D'Intai Cafe & Catering pun dah mengembangkan sayap untuk supply jamuan kenduri untuk 1200 orang. Terletak di gerai No. 7, medan selera Taman Pauh, berhadapan Politeknik Seberang Perai.

Abang Nasir, semoga perniagaan bertambah maju... Dan kenduri saya nanti kalau sampai jodoh, jangan lupa kasik diskaun kaw-kaw punya untuk Bihun Goreng Daging Sayur Takmau.... Saya ni kedekut orangnya.. Dan rock sampai tua...

Friday, August 21, 2009

Hari Itu Datang Lagi



Aku ke surau dengan beskal. Gelap gila malam tu. Tapi apa yang aku ingat... Semayang tarawih berakhir di kedai burger.

16 tahun kemudian..
Aku bersemangat nak pi tarawih malam ni. Tapi kerja ntahapapantah punya keja petang tadi buat semangat aku sikit pudar.

Tapi tadi sebelum Isyak, bos kata keja-keja PMW esok dibatalkan. Aku reply SMS bos dengan gelak besar dan diakhiri dengan ucapan tulus ikhlas Selamat Hari Raya.

Sekarang, aku kat kedai burger. Ada malaun mana ntah cilok kipas masjid, membuatkan jemaah berpeluh menunaikan ibadah. Dan hari itu datang lagi... Kompom mak aku satgi heran napa 8 rakaat laju sangat.

Selamat Berpuasa.

Nasi Goreng Flying V

Aku bujang.
Jadi, haritu masa semua family aku keluar balik kampung, dan masa tu pulak aku sengkek sangat, tak mampu makan kat luar, jadi aku buat benda ni.

Resepi: Nasi Goreng Flying V (pilih sendiri samada nak Gibson atau Sammick)
Bahan-bahan: Apa-apa aja yang ada dalam peti ais atau kabinet dapur.



Nasi putih malam semalam adalah pilihan utama. Kalau nasi putih panas, kompom tak jadi nasik goreng. Tapi sebelum goreng, gaul-gaulkanlah nasi tu dulu agar tak melekat.



Aku terjumpa hotdog dan chicken balls ni. Jadi, aku belasah jer masukkan dalam kuali.



Lepas tu, goreng sekali telur dalam kuali. Ikut style korang la nak buat macam manapun. Janji jangan telur tembelang/kemuruk sudah. Bayangkan mangga-mangga last korang nak makan, tapi termasuk telur busuk, padan muka korang langsung tak dapat makan.



Kali ni, aku tanak tipu korang macam resepi Mee Udang Bangsawan aku haritu. Hahahaha... Aku jujur kali ni ar....



Akhirnya, siaplah sudah Nasi Goreng Flying V dikelilingi oleh pick-pick guitar size jumbo. Asyik beb pekena sekali dengan Kopi Tongkat Ali.



Kesimpulan. Hampeh tak sedap langsung perasa ni. Carilah perasa lain.

p/s: Kalau dah lapar tu, apa pun aku sebat.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...