Thursday, July 18, 2024

Pra-Dengar Mini Album Langsuir: Engkar

Gambar: Kadir Chan

Pada 14 Julai 2024 yang lepas, dengan satu keputusan luar jangka yang isteri sendiri tak sempat hadam apa benda yang aku nak buat, aku dah sampai ke Garage Space Ampang dengan menaiki ETS pada pagi tersebut. Tujuan aku ke sini cumalah untuk menghadiri sesi Pra-Dengar Mini Album Langsuir; Engkar.



Gambar: Kadir Chan

Sebenarnya kehadiran kali ini lebih kepada 'menebus' ketidakhadiran aku pada sesi Pre-Listening album Dirgha Belasungkawa pada tahun 2019. Cuma pada sesi kali ini, sesi ini dilihat agak 'panas' dengan isu pengunduran tunjang Langsuir; Azlanthor.

Pengumuman pengunduran Azlanthor, Sakka Euronous dan AP Filthgrind dibuat betul-betul beberapa hari sebelum sesi Pre-Listening ini. Sekaligus, menimbulkan cakap-cakap kenapa pengumuman pengunduran dibuat lambat dan sebelum sesi Pre-Listening berlangsung? Seperti biasa, yang melontarkan soalan ni tak datang pun. Sekadar memanaskan ruang komen Facebook.



Selaku Melayu berkiblatkan masa orang Jepun yang sampai awal di venue, aku sempat melontarkan soalan nakal pada Mirlanast dan Bentara, adakah Azlanthor akan hadir juga?

Memetik tulisan Bentara, "Azlanthor adalah sebenarnya identiti Langsuir." (6 Julai 2023) sedikit merisaukan aku dengan hala tuju Langsuir selepas pengumuman pengunduran dibuat. Tetapi sebagai pemerhati luaran yang tidak punya hak ke atas kugiran, aku cuma boleh berharap supaya semuanya baik-baik sahaja. Dan ketika sesi Pre-Listening berlangsung, kejutan berlaku dengan kehadiran Azlanthor, Sakka Euronous dan AP Filthgrind! 




Kehadiran Burning Twilight yang diumumkan akan mengisi tampat AP Filthgrind menjadikan sesi hari ini juga sebagai hari 'reunion' album Dirgha Belasungkawa. Ah lupa cakap, gambar selfie dengan team Dirgha Belasungkawa ni aku ja yang ambil haritu sebab ramai tak perasan Dr Cinot nak ambil gambar group ni.

Kehadiran mereka sedikit memberi harapan supaya apa-apa yang berlaku di dalam band cumalah hal kecil sahaja dan tidak perlu berlarutan.


Line-up baru untuk mini album 'F' yang diumumkan adalah Burning Twilight (kembali semula), Bloodhym (IEON, Tasyim, ex-IV V I IV) dan Faiz (Rehearse, Blood Revenge). Sesi ini juga Bentara menerangkan secara ringkas bagaimanan Faiz dan Ad dipilih untuk menganggotai Langsuir.

Kemungkinan sesi ni membuatkan mamat metal paling true dalam dunia akan nampak kekok dan canggung. Ya lah, sessi ni macam sidang media sebenarnya dan nampak 'tak underground' dan 'tak metal'. Tapi dari segi promosi dan hubungan dengan penyokong band, sesi ni amat baik.

Habis tu hangpa ingat aku saja-saja turun dari Penang nak join sesi ni? Sebab aku nak dengar dari mulut Bentara sendiri apa yang jadi dengan band dan album. Seperti mana kata Bentara dalam sesi tersebut "Langsuir ni bermasalah sejak dulu".

Logo yang ditonjolkan di FB Page langsuir juga diperkenalkan secara rasmi di sesi ini. Ada satu soalan dilontarkan, adakah logo ini dibuat supaya dapat disesuaikan dengan profile Langsuir terbaru (line up mini album 'F')?. Jawapan Bentara yang sedikit pendek dalam sesi ini telah dijawab kemudian di FB Page Langsuir beberapa hari kemudian siap dari Lakaran #1 oleh Bentara.

Untung menghadiri sesi ini, aku dapat satu lagi cerita pasal Logo ni dan untuk story ini, biarlah aku saja yang tahu sebab off record dari sesi Pra-Dengar. Begitu juga dengan sesi Pra-Dengar yang aku segan nak tanya open, aku tanya 'PM Tepi' ja lepas tu off record. Senang cerita!


Sayang sekali, kalau ada band lain yang hadir, sebenarnya boleh saja 'crosspost session' untuk promote band masing-masing. Tapi mungkin disebabkan sesi Pra-Dengar ini dilihat tak metal/tak true/tak underground (sekadar anggapan nakal), tak ramai kawan-kawan band lain yang hadir. Aku cuma sempat jumpa Hafiz (Tebabo/Nrocinu), Alhamdulillah dapat pick Tebabo (nasib baik dah beli EP Tebabo. Hahahaha).



Gambar: Kadir Chan

Dah datang jauh ni, aku dah ready kewangan sikit untuk beli merchandise dan memang plan untuk sign apa yang patut. Pick ni aku paksa band members sign. Ya, ni line up Engkar yang sign. Langsung mereka tak Engkar untuk sign. Hahahha. Bonus sekali bila Burning Twilight ada, aku bawa juga merchandise Dirgha Belasungkawa yang kekurangan sign Burning Twilight dan ada dua tiga benda aku minta line-up Dirgha Belasungkawa sign juga. Sesi ni dah jadi sesi Engkar dan Dirgha Belasungkawa!


Apa pun, aku rasa puas hati kali ni dapat hadir dan dapat jumpa kawan-kawan FB yang kali pertama aku jumpa juga. Aku sempat la bagi sticker Mamu Vinyl pada kawan-kawan yang sempat jumpa.

Harapnya nanti kalau ada sessi macam ni, dapatla aku join lagi dan jumpa kawan-kawan juga.

Penutup nukilan aku ini adalah luahan Bentara di facebook beliau sejurus pengumuman pengunduran ahli Langsuir, tetapi dengan perkongsian post Wormrot yang turut mengumumkan pengunduran ahlinya;

"Dua pilihan:

1. Kuburkan band
2. Teruskan band

Pilihan adalah jelas."

Jelaslah, kita sebagai peminat/pendengar/kawan tiada pilihan lain selain mereka sendiri yang membuat keputusan.

Wednesday, July 10, 2024

Menuju ke Krua Tangke, Satun

Hari pertama perjalanan aku ke Thailand adalah pada Jumaat, 5 Julai 2024. Pertama kali melalui sempadan Wang Kelian-Wang Prachan dan rezeki aku, waktu aku nak daftar immigresen, tak ada siapa pun! (Ada la seorang dua sebelum aku)


Tempat pertama aku singgah adalah di monumen Satun Geopark Gateway ni. Semata-mata untuk bergambar kenangan. Budak-budak la yang seronok (mak budak juga).


Kemudian kami terus menghala ke restoran Krua Tangke; sebuah kedai seafood yang meniti di bibir Rakyat Malaysia (senang cerita dalam list viral la). Detail seperti di bawah:

Kruang Tangke Halal Food
Tanyangpo, Mueang Satun

Tomyam Seafood (Isi Ikan 2, Kepah, Udang)
Telur Dadar (Isi Ketam, Enoki)
Ikan masak masam manis (2 ketul)
Daging Bakar (8 cucuk)
Air 3 orang (Oren/Sirap/Teh O)

THB 730 ≈ RM94.00


Tekak aku cuma boleh letak 2.5/5, setakat boleh makan saja. Tomyam dia lain sedikit dari kebiasaan kita makan di Malaysia dan aku tak biasa makan Tomyam yang ada isi ikan ketul dalamnya. Jadi, agak 'kejutan budaya' di situ.

Kedai ni di tepi laut. Kalau nak santai-santai dan ambil gambar memang tempat dia la. Boleh la nak datang sini, macam biasalah, tekak aku tak sama orang lain. Mungkin orang lain tekaknya rasa sedap. Jadi, datang dan cuba sendirilah.

Mua Ko Pethra National Park

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan/Pengalaman


Ni antara pepatah yang selalu aku dengar. Bila dah tua sikit ni barulah nampak apa maksud sebenarnya. Tempat aku menginap di Pak Bara, Satun ni aku nampak ada persisiran pantai yang lurus dan cantik dari balkoni hotel. Aku buat keputusan nak berjalan pagi esoknya. 


Di Siam ni, waktu sini lewat sejam dari Malaysia. Aku keluar berjalan pada pukul 6.30 pagi (7.30 pagi Malaysia) dan cuaca dah cerah dah pun. Tapi orang Siam layan 6.30 pagi ni macam kita layan kat Malaysia iaitu tidur.

Banyak benda random yang aku jumpa sepanjang perjalanan dan akhirnya jumpa benda yang tak disangka dan takda dalam perancangan.

Aku ingatkan besi palang jalan sebelah hotel ni apabenda, rupanya ada Taman Negara betul-betul belakang hotel aku ni ha! Nama dia Mu Ko Pethra National Park.

Selaku warga asing di bumi Siam, aku dikenakan cas 100 Bath bersamaan lebih kurang RM12± macam tu. Aku gamble ja bayar masuk dan jalan nak explore.


Rupanya National Park ni dia buat jalan buatan mengelilingi batu-batuan yang terhasil dari hakisan laut. Memang cantik betul batu-batu dekat area ni. Hasil bacaan di beberapa papan info, ada beberapa fosil turut ditemui di sini. Aku agak tabik dengan kesungguhan Thailand boleh buat laluan batu ni sepanjang jalan. Memang cantik dan berbaloi bayar 100 Baht walaupun jalan kaki!

Aku share gambar selebihnya di National Park tersebut:

Saturday, April 20, 2024

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya saiz rasaksa tiada waktu ini. Diskriminasi saiz atau kilang tak cukup kain untuk buat saiz besar. Terasa ralat tak dapat support kawan-kawan yang tengah push jenama ni untuk naik.

Masa berlalu saban tahun, masih tiada saiz, sampailah musim raya 2024, ada promo last minute seminggu sebelum raya, Hombre keluarkan Kurta lengan pendek. Berkaca mata melihat saiz 5XL ada. Maksudnya dah ada saiz kali ni. Rupanya sales underground dah berjalan sebelum di war-warkan untuk test kocakan air di permukaan. Aku PM sang promoter/founder? (aku samar-samar sebenarnya ni company siapa) dan keluarlah saiz chart. Aku disuruh ambil 3XL sebab katanya saiz ni besar betul. Ok lah aku ikut. Sekali Ninja van lambat sampai, baju ni raya ke-3 baru sampai..... Sekali test masya-Allah... 3XL ni rupanya Slim Fit! Aku tengok cermin, Masya-Allah tak lalu nya.... 🤣

Lalu aku PM web tanya boleh tukar tak, aku minta nak saiz paling besar (up 2 saiz) dan Alhamdulillah akhirnya ada la sikit-sikit macam Tailor Cut punya saiz. Lain kali pengajarannya takleh tanya geng yang pakai Slim Fit untuk saiz kita. 🤣

Akhirnya, dapatla peluang beli dari Fdaus Ahmad , bolehla potong senarai list support member yang tertunggak sejak 2018. 😝

Friday, January 12, 2024

Batu Nisan Ayah

Ayah, harini Pengerusi Masjid Jamek Perai bagi can tunggu Mus pi letak sendiri batu nisan. Betul la ayah kata dulu, berat betoi batu nisan ni. Nasib baik jenis moden ni dah ada tapak. Kalau tenggelam tak payah jack dah macam ayah buat kat kubur Wan kat Balai Pukat.

Aku tanya Abang Suhairi (Pengerusi), takpa ka letak awal batu nisan sebab biasanya orang tunggu sebulan lebih (biar tanah padat habis), katanya batu nisan sekarang jenis tapak ni dah ok. Dan kubur ni ada orang jaga. Jadi tak perlu fikir bab batu tenggelam.

Friday, January 5, 2024

Universiti Hidupku, Ayah Dalam Kenangan


Belasungkawa
Abu Bakar Bin Ahmad
18/10/1950 - 2/1/2024 
(73 Tahun 2 Bulan, 16 hari)

Ayah yang aku kenal mungkin bukan seperti yang orang lain kenal. Orang lain rata-rata mengenali ayah sebagai orang yang peramah, happy go lucky dan kuat menyakat. Tetapi tidak pada aku. Aku coretkan entry ini sebagai kenangan.




Ayah di mata aku ada 3 peringkat; budak-budak, remaja dan dewasa.

Ketika budak, aku jarang berada dengan ayah kerana aku menetap bersama Mak Leha (kakak ayah aku) sejak kecil sehingga Darjah 4. Di peringkat umur ni, ayah sangat garang. Boleh katakan aku memang takut betul nak cakap dengan ayah. Kalau tak cakap pun takpa. Garangnya ayah ni memang aku taktau nak cakap. Kalau dekat facebook ni cerita bab talipinggang ni rasanya memang zaman ayah aku. Dah sepesen rasanya geng ayah-ayah zaman 80-an ni dengan talipinggang. Nak jadi cerita zaman ni jugalah aku pun buas taktau nak cakap. Jari dah termasuk dalam cigarette coil dalam kereta Honda Civic Kodok tu dah merah jari terbakar, masuk dalam rumah kena pulak dengan ayah. Ha, ni la zaman budak-budak aku dengan ayah. Rasanya anak-anak aku beruntung sangat tak pernah rasa talipinggang aku hinggap kat badan diaorang ni.


Ketika Remaja, antara umur 13 hingga 25 tahun aku rasa adalah fasa aku paling jauh dengan ayah. Aku dimasukkan ke asrama Penang Free School pada umur 13 tahun hingga 17 tahun. Zaman ni adalah zaman terputus hubungan dengan keluarga. Aku rasa kebanyakan yang pernah tinggal di asrama/boarding school akan faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Habis SPM bermula zaman nak pegang duit sendiri dan kemudian sambung ke peringkat sijil/diploma. Waktu ni bila difikirkan adalah waktu yang paling kurang komunikasi aku dengan ayah.

Ketika menginjak dewasa iaitu 25 tahun ke atas. Aku perasan ayah macam orang lain dengan aku. Sembangnya macam sembang dengan kawan-kawan. Jadi ada banyak benda yang aku start belajar dengan ayah pada peringkat ni. Ayah pula bila mengajar bukan seperti yang orang lain sangkakan. Contohnya kalau nak gergaji kayu, mesti orang sangka akan diajar macam mana nak pegang kayu dan gergaji, kemudian macam mana nak gergaji kan? 

Ayah tak macam tu. Dibaginya aku gergaji dan dia suruh potong kayu. Itulah yang dia ajar! Maksudnya memang aku akan buat salah! Sampai tahap naik atas bumbung pun macam tu, naik dulu pikir kemudian!. Maksudnya aku memang akan buat salah dalam semua benda sampai aku belajar sendiri dari apa yang aku salah tu. Pelajaran ini sampailah ke akhir hayatnya di mana aku kena cari sendiri AJK Masjid yang akan urus kematiannya jika berlaku. Sedangkan AJK Masjid tu semua ayah aku kenal. Tapi tak semudah aku minta terus no telefon AJK tu dekat dia. Aku kena cari sendiri! Kalau kau rasa mencabar hidup kau, kau belum rasa jadi aku. Hahahah. (Aku berada di luar kariah Perai dah lebih 20 tahun sejak tahun 2001, 10 tahun Sungai Puyu dan selebihnya di Pajak Song)


Ayah memang seorang yang suka menaip. Banyak jawatan setiausaha dia pegang sejak dari UMNO sebagai setiausaha cawangan sampailah ke Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian Bagan. Aku ingat lagi dari zaman typewriter, ayah akan menaip dekat meja makan sampai tengah malam. Bunyi typewriter dan loceng enter ke next paragraph tu macam terngiang-ngiang lagi bunyinya di telinga aku.

Masuk ke era desktop computer, ayah banyak bertanya dengan aku. Sehingga umurnya di penghujung, aku memang boleh katakan ayah adalah seorang yang sangat tech-savvy. Spesifikasi PC ayah aku lebih high-end dari aku. Kalau dalam keadaan semasa, mid-range to high end. Aku banyak kali cakap kenapa nak buat PC power-power, bukan main game pun. Jawapan aku dapat memang TKO; "duit aku suka hati akula, hang pi beli sudahla." Hahaha adoila ayah...


Kalau perasan, semua gambar dalam entry ni aku tak pernah letak di FB kan? Ni satu lagi perangai ayah. Dia tak suka sebenarnya bila aku letak gambar-gambar dia atau aku up post entry personal. Susah sebenarnya nak bergambar dengan ayah. Kalau nak dapat gambar yang proper pun mungkin gambar masa raya, family portrait. Dan bila aku tengok balik, kebanyakan gambar aku dengan ayah adalah gambar tangkap curi. Sebab apa? Sebab takut ayah marah.





Semua ni macam jadi kelam kabut seketika bermula 24 Oktober 2023. Hari ni mama call aku kata ayah tak sihat. Aku balik dan tengok dia terbaring dekat sofa. Mama kata ayah penat (athma). Nampak gambar aku guna stethoscope tu? Sebab ayah adalah pesara Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant aka MA @ Dressar) jadi benda-benda ni memang ada dekat rumah. Gambar ni saja aku suruh mama aku ambikkan habuan nak menyakat dengan ayah. Bukan apa, degil taknak ke hospital ja sampai aku kena buat semua ni nak yakinkan dia ke hospital. Nampak kan dia guna mask oksigen tu? Sebab waktu aku sampai, aku check oximeter reading ayah cuma 87%. Orang lain reading 90% pun dah kelam kabut (post covid), ayah aku reading 87% pun selamba lagi. Bila aku berleter, selamba dia ambik oksigen hisap, lepas tu tunjuk reading improve naik ke 97%. Kau rasa senang nak minta MA pencen ni ke hospital? Memang sampai kena playing doctor untuk ayah akhirnya setuju ikut aku ke hospital. Di observation ward, didapati level creatinine ayah dah memang sangat tinggi dan mereka terus buat dialisis segera (emergency) melalui femoral catheter. Ini satu hal lain, sebenarnya ayah dah dinasihatkan untuk buat dialisis lama dah, tapi dia memang hold dan belum proceed.


Bermulalah rutin aku teman ayah dan mama untuk follow up di hospital selepas ayah warded haritu. Yang mana major-major memang aku bawakan. Ada juga sehari-dua yang dia drive sendiri tak bagitau dekat aku tarikh appointment dia. Itulah ayah.


Pada 21 Disember 2023, hari ni adalah hari follow up ayah yang paling lama. Hal ni adalah kerana ayah dipakaikan Catether di leher untuk menjalani dialisis segera di hospital selama 3 jam. Aku yang asalnya bos dah bagi approval untuk bekerja secara remote, terus ambil cuti sebab terlalu lama. Ayah yang frust dengan komen doktor yang berkata "kenapa tak pantang ambil makanan?" (Sedangkan dia dah berpantang makan bubur nasi ja sebulan dan dah turut berat badan dari 78 ke 68 kilogram) terus ajak aku pergi makan nasi daging merah dekat kedai favourite dia. Katanya dekat aku, "dah habis pantang sampai kurus kering macam ni pun doktor kata aku tak pantang, baik aku makan!"

25 Disember 2023 - Hari pertama ayah di pusat dialisis. Meneruskan kedegilan, ayah drive sendiri ke pusat dialisis ni dan aku yang tengah MC sakit pinggang rasa tak sedap hati, lalu singgah jenguk. Waktu aku ambil gambar ni, ayah menggeletar teruk. Lebih teruk dari tengok orang menggigil demam. Waktu ni cycle dah nak habis. Nasib baik aku datang, bawa ayah rilek sat dekat kedai sebelah cari kopi panas, kemudian aku bawa balik ayah dan mama ke rumah. Kereta aku tinggalkan dan kemudian aku Grab semula untuk ambik.

28 Disember 2023 - Hari Khamis, kali kedua ayah dialisis. Aku bawa ayah sebab selepas dialisis pertama, ayah mengadu sakit pinggang dan agak tak larat nak berjalan.

30 Disember 2023 - Hari Sabtu. Kali ketiga ayah dialisis. Harini keadaan agak teruk. Ayah bedridden dan aku kena bawa ke dialisis center dengan menggunakan wheelchair. Balik rumah, ayah memang letih dan tak larat. Sini aku rasa sayu sangat bila ayah tanya aku kenapa keadaan dia jadi makin teruk. Aku takda jawapan dekat sini. Pengalaman aku ke atas arwah ayah Che Abu dan Mak Leha, keadaan sebegini sepatutnya di awal cycle dialisis saja sebelum body adapt.

31 Disember 2023 - Hari Ahad. Mama call untuk tengok ayah. Aku balik awal pagi dan tengok keadaan ayah tak berapa baik. Aku belikan ayah katil hospital (duit ayah la) sebab ayah asyik tidur atas sofa. Ayah sempat lagi melawak dia guna katil ni tak lama. Harini aku ke rumah dua kali, awal pagi sampai pukul 4. Balik rumah bawak anak (Izzara) ke klinik di Sungai Petani dan kembali jenguk ayah selepas maghrib.


1 Januari 2024 - Isnin. Mama call seawal subuh maklumkan ayah tak berapa baik. Aku sampai di rumah selepas Subuh dan dapati keadaan ayah sangat uzur. Aku putuskan untuk bawa ayah ke hospital. Memandangkan aku tak dapat angkat ayah ke atas wheelchair, aku mohon bantuan ambulans untuk bawa ayah ke hospital.

2 Januari 2024 - Selasa. Aku putuskan untuk masuk ke pejabat dulu sebab mama jaga ayah di hospital. Tetapi baru setengah jalan, mama call maklumkan ayah dah bertukar wad tapi kena intubate (masukkan hose ke trakea). Aku tak sedap hati, terus maklumkan bos aku terpaksa ambil cuti dan terus ke hospital. Sampai di hospital, aku tak dibenarkan masuk sebab wad ayah ni adalah Mini ICU. Jadi cuma mama saja yang ada di atas untuk jaga ayah. Aku minta ehsan pengawal untuk masuk serahkan bihun pada mama ja untuk dia makan nanti.

9.30 pagi, mama baru nak jamah bihun, nurse keluar wad dan panggil mama. Aku masuk ikut sekali. Tengok-tengok doktor tengah lakukan CPR pada ayah. Hampir 20 minit, kemudian doktor kembali pada kami berdua dan maklumkan berjaya revive jantung ayah. Doktor maklumkan yang jantung ayah mungkin akan terhenti lagi sebab terlalu lemah dan mereka akan lakukan prosedur CPR yang sama. Elok habis dia maklumkan, nurse berlari panggil doktor dan dia lakukan CPR kembali. Kemudian nurse panggil aku dan mama untuk ajar ayah mengucap. Terasa sedikit gelap dunia apabila nurse cakap begitu tapi aku cuba juga ajar ayah mengucap. Ayah nampak takda respon tapi kalimah syahadah sentiasa diajar di telinga ayah. "La ila haillallah" 

Nurse merapati aku; "Encik, 9.54".
Mama tak faham lagi waktu tu. Aku terus ucap "innalillahiwainna ilaihirojiun" dan kucup dahi ayah sepuas hati aku. Adik dan kakak tiba selepas itu.



Aku uruskan ayah di Forensic/Mortuary dan tak sempat mandikan ayah dari mula. Tapi sempat di peringkat akhir mandi jenazah iaitu jiruskan air kiri dan kanan anggota badan, keringkan dan kapankan ayah. Sebelum kapan ditutup, aku sayang cium ayah puas-puas. Aku tak berani nak sayang masa ayah hidup sebab ayah garang. Ada can nak sayang pun cuma cium tangan waktu hari raya. Aku tahu ayah dah takda tapi aku tetap sebut waktu cium ayah, terima kasih jaga dan bela aku selama ni.

Menunggu van jenazah hadir untuk bawa ayah ke rumah, aku nampak staf hospital menunggu di ruang legar. Mereka semua junior ayah, aku ambil kesempatan itu untuk memohon maaf bagi pihak ayah.



Selepas Asar di Masjid Jamek Perai, aku solatkan ayah. Allah mudahkan, biasanya aku lupa di takbir ke empat doa pendek tu. Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan untuk aku ingat di saat-saat akhir. Biasanya juga lepas solat, orang pass ke imam untuk baca doa selepas doa jenazah. Tapi ayah, Mus tak pass kat imam. Mus baca sendiri doa lepas solat jenazah tu walaupun ringkas saja. Muhammad Qayyum ada sekali di belakang ayah, Mus ajar siap-siap.


Tahun 1985: Ayah 35 tahun dan aku 2 tahun. Yang peliknya aku masih ingat moment ni sampai sekarang. Macam mana ayah suruh aku buat peace tu seperti mana aku buat masa aku bergambar dengan abang Padin. Lokasi ni di rumah lama tokwan di Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh.

Ayah selalu sebut dia akan pergi dulu dalam hari raya 2-3 tahun kebelakangan ni. Dan dengan aku, paling kerap disebutnya adalah umurnya sekarang adalah bonus dari Allah kerana ramai kawan-kawannya telahpun tiada. Terasa cepat sungguh kejadian ni sebab aku masih terasa ayah berjalan dan lepak makan sekali sebelum tiba-tiba jatuh sakit dan bedridden. Terlalu cepat.

Semoga semua dosa ayah diampunkan Allah dan semoga ayah ditempatkan di sisi orang-orang beriman di syurga.

Lost but not forgotten.
Allahummagfirlahu warhamhu wa'afihi wagfu'anhu
Innalillahiwainna ilaihirojiun.

Selamat jalan ayah. Terima kasih untuk segalanya.
Mus sayang ayah.

Monday, January 1, 2024

1st Anniversary Tanpa Vape

Pernah berhenti merokok pada 2011. Dapat la bertahan dalam 3 tahun lepastu lebuh. Puncanya bila breakdown straight sampai 2-3 hari tak balik rumah dan ada di site dengan geng-geng yang merokok. Terjebak kembali selepas 3 tahun dan terasa susah nak berhenti. Kemudian kenal vape dan berkawan dengan Ryu Rain dan Punk (saja takmau tag) dengan niat nak berhenti rokok tembakau. Aku berjaya switch ke 100% vape selama beberapa tahun dan akhirnya dengan kehadiran Nur Izzara, aku bertekad nak stop terus. Aku sendiri pilih tarikh 1 Januari 2023 nak stop dan aku tak bagitau siapa pun termasuk isteri niat aku nak stop. Aku cuma maklumkan bila ditanya.

Harini Alhamdulillah cukup 365 hari aku dah tak hisap vape dan rokok jauh sekali la. Aku memang kena ucapkan terima kasih pada wife sebab bagi semangat untuk berhenti.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...