Tuesday, March 31, 2009

Shell V-Power Racing Ferrari Model



Sedangkan nak beli yang betul-betul 4 tayar buatan Malaysia aku tak mampu, inikan pula Ferrari betul!! Maka, terpaksalah aku berpuas hati dengan model keluaran Mattel ni sahaja. Hahahaha~



Aku bukanlah peminat Ferrari tulen, tetapi suka diingatkan aku ialah penggemar model diecast. Tetapi, kehadiran model-model Ferrari ni di stesyen minyak Shell membuatkan aku betul-betul tak senang duduk. Dulu, dah ada edisi macam ni, tapi ntah bagaimana aku langsung tak berminat! Tahun ni, lain macam pula rasanya.



Walaupun ia plastic model dengan skala 1:38, ia dilengkap dengan ‘touch steering function’ aku berpendapat, keluaran kali ni memang sepatutnya dimiliki ditambah buatannya lebih kemas berbanding edisi terdahulu. Aku malas bercakap panjang dan nikmatilah...

Semua maklumat ialah dari Shell Malaysia


Lightweight, simple and striking the F430 Scuderia is uncompromisingly sporty. It was unveiled by Michael Schumacher at the 2007 Frankfurt Auto Show. The Ferrari 430 Scuderia does 0 – 100 km/h in less than 3.6 seconds.


The amazing and most advanced GT car has been updated with an Evoluzione package. Its V12 engine generates 860 PS (848 hp/633 kW) at 9500 rpm which boosts the top speed to 370 km/h


The GTC is a race version of the Ferrari 360, with better performance and handling. The 90-degree V8 3586.2 cc engine has been improved in terms of consumption and power, putting out 445 horsepower (332 kW) at 8750 rpm.


Limited Edition Enzo Ferrari. 12 cylinder mid-engine berlinetta named after the company's founder, Enzo Ferrari.


F2008 - F1 Team Scuderia Ferrari Official Racing Car in 2008 season. Unveiled to the public on January 6, 2008. It features a new standard Electronic Control Unit (ECU), which is the electronic system that controls all the cars, produced by McLaren Electronic Systems. (Wikipedia)

Applicable only with Shell Helix purchases. Visit your nearest Shell station or find out more in the Helix promotion! The yellow 599 GTB Fiorano comes with sound and only applicable with Shell Helix purchases.


This beautiful car optimises Ferrari’s talent for innovation and design. The 612 Scaglietti is capable of 315 km/h (199 mph) and has a 100 km/h time of 4.3 seconds.


Innovative and technologically advanced, the Ferrari 599 GTB Fiorano sets a new benchmark of excellence. It was unveiled at the 2006 Geneva Motor Show.

Maka, dengan pembelian-pembelian ini, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Abdullah Mohamed Nor, pengusaha stesyen Minyak Shell di Mak Mandin yang sanggup melayan kerenah aku memilih kereta-kereta di atas. Maka, jumlah pembeliannya.. Adalah lebih kurang RM24 juta selepas dicampur cukai (hahahha, macam beli Ferrari betul la pulak!!! Perasannya aku!!)

Diingatkan pada pengumpul-pengumpul lain...
Walaupun di kotak terdapat 6 model, tapi sebenarnya terdapat 2 model tambahan iaitu Enzo Ferrari (Limited Edition) dan 599 GTB Fiorano yang kedua-duanya berwarna kuning.
599 GTB Fiorano - Comes with sound.
Enzo Ferrari - 2 speed model.

Dan yang pastinya bagi seorang yang dah tua macam aku, semestinya persoalan timbul.. Mengapa kalahkan budak-budak nak beli benda ni?

Jawapan aku mudah:
Minat, lawa dan nak buat display kat rumah. Hahahaha.... Vroooom~!
(dan.. tunggulah entry aku yang akan datang... Motor Valentino Rossi pulak..)

Hari Terakhir...

Bersempena dengan hari terakhir yang rasmi kami semua berada dalam unit dan bos yang sama, esok 1 April 2009 akan bermulalah hari bekerja kami di bawah bos baru masing-masing. Sedikit memeningkan, memandangkan banyak benda yang dah jadi kelam kabut dengan re-organization ni, maka...



Kami pun mengadakan kutipan dan seterusnya adalah jamuan sikit. Nak kata sikit tu tak sikitla, aku sampai mengah la jugak. Hahahahaha.
Tempatnya ialah di Pen Mutiara, tempat yang kami pernah makan dulu. Sajiannya simple, telefon dan booking. Satu kepala RM25.00, lepas tu, walk-in dan makan jer. Semudah memesan pizza. Errr.. susah sikit dari makan pizza order, sebab yang ni kena berjalan sikit ke kedai makan. hahahah...

Semoga kami semua dapat menyesuaikan diri dengan organisasi baru ni, insya-Allah...

Sunday, March 29, 2009

Memancing: Antara Cabaran Dan Persoalan



"Daripada hang susah-susah pi mengai, baik hang pi beli ikan kat market aja!"

Satu dialog klasik yang menghantui kebanyakan pemancing. Dialog yang diajukan oleh kawan-kawan, kaum keluarga dan terutamanya... Bini sendiri! (kalau dah berbini)

Benar. Kalau ikutkan daripada logik dialog, memang itulah yang termudah sekali untuk dilakukan. Start enjin kereta/motor, lepas tu pergi market dan beli ikan. Tapi lain pula pada pendapat pemancing-pemancing termasuklah aku sendiri.

Sejarah aku memancing bermula ketika aku tak masuk sekolah lagi. Masa kecik-kecik dulu, waktu ayah masih cergas, selalu jugak aku ni jadi peneman dan pengacau ayah ketika dia berkomplot memburu siakap di Sungai Perai ataupun Kuala Perai. Pernah jugak aku memandu bot enjin Yamaha-nya tu sampai berpusing-pusing kami dalam Sungai Perai, macam kereta drift buat 'donut' tu. Padahal pada waktu tu, aku 'diharamkan' memegang semua alat-alat pancingan ayah. kata ayah, aku ni kaki pelingkup. Hahahaha.

Tapi itu cerita dulu, aku mula aktif memancing selepas habis SPM. Mula-mula, curi-curi amik rod ayah dan mengail di Sungai Perai. Ayah masam mencuka bila dia dapat tahu yang aku amik barang dia tanpa kebenaran. Tapi, lesen dah dapat.. Dia mula meminjamkan aku rod Seahawk atau Fenwick dan reel Penn-nya tu kat aku. Hehehe, masa tu syok bukan kepalang, ntah beberapa kali aku curi-curi ambik reel Shimano dia untuk turun di Sungai Perai, aku pun tak ingat. (sekarang, Shimano dah jadi harta aku..)

Set memancing aku (atau kat Penang, kami akan panggil 'box' - merujuk kepada rod dan reel yang lengkap) mula dibeli selepas aku start kerja dengan duit sendiri. Semuanya sebab kecik hati ngan ayah, yang aku rasakan kedekut sungguh nak pinjamkan barang-barangnya dekat aku. Tapi selepas beberapa lama berkecimpung, aku dah mula mengenal jenama dan nilai setiap alat pancing, dan kemudian aku mengerti kenapa dulu ayah 'kedekut' sangat.

Sekarang, aku dah boleh memancing tanpa meminjam sekelumit pun barang-barang ayah aku, hatta sebiji ladung pun. Semuanya dengan duit aku sendiri, dan aku puas. Aku dapat buat sesuatu yang aku suka dengan hasil titik peluh aku sendiri. Memang berbaloi, tambah-tambah bila dapat ikan besar dan merasai sendiri pertarungan dengan ikan tersebut. Walaupun belum sampai ke tahap pemancing tegar, aku dah mula merasa nikmat memancing. Ya betul, dulu semasa mula-mula tak dapat hasil walau seekor anak gelama, memang marah. Tapi sekarang, aku sudah mampu tersenyum ataupun ketawa berdekah-dekah walaupun tak dapat seekor ikan!

Pelik tapi benar. Itulah kepuasan memancing yang aku dapat. Aku dapat asingkan diri sekejap daripada kesibukan dunia dan seterusnya, aku dapat menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT ketika berada di tengah laut. Kejadian ribut, hujan dan sebagainya sekurang-kurangnya dapat menginsafkan aku yang terleka seketika dengan kekuasaan pencipta alam yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Saturday, March 28, 2009

Cuti-Cuti Penang



Dengan kelam kabutnya, aku memulakan perjalanan hari ni ke Bayan Baru untuk menyerahkan seplastik cawan polysterene untuk kegunaan pejabat. Dan sesungguhnya, meter Kancil 660 EX standard di atas ialah benar sama sekali dan tiada teknik super impose dilakukan, dengan jayanya, tiada speed trap akan berjaya mengimbas kelajuan sebenar setelah meter tersebut berpusing dua kali. Hahahahaha....



Setelah siap tugasan pertama, teringin pulak mulut aku nak pekena Nasi Kandar Kampung Melayu. Tetapi dengan malangnya, super kancil tadi tersemput-semput pulak mendaki bukit baru Air Itam. Melalui jalan tu, terjumpa pulak dengan kereta orang miskin yang sedang dalam proses..... Nak terbakar sambil tempat tersebut telahpun dikepung oleh Pasukan Gerak Gerak Gerak Khaaaaaaaaas. Rasanya, memang lepas tu tinggal bangkai jerlah keta orang miskin tu sebab aku sampai di Air Itam lebih kurang 20 minit kemudian, dan kereta bomba baru jer keluar dari balai. jadi, total loss la kot rasanya...



Lepas makan, ntah macam mana terasa gatal kaki pulak nak mendaki Bukit Bendera. Tapi mendaki dengan kereta kabel sajalah kot. 10 tahun dah tak naik Bukit Bendera aka Penang Hill ni. Dulu, sejuknya boleh tahan, tapi sekarang... Sedikit panas. Cuma bila sesekali angin tu datang, terasa la macam angin freezer bila kita buka pintu peti ais tu.



Perasaan jakun untuk bergambar sememangnya tak dapat dielakkan kerana bukan selalu aku nak naik ke atas ni. Makin ramai pulak rasanya pelancong yang ke sini. Seperti tadi, banyak pelancong dari Jepun, Indonesia dan UK yang naik dan turun satu trip dengan aku. Jadi, sesiapa yang tak pernah naik, naiklah. Tapi sebaik-baiknya, naiklah awal-awal pagi. Pemandangannya cantik sikit. Bukan macam aku, dah dekat rembang tengah hari baru nak naik.



Dan semestinya, harini ada seseorang yang dah kena paksa dengan aku untuk amik gambar. Dan semestinya jugak dia kena tahan dengan pe'el aku untuk amik angle shot yang pelik-pelik walaupun aku menggunakan kamera cap ayam saja - Handphone Camera. Identitinya masih samar-samar buat masa sekarang. Hahahahahaha...



Jalan-jalan cari pasal makan hari ni diakhiri dengan menu diatas. Bukan selalu kan? Sebenarnya dalam Penang ni pun, banyak lagi tempat-tempat yang berstatus 'pelancongan' yang aku belum sempat terjah. Nak terjah tempat-tempat luar, fulus belum banyak, tapi aiman tak kisah... Bila ada rezeki, Insya-Allah sampai juga...

Friday, March 27, 2009

Jangan Jadi Speedrider



Kenapa jangan jadi speedrider?
  1. kalau eksiden, menyusahkan diri sendiri
  2. kalau eksiden, menyusahkan mak bapak
  3. kalau eksiden, menyusahkan orang kampung
  4. kalau eksiden, menyusahkan pengguna jalan raya!!!!
Inilah posting aku yang paling ironik sekali dengan kehidupan seharian kita.
Eksiden di traffic light maut Sungai Ara dulu tu.. Ingat tak?
Harini eksiden lagi, lepas sembahyang Jumaat, dengan begitu ironiknya sekali...

Kuda Putih terlanggar Kuda Gold....


PTT - Satu Kegilaan Baru, Tapi Dah Lama



1. Apa itu PTT?

PTT ialah singkatan daripada Push To Talk iaitu komunikasi half-duplex, termasuk radio dua hala, menggunakan punat/butang untuk menukar isyarat terima dan menghantar suara.

Pening?
Aku ringkaskan. PTT = Fungsi Walkie-Talkie.
sekiranya nak penjelasan lebih lanjut, sila ke sini.

Sistem ini sebenarnya dah lama, tetapi telah dibawa masuk oleh Maxis lebih kurang 2-3 tahun lepas ke Malaysia. Dan buat masa sekarang, PTT dikomersialkan oleh Maxis untuk pengguna telefon bimbit. Umumnya dan secara majoritinya, banyak telefon bimbit berjenama NOKIA yang berasaskan Symbian Series-40 dan Series-60 sesuai untuk tujuan ini.


2. Kelebihan/Kekurangan?
  • Ala-ala walkie talkie
  • penggemar radio amatur punya favorite
  • broadcast function
  • kadang-kadang reception tak jelas
  • menyusahkan sikit sebab half-duplex communication
  • menjimatkan sekiranya anda sayang nombor Prepaid Hotlink anda yang anda beli RM280.00 dulu tu, tapi masih nak simpan no tu walaupun tak pakai, cuma nak keep active jer no tu... Menjimatkan dari segi broadcasting
  • Bateri handphone cepat habis bila asyik ber-PTT, disebabkan ia beroperasi dalam mode 2G atau 3G sepanjang ber-PTT.


3. Kesesuaian Telefon?

Menurut laman web Maxis, jenis telefon bimbit di bawah telah disahkan halal sesuai untuk setting yang disediakan oleh Maxis:

carilah handphone yang ada PTT, terutamanya NOKIA

Sekiranya telefon bimbit anda ada aplikasi PTT, berikut ialah cara untuk aktifkan servis tersebut, dan seterusnya menggunakannya:


Image grabbed from Hotlink website


Dah dapat dan set?
Ok, tunggulah dalam sejam dua sebelum betul-betul aktif PTT tu.


Troubleshooting:

- Invalid Username and Password
SMS NEW PASSWORD to 22333 (Upon request for new password, please wait up to 15 minutes before the PTT service can be used.)

- Tak boleh bercakap
Anda cuma boleh bercakap dalam group yang anda join dan 1-to-1 person yang dalam contact list anda sahaja.

Orait, selamat ber-PTT.
Aku pun dah join the club. Hehehhee, lebur duit bonus aku....

Maklumat lanjut, sila ke web Hotlink.



Updated 30/3/2009:

Di bawah ialah yang paling kerap sekali ditanya ataupun masalah yang dihadapi oleh pengguna pertama kali PTT ni. Semuanya dari web PTT FAQ Hotlink. Aku copy and paste untuk rujukan semua. Selamat Ber-PTT, terima terimaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, roger and out!!







Thursday, March 26, 2009

Antara Stail, Nyawa Dan Sengkek



Petang tadi masa nak balik keja, dengan malangnya.. Minyak enjin moto aku bocor lagi. Macam tau-tau aja moto ni, yang gaji aku hari ni.

Takpe, lagipun dah menjadi rutin aku setiap kali gaji, tukar minyak hitam adalah acara wajib. Memandangkan perjalanan aku pergi dan balik kerja adalah dalam purata 100 KM sehari, ditambah pulak.. Full throttle bila ada peluang baik, dan semestinya kuda tua tu terpaksa membawa beban batu ladung laut dalam ni.. Maka, layaklah kuda tua aku tu mendapat layanan spa setiap bulan.

Sambil tunggu kuda tua aku siap diurut, ternampak pulak dua helmet lagenda ni - Apollo dan MS-88. Kalau perasaan, ramai mat-mat rempit termasuk minah rempit pakai. Nampak style kan?

Tapi hakikatnya ternyata salah. Selain kelulusan SIRIM yang meragukan, fikirkan lapisan span-nya yang nipis tu mampukah nak selamatkan kepala hotak korang semua yang selembut tembikai tu? (Dengan impak selaju 60KM/J)

Rasa-rasanya benda ni tak perlu penjelasan yang panjang. Cukup sekadar logik.

Teringat pulak masa zaman aku dulu, sapa-sapa yang pakai helmet ni dianggap kedekut taik idung masin. Kebanyakan mat-mat motor yang aku kenal pada zaman tu sekurang-kurangnya mengenakan helmet SGV/LTD dan yang paling top pulak, tentulah ARC.

Betul, kalau eksiden, pakai apa pun, kalau nak mati tu, mati jugak. Tapi ingatlah, kalau mati pun.. Sekurang-kurangnya kepala dan muka korang masih elok untuk untuk ditatap oleh sedara-mara korang masa korang dah jadi mayat nanti.

Berhati-hati di jalanraya. Insya-Allah selamat.

Jalan-Jalan Cuci Mata



Aku sempat pulak singgah ke kedai yang dah lama aku mencari. Zainxan Pro Fishing Center. Akhirnya hari ni, aku jumpa jugak kedai ni.



Niat aku satu jer, aku nak cari mesin Shimano. Tapi apakan daya, bila masuk jer kedai ni, semuanya Japan Made Shimano. Terkedu aku tengok harganya. Yerlah, Aku tanya Shimano Fireblood yang aku jangkakan dalam RM300-400 saja, tapi mak ai... sekali harganya RM1200+ la untuk series 4000.

Tapi dengan window shopping ni jugakla, menemukan aku dengan penemuan tak terduga; sebuah Jigging Rod Xpuyu PE-4 dengan harga RM85.00 saja. Yerlah, aku bukannya kaya sangat nak amik yang betul-betul branded. Cukupla sekadar yang boleh naikkan ikan, aku dah cukup berpuas hati.


Sekali dah berada di sini, aku terus buat trial registration untuk Persatuan Memancing Pulau Pinang (PMPP) untuk ahli biasa selama setahun. Kalau nampak macam best aktiviti PMPP setahun akan datang ni, mungkin aku tukar terus ke keahlian seumur hidup.

Aku dan Dia

Kenapa kau sanggup melakukan aku begini?
Tak kesiankah engkau padaku?
Adakah engkau sengaja nak membuatku muntah selalu?
Tapi aku sedar niatmu itu baik dan mulia...
Nampaknya, engkau terpaksa aku tinggalkan selama-lamanya...
Satu hari nanti....

Monday, March 23, 2009

Jump On The Bandwagon




Maksud Tajuk:
- to support something that is popular (referrer)
- on the popular side (of an issue); taking a popular position
- to become involved in an activity which is successful so that you can get the advantages of it yourself

Kenapa:
aku ada buat something sikit dekat blog aku ni. tunggu perubahan selanjutnya

Benda Apa Sebenarnya Ni?:
Untuk memudahkan carian dan memendekkan typing korang... Aku dah ubah URL blogspot aku ke http://www.speedrider.org

Hehehhe,
till then, rawk on!! \m/ \m/



p/s: Picture was hijacked through a search engine, of course Google. May be copyrighted.

Dual Monitor


(klik untuk gambar lebih besar)

Salam. Kali ni aku ajar tutorial paling simple untuk kita yang mempunyai lebih dari satu monitor untuk kita buat macam kedai selalu buat tu.
Aku akan buat tutorial untuk graphic card nVidia.

cara: 2 Monitor
kelebihan: lebih besar view dia. Puas untuk DVD... tapi tengok jauh sikit ler...

1. Pastikan kad tu ada 2 output cable monitor (biasanya Analog dan Digital)
2. Analog output (RGA Cable) ke sebijik monitor dan digital output (DVI Cable) ke sebijik lagi monitor
3. Tak kisahlah yang mana satu nak buat primary monitor, ikut sesedap rasa.
4. Bukak control panel nVidia ni dan pilihla sesedap rasa. Selesai
5. Untuk makluman, bukan semua player support player Dualscreen merging ni, Windows Media Player pun kantoi... Untuk kes aku, aku pakai Cyberlink Power DVD. Untuk playback software yang support Dualview ni, sila google yerk...

Sunday, March 22, 2009

Demi Masa...

Pejam celik dan kadang-kadang sampai tertidur. Aku rasakan begitu cepat sekali masa berlalu. Cepat sungguh kenangan jatuh basikal masa mula-mula belajar naik dulu dan juga kenangan kena kejar dengan Angsa sewaktu nak pergi sekolah... Tu belum lagi kenangan beca (dulu aku ke sekolah rendah naik beca) terbalik disebabkan Pak Lit (pakcik yang bawa beca tu) tak sempat seimbangkan beca yang dipenuhi oleh 6 murid sekolah rendah yang tak reti duduk diam dalam beca.

Tahun ni, aku dah semakin meningkat umur. Aku dah submit untuk sambung belajar walaupun secara separuh masa saja. Komitmen aku terhadap keluarga dah jadi makin bertambah apabila kedua-dua orang tua aku dah pencen. Sakit kepala aku sebab tak dapat nak balas lagi jasa-jasa orang tua aku.

Kahwin? Ni pun satu masalah jugak. Aku dah berkawan ngan Nurul pun dah lama. Duit simpanan tu insya-Allah, mungkin dah cukup. Tapi ada lagi masalah-masalah lain yang menyebabkan rancangan tu terbantut. Yerlah, lagi lama berkawan, lagi banyak masalah dan lagi banyak bergaduh. Baik kahwin jer, bukak buku baru, komitmen pun dah jadi lain dan sudah jadi satu cerita lain!!

Saturday, March 21, 2009

Station Cafe Big A



Kenapa namanya Big A? Tokei dia nama Ahmad ker, Ah Peng? Aku ke sini setelah menerima cabaran daripada bapak aku sendiri. Hahahah.



Aku balik jer keja, aku singgah terus ke sini. Dengan RM15.00 dalam poket, aku nekad nak singgah. Kedai ni, berkonsepkan kopitiam. Yang best, tak lain dan tak bukan... Sebab ada WiFi. Ada ker patut ayah aku kata aku datang sini ngan Nurul? Erm, hajat tu memang nak bawak dia, tapi nak buat macam mana... Merajuk sakan dia ngan aku sebab aku mungkir janji ngan dia pasal kes memancing haritu.. dan jugak kes-kes lain yang aku pun tak ingat.



Takper, aku sorang jer. Belasah!! Macam tak biasa pulak kan makan sorang-sorang kat kedai? Senarai makanan dia nampaknya lebih kurang sama dengan kopitiam-kopitiam lain. Ada Local Cuisine dan ada jugak Western Oriented Cuisine. Memandangkan ni first time aku ke sini, maka aku akan buat test dulu.. aku amik jer makanan yang murah - Fried Koey Teow berharga RM4.50. Tapi mahal pulak air dia. Iced Mocha yang aku amik ni harganya RM3.50. Kalau ada Teh Ais, memang yang tuler akan ku amik, tapi nak buat macam mana.. memang takder. Mungkin Indocafe ialah sponsor terbesar kedai ni sebab banyak gambar Indocafe kat sini, signboard dia pun ada gambar Indocafe.

Kesimpulannya, jalan-jalan cari makan kali ni memutuskan trip kali ni tak sedapppppppppp... Dan seterusnya satu SMS yang menyatakan aku dah kena 'tiaw' ngan ayah aku pun telah dihantar. Hahahahahahaha
Lain kali, aku nak test western food dia pulak.

Updated 4.16 PM:



Aku order pulak Iced Cappucino sebab terlajak duduk pulak kat sini sebab layan WiFi. Hahahah.
Untuk makluman penganggur-penganggur yang memiliki Ijazah. Anda boleh melayari GEMS untuk menjalani latihan dan seterusnya diberikan elaun. Terima kasih kepada sahabat saya, Dr Novandri Hasan Basri untuk info ni.

Okaylah, dah nak masuk waktu Asar, aku balik dulu.

Wednesday, March 11, 2009

Jamuan Perpisahan?



Memandangkan April 2009 ni akan dilaksanakan major re-alignment untuk seluruh Staff TM Pulau Pinang, unit aku telah mengadakan satu majlis ringkas dan telah menjemput semua staff dan bekas staff termasuk pesara Unit Fiber Optic Systems Zon 1 Pulau Pinang.



Semoga semua dapat bekerja dengan lebih baik dengan perubahan organisasi yang terbaru ni. Jadi, dengan nasib aku pun tak tahu nak ditendang ke mana lagi, yang penting... Makan dulu...

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...