Saturday, December 15, 2007
Sessi Lawatan Banjir Di Pahang
Sunday, December 9, 2007
Annual Dinner 2007
Punyalah ramai masa dinner, kebanyakan bawak family, dan pada aku, part yang menarik pun masa pertandingan karaoke. 5 orang jer masuk dan ke-5-5 orang tu dapat hadiah!!!!! Kalau aku tau, aku pun nak masuk!!!!! 3 pekerja (termasuk seorang Eksekutif) menyanyikan lagu rockapak. Nanti aku upload video tu. Yang muda sikit nyanyi lagu Jinbara - Farhana, aku ingatkan dia yang akan menang, tapi dapat no. 2 ja. Yang mennag, ada anak staff sorang tu, nyayi lagu Adibah Noor - Kau Terlalu Istimewa.
Berbaloi jugak la, jam 2 jam dekat Jeti Feri. Yelah, sekarang kan musim Pesta Penang, malam minggu pulak tu!!!
Thursday, December 6, 2007
Worktrip - Pulau Jerejak
Sepanjang 24 tahun aku diberi peluang hidup di muka bumi ni... Ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Jerejak. Heheheheh, buat malu kaum jer, dahla aku ni orang Penang, tak pernah datang pulak tu!! Ye lah, Pulau Jerejak ni bukan ada apa pun. Dulunya dikenali sebagai Al-Catraz Malaysia sebab ada penjara kat sini dan jugak pusat buangan pesakit-pesakit kusta. Sekarang ni jer ada JEREJAK RESORT & SPA dan ada limbungan kapal di sebelah bahagian pulau ni. Aku datang pun atas sebab kerja dengan bos aku. Apa yang best kat Pulau Jerejak ni aku pun tak taulah labu...... Apa yang sure, aku dah jumpak Tongkat Ali punya pokok LIVE beb...... lepas ni aku pun akan jadi SUPER POWER!!!! Wahkahkahkahkahkah....
Masa aku nak balik, dikhabarkan diaorang jumpa MAYAT kat pantai pulau ni dengan keadaan tangan terikat di belakang... Pergh, malam ni kita tengok berita, layannnnnnnnnnn (macam Melodi la pulak)
Tuesday, December 4, 2007
WITT - Band DIY
Aku uploadkan mp3 dari W.I.T.T. dari simpanan aku yang terselamat ajer... Masa aku jumpak CD ni, magnetic layer dah mula mengelupas dan yang tinggal cumalah cover album nya saja. Ada 5 lagu yang sempat aku rip masa memula aku beli CD ni dulu termasuk sebuah lagu Unplugged. Untuk sekadar peringatan, band WITT ni pernah di'cover' ceritanya dalam ROTTW dan Dragon kalau tak silap aku. Ini kerana vokalisnya merupakan drummer kumpulan tersebut itu sendiri. Macam mana, susah kan? Sambil ketuk sambil nyanyi. Itulah uniknya WITT waktu itu. mana diaorang menghilang sekarang, aku pun taktaulah labu.....
Info lanjut WITT aku sertakan dalam bahagian MUSIC (macam biasa, untuk contact aku sahajer...)
Monday, November 26, 2007
Hari Yang Agak Sempoi
Hari ni agak menarik sikit... Sikit je..... Buat keja macam biasa, sampailahhhh time petang masa aku pegi buat keja kat Teluk Kumbar, aku jumpak brader ni. Dia Unit lain dan jugak tempat lain, tapi masih dalam unit yang sama. Jumpak aku jer, dia terus tanya, "Amacam Mus, hang dah pi angkat dah ka gitar hang? La ni hang pakai gitar apa?"... Start je dia tanya macam tu, terus rancak je kami bersembang sambil 2 orang lagi tengah join-join sekali. Sembang punya sembang pasal SYJ, dia sedikit terkejut bila aku bagitau yang Eduat dah arwah. Dia tanya aku macam mana aku tau? Aku jawab la, dari forum jerlah...... Start lepas tu dia cerita pasal sorang-sorang dalam SYJ, especially Arwah Eduat, Amir dan Man Rani. Lepas tu dia refer kat Pak Syed pulak, tapi aku tak berapa dengar sebab brader sekerja aku mintak aku tolong dia buat keja. Aku ngan dia ni sebenarnya jumpak atas sebab keja, sampailah salah sorang veteran bagitau yang brader ni dulu main band, tapi aktif kat Hotel ngan Night Club jer. korek punya korek dapat la link (secara lisan oleh veteran-veteran sekerja) antara dia dengan zaman-zaman rock kapak dulu. Dan aku pun barutau yang salah seorang anggota VAGRANT jugak adalah pekerja sama dengan company aku sekarang ni, cuma sekarang dia dah transfer ke Sarawak. Dan FYI, Ali Mamak pun dulu kerja sama ngan company aku, cuma sekarang dia dah bersara.... Best dapat sembang ngan orang-orang lama macam Brader Nasir ni..... Hehehehehe. banyak nasihat ngan tips yang dapat, tu yang paling menarik.
Dan buat kali pertamanya...... Aku upload kat korang sebuah album Dance dari KAOMA - WORLDBEAT.. Aiseh, tak rock pulak kali ni, cuma at least aku dah selamatkan kaset aku tu....Khas untuk contacts aku jer.......
Sunday, November 25, 2007
Hujung Minggu Yang Boring
Dan seperti biasa, album ni untuk contact aku jer..... hohohohohohoh...
Saturday, November 24, 2007
Hari Penuh Tekanan
Tapi dalam dok tension-tension macam tu... Secretary dia tipon aku balik, mintak maaf kat aku sebab bos dia marah aku. Pastu puji aku pulak. Dia kata, susah nak dapat orang macam aku, walaupun bukan aku punya salah, aku try jugak take care problem apa yang jadik tu. Kembang-kempis jugakla aku tadi.. Muakakakakakakakakakakaka... Sejukkkkk sket ati aku yang dah panas membara tadi.
Esok, kalau technician tu tak pergi jugak rumah customer tu, time tu aku pulak la yang nanti melompat!!!
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...