Sunday, May 24, 2009

Enjoy Tak Hengat Masa Depan

Aku taktau la nanti bakal mak mertua aku dan bakal bini aku akan pikir apa dengan hobi aku neh. Belasah jer lah kan?
Hasil terjahan bulan 5, 2009.

________________________________________________________

White Lion - Concert Anthology (DVD)



Kualiti gambar lebih kurang. Paling aku benci, bila part When the Children Cry, dia nyanyi lebih kurang jer!!! Intro guitar pun dipendekkan. Potong stim betul!!!

________________________________________________________

Loudness - Thanks 25th Anniversary, Live At International Forum 20061125 (DVD)



Aku tak tengok abis lagi. Sempat tengok setengah jer. Persembahan agak statik. Akira Takasaki dengan Killer berlampu lip-lap anak maminya tu jer yang agresif.

________________________________________________________

Iron Maiden - Live at Castle Donnigton, 1992 (DVD)




Aku tengok 2 kali berturut-turut. Aku rasa macam aku pun ada sekali kat konsert tu walaupun aku bukan die-hard Iron Maiden. Membariskan lagu-lagu killer dari Iron Maiden, terutamanya pada part encore. Paling berbaloi untuk disimpan dan ditengok.
Argh!! Up The Irons!!!!

________________________________________________________

Green Day 21st Century Breakdown (CD)



Akhirnya, dapat jugak versi ni. Perdebatan dan perbincangan hangat antara aku dan Saudagar Mimpi tentang isi dan arrangement muziknya. Tapi yang paling aku tak puas hati, Saudagar Mimpi dapat version yang dapat free T-Shirt!!! Argh!!! Takbley jadi, aku dah ugut tokey kedai tu untuk cari t-shirt tu sampai dapat untuk aku, atau kalau tak, dia kena bagi dan cari sampai dapat poster-poster yang aku nak sampai dapat!!! Ataupun aku bakar kedai dia nanti...

Mengetengahkan konsep yang hampir sama dengan American Idiot, album ni berat dengan mesej peperangan dan kepincangan sistem di mana lagi, Amerika la. Berbeza sikit dengan American Idiot, aku kena dengar 2-3 kali untuk pilih lagu apa yang best. Nak cintan-cintan seperti Dookie dan Nimrod, kirim salam awal-awal la dengan album ni. Tapi, apa boleh buat. Aku tetap suka dengan album ni. Kualiti rakaman nampak meningkat dari zaman Nimrod. Bunyi memang superb.





Untuk album kali ni, lagu pilihan aku:
  1. Peacemaker
  2. 21 Guns
  3. Viva La Gloria
Dan semestinya, lagu pilihan akan semakin meningkat bila hari-hari aku dengar CD ni.
Dan semestinya, Billboad pun dah meletup dengan kehadiran album ni. info

TNB - Tolong Jawab



Aku nak mintak pendapat dan pengalaman korang semua dalam kes aku ni.
Terbakar pulak hari Jumaat haritu.

Kepada TNB:
  1. Apa solution yang boleh diberikan kalau kebakaran ni menyebabkan total destruction kepada rumah saya.
  2. Socket Connector adalah dari TNB dan belum melalui fuse.
  3. Sambungan adalah seperti terdapat di rumah teres.

Kepada Legal Advisor:
  1. Tindakan apa yang boleh saya ambil terhadap TNB untuk claim kesan kebakaran tersebut?

Kepada Pemilik Rumah:
  1. Pernah ke terjadi kat korang benda ni?
  2. Kalau benda ni jadi kalau korang takder, boleh ker fikirkan apa kesannya?

Hrm.. Nasib baik socket tu terbakar waktu kami semua ada kat rumah. Bayangkan kalau terbakar kat rumah papan.

TNB, sila lakukan sesuatu. Saya bercakap soal NYAWA.

Wednesday, May 20, 2009

Tapau Menapau



Hari ni, adalah hari pertama aku join majlis jamuan perpisahan unit yang aku baru join ni. Ramai jugak yang hadir, dalam 40 orang. Aku memang segan nak duduk depan-depan ni. Jadi aku pun duduk belakang-belakang la. Maka, reputasi aku sebagai backbenchers memang belum tercalar sejak zaman sekolah rendah lagi.



Reputasi sebagai backbenchers dan orang yang paling awal makan... Masih maintain. Sementara si Lan sibuk buat public speaking kat depan, aku ngan otai-otai lama dah siap pegang pinggan kat belakang. Ape punya turrr la si Lan ni bagi ucapan sebijik ikut skrip. Har har harrrr.... Aku pun tatau la apa yang Lan ngan bos-bos lain dok menyanyi rap kat depan tu, sebab aku dah sibuk nak belasah orang kat belakang.



Maka selepas tu, sessi membelasah beramai-ramai pun berlaku. Sunyi sepi satu bangunan sebab sedang sibuk membelasah tak hengat dunia.



Maaf; perhatian ibu bapa adalah digalakkan untuk imej di atas. Itulah perasaannya bila perut dah mengeluarkan bunyi keroncong. Harap Maaf, siaran terganggu sebentar untuk memulihkan imej di skrin monitor anda.



Akhirnya usaha Lan menyanyi rap ikut skrip tadi membuahkan hasil. Dia telah memenangi hadiah utama iaitu 'menapau untuk makan malam' tajaan Makcik Salbiah & Co.

Sekian laporan hari ini.

Sunday, May 17, 2009

Blues Takde Duit

Salah satu projek aku yang lama terbengkalai akhirnya berjalan jua. Dah terperap lama dah projek ni. Dan aku tak pasti samada benda-benda yang aku simpan masih ada ataupun dah hilang. Kalau hilang boleh diterima lagi, tapi kalau terjumpa dalam keadaan renyuk, memang amat meremukkan hati aku.



Akhirnya, dua poster ni selamat dibingkaikan. Seperti biasa, menggunakan bingkai yang paling cap ayam di kedai frame. Apa lagi kalau bukan 'frame kotak' - nama yang digunakan oleh pembuat frame untuk refer kepada jenis frame yang tak berbingkai ni. Dua lagenda rock Malaysia yang sememangnya aku minat. Buat masa ni, takder tempat nak display sebab 'workstation' merangkap bilik komputer aku kat rumah masih dalam keadaan tak kemas lagi. Jadi, letak tepi dulu.



Tempat letak tu sekadar nak test saja la... Tak tau lagi nak letak mana. Limited edition Poster Calendar Sayap-Sayap Wings. Skeptikal tentang tahun 2009? Aku tak kisah... Aku ada, korang takder.. Hahahahahaha, selamat dah dalam frame.



Satu lagi valueble piece yang aku ada. Dan berkemungkinan besar akan mengundang kemarahan para guitarist. Pick/Spektrum guitar yang aku bingkaikan!! Aku ada 10 keping, 1 aku amik pakai, 9 aku sumbat masuk dalam frame berbaldu ni. Dah nampak macam anugerah platinum pulak... Maaf yerk kawan-kawan. Aku tau korang mungkin akan marah dengan ayat yang macam ni - "Satu penghinaan besar kepada pemuzik bila benda tu dalam almari, boleh pecah kepala ketar tangan tau!!" - ni ayat Zan Bassist (muakakakak aku ingat lagi ayat ko Zan). Tapi maaflah, pick ni special sangat kat aku sebab ni pick Edrie Hashim sempena pembukaan web Neo Gendang. jadi, tak salah aku kasi frame terus...

Skeptikal yang lagi satu. Naperlah aku buat semua ni dan menghabiskan duit aku? Erm... minat satu hal. Dan, kalau ada rezeki time aku nak pencen nanti, bolehlah kalau aku ada rezeki... Bukak pusat jamming yang ada surau. Masuk waktu solat jer aku off karan suruh semua pi semayang!!!

Saturday, May 16, 2009

XPDC - RASOPARISO


(layan jer, dari Life Records aku amik artkel ni dan gambar)
Komen aku: XPDC, perkataan REUNION korang tu, sama macam kat blog aku punya watermark la... cari la font lain.. Nanti orang kata aku tiru font lu pulak... Har Har Harr. Nantilah, kluar album, aku bagi review personal pulak...

-------------------------------------------


Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu.....bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik 'Heavy Metal' Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula...BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat 'brutal' mereka.

IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama...inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60's / A go-go. Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.
“RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.

Antara lagu-lagu yang bakal berada di dalam album terbaru ini pula ialah:
-Rasopariso (reggae rock)
-Aku Tetap Aku (ballad)
-Aku Yang Hilang (moderate)
-Apalagi Nak Di Kenang (A go-go)
-NtahyeNtahtidak (Moderate)
-Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)
-Rasa (ballad)
-Sampai Bila (Heavy Metal)
-Puing Cinta (60's)
-Negatif (Heavy Metal)
-Curahan Rasa (moderate ballad)
-Menentang Arus (moderate ballad)

“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

Album RASOPARISO yang diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri dijangkakan untuk menjengah pasarannya sekitar bulan Jun/ Julai 2009. Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Dijangkakan juga mereka akan membuat sebuah persembahan istimewa di atas gabungan semula dan penerbitan album terbaru ini.

Thursday, May 14, 2009

Hari Paling Berfaedah

Takder apa cerita menarik dua tiga hari ni. Tapi rasa macam nak nyanyi la pulak.

Gerak Gerak Gerak Khasss!!!


Wednesday, May 13, 2009

Hari Ni Hari Apa?

Aku pikir, hari ni hari apa?
Aku sekadar tulis.
Aku masih hidup walaupun duit aku tinggal RM15.40 dalam poket.
Aku rasa, stok Megi aku berlambak lagi kat rumah.


Ya, hari ni adalah hari ulangtahun ke-40 tarikh hari ni.
Aku harap keamanan ini akan kekal.

Amin.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...