Saturday, October 24, 2009

Modenas CT110


Ok, aku terus terang. Memang sekarang aku tengah usyar nak angkat motor baru. Tapi sementara tu buat sesiapa yang berhajat nak ambil motor baru, boleh try usyar MODENAS CT110.

Yang best pasal motor ni walaupun benda-benda lain teramatlah konvensional, usahasama dengan KAWASAKI tu perlu diberikan perhatian. Dan, buat sesiapa yang perasan, lampu belakang dia memang totally different than any kapchai on the road. Dah macam belalang tempur!

RRP:
RM 4,188.00 (electric starter)
RM 3,888.00 (kick starter)

Specs:

Engine
Type 4-stroke single cylinder SOHC
Bore X Stroke 53 x 50.6 mm
Displacement 111 cc
Compression Ratio 9:3
Carburetor Keihin PB18 x 1
Ignition System Magneto to CD1
Starting System Kick and Eletric Starter
Cooling System Air cooled
Lubrication Forced lubrication wet

Transmission
Type 4-SPEED ROTARY
Clutch Centrifugal and wet multiple disc
Primary Reduction Ratio 3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio 3.0 (42/14)
Driving System Chain

Chassis
Type Pipe backbone
Front Suspension Telescopic fork
Rear Suspension Trailing swing arm suspension
Front Brake Disc 220 mm
Rear Brake Drum 110 mm

Electrical System
Battery 12 V 3 Ah





Sekarang, aku taktau lagi samada nak amik mana satu. Mungkin lambat sikit nak tukar moto. Tapi itu semua keinginan, bukan keperluan. Moto sekarang masih boleh pakai, cuma... Tak berapa laju... kuikuikui....

Untuk perbincangan lanjut, boleh tengok Malaysian Bikers Forum atau Forum CT Bikerz

Friday, October 23, 2009

Counter Attack?



Terlambat skit aku baca paper hari ni (memang hari-hari pun baca lambat)

Semua orang dah dimomokkan dengan iklan 'potong' oleh P1 Wimax. Nampaknya, hari ni, kompeni gua dah mula buat counter attack.

Mungkin sesetengah orang tak berapa paham dengan maksud gambar; laptop di luar tingkap. Tapi untuk orang yang dah alah bisa tegal biasa dengan benda-benda ni. Maksud iklan tu amat mendalam. Dan semestinya boleh menusuk hempedu kesemua ENGINEER P1 Wimax.

Gua xda masa nak explain kenapa. Pandai-pandailah google sendiri benda-benda ni. Lagipun, kalau semua orang dah 'potong', gua ngan member-member opis gua bolehla berkonsert hari-hari. Gua seriyes.

Hint: Penetration of radio frequency will be affected by the paint on your wall. New type of paint has been developed by a Japanese company to totally block any radio frequency especially WiFi signals. Korang google jelah.
Tapi aku tau korang malas nak google.. Klik Sini (PC World) atau Sini (Lowyat)

Tuesday, October 20, 2009

Eksiden


Sungai Puyu, 20 Oktober 2009 - Kejadian lebih kurang pukul 8.30 Malam di mana sebuah kereta Kancil yang dipandu oleh seorang wanita telah dirempuh oleh sebuah lori. Kancil tersebut dipercayai tidak berhenti di simpang empat tersebut tetapi terus melintas. Burger stall ni merupakan tempat rasmi aku melepak setiap hari. Nasib baik aku takder kat situ tadi.
Berhati-hati di jalan raya dan sila ikut arahan papan tanda. Jika anda tidak biasa di jalan baru, sila pandu dengan perlahan.

Maaf, entry sedikit skema dan takder kaitan dengan rock malam ni.
Yang ada pun, batu pasu tu kalau di-translatekan, menjadi ROCK.

Sunday, October 18, 2009

Wajib Tayang

Maaf, terlalu banyak nak aku ceritakan, jadi aku compactkan 3 cerita menjadi satu sempena Deepavali ni.

Menjenguk Muniandy Chinnadorai

Agilan merupakan member kami sejak kami di Tingkatan 1. Jadi, jangan terkejut walaupun dia hitam sedemikian rupa, Bahasa Melayu loghat utaranya memang hebat sekali.

Komplot beraya di rumah dia disertai oleh aku, Shahrul dan Pak Halim pada Hari Sabtu 17 Oktober 2009.

Dalam perjalanan ke rumah yang baru dibelinya:

tekan-tekan SMS..

"Wei Agilan, jangan hidang kat kami nasi babi"

Dia jawap: Aku ada sup ekor babi, hang nak tak? Biawak goreng pun ada.

Aku: Cilakak.

Rumah Agilan memang besar sekali. Ruang dalam rumah dia memang taraf boleh buat indoor soccer dan halaman rumanya pulak boleh dibuat padang golf mini. Jadi, berbaloilah rumah dia beli selaku anak sulung untuk menjaga 10 adik beradiknya yang lain.

Benda yang dihidang cukup simple, tapi best iaitu all-time-favourite marukku, tosai, nasi putih dan kari ayam.

Aku dengan celuparnya di meja makan..
"Wei Agilan, Halal tak ni, cilaka la hang kalau hang hidang benda pelik-pelik kat kami"

Agilan dengan penuh emosinya menjawab...
"Cilakak la hang Mus, aku tau la apa yang hangpa boleh makan dan apa yang hangpa takleh makan. Babi la hang ni Mus, aku beli ayam ni semua kat orang melayu, lauk-lauk semua rempah Melayu.. $^%%^ %%5^$4%^* la hang ni Mus!!" - Maki Agilan dalam bahasa Tamil ala-ala Padaiyyappa.

Aku gelak macam setan, lepas makan semua tosai dia sampai habis, aku karate tengkok dia dan jugak buat smackdown kat dia sebab maki aku banyak kali hari ni. - semua sound effect filem Tamil, dihasilkan oleh Pak Halim Naga Dewa langit ke-7 dan semua visual adalah tajaan Shahrul.

Happy Deepavali.



Makan Papadom Di Deepavali

Setelah puas beraya berjam-jam dan buat rumah Agilan seperti rumah kami sendiri. Kami decide nak layan Papadom.

Kami bertiga layan Hot Dog 1901 masuk dalam panggung:

Scene 1 Take 1:
"Jangan jadi macam abang kat depan tu, tengok dah tertumpah air"

(cilakak ar, dah nak tertumpah dalam plastik tu, nak buat macam mana..)

Scene 2 Take 5:
"Pesal boria?"

(argh... Dah nama pun jual nasi Kandar kat Penang, mesti la ada boria!!! Boria Anak Tanjung tu femes kat penang ni.. Hampeh la makcik ni!! Cakap pelan-pelan la gua nak tengok ni!!)

Scene 3 Take 2:
"Ahh.. ni kat mana ni, sekolah mana ni???"

(oit, dekat-dekat Penang Road jer tu, buta ker tak nampak ker KOMTAR kat belakang?)
- gua dah sedikit hangen.....

Scene 4 Take 1:
"Owh, dia amik Performing Arts.."

(poyo la makcik ni..... warghhhhhhhhhh~)

Scene 5 Take 2:
Jangan terlalu emosi dengan tanah....
Gua betul-betul dah tak tahan dengan Harun Salim Bachik ni. Hahahahah....

Scene 6 Take 3:
"Owh, main ragbi tapi lembut bla-bla....."

(woit makcik!!!!!!!!!! Gua dulu pernah training kat padang tu terus la masa UPM Open dulu!!! Gua tensen ni.. Tak nampak ker Pak Halim Naga tengah pakai baju Canterbury sama dengan player-player tu!!! Arghhhhhhhhhhhh!!!)

Scene 7 Take 6:
Masa Saadom (Afdlin) masuk panggung dan bantai kepala Hisham (Farid Kamil), kemudian tendang kerusi Hisham sampai terpelanting atas alasan terkejut.... Gua rasa gua nak buat benda yang sama pada couple yang duduk di depan gua.. Sikit lagi gua pun nak jerit Api!!!!!!!!!!! Api!!!!!!!!!!!!!!

Scene-Scene Seterusnya:
Cuma gelak ketawa berderai dalam panggung.

Konklusi:
Aku ni bukan peminat filem Melayu sangat melainkan filem-filem tertentu. Tapi untuk filem ni, aku cuma mampu memetik kata-kata Rahmat Bin Ismail aka Wajib Tayang (Que haidar) - "kerana filem-filem saya semuanya wajib tayang" dengan selambanya.... Two Thumbs up untuk Afdlin Shauki and crew untuk filem ni. Cuma lepas ni, jangan la bagi wajib tayang tu pakai rambut palsu tu, so plastic. Filem yang aku sangat rekemen pada semua orang terutamanya family.

Wajib Beli

Semalam, sewaktu menunggu tayangan Papadom, aku sempat-sempat round dekat toys section Jaya Jusco dan sesuatu yang aku tunggu dah cukup lama - Die Cast with PETRONAS decal!

Untuk collectors lain yang sama minat dengan aku, boleh refer benda ni:
1. Koleksi aku yang ada
2. Berita sponsorship Petronas

Tetapi sedikit frust bila model die-cast 1:18 yang ada di situ cumalah milik Jorge Lorenzo (99) dan satu lagi bernombor 48. Sebagai pengumpul motosikal Valentino Rossi, aku cukup berharap yang motosikal bernombor 46, Yamaha Fiat Petronas akan diterjemahkan dalam bentuk die-cast model!

Hari ni, selepas layan Cloudy With A Chance Of Meatball dengan Nurul (totally recommended for family), Aku terserempak dengan model 1:18 buatan Maisto ni di Jaya Jusco Aeon City!!! Argh!!! Tinggal 2 bijik jer!!! Tanpa berlengah lagi, terus disambar sebjik. Tangan aku gatal nak sambar model 1:10 punya sebab semua decal lebih detail dan real. Tapi semua tu terbantut apabila menerima kata dua daripada 'mem' aku yang sedikit garang apabila aku berada di Toys Section. Hahahahahahah..... Takpaleh, aku amik yang kecik sajalah....



Masa aku tunggu di parking area, nurul kata dia nak beli sticky notes yang terlupa beli tadi. Sambil-sambil tunggu dalam kereta, terkejut betul aku bila dia turun bukan dengan sticky notes, tapi dengan sebijik Yamaha YZR-M1 Yamaha Fiat Petronas 1:10 dan dengan selambanya dia bagi kat aku walaupun aku hulurkan duit untuknya, dia taknak.

Ah... Sweet betul! Aku terus rasa nak buat show rock kangkang bawah basement car park tu sambil goreng lagu Cintamu Mekar Dihati dengan gaya-gaya dalam filem ROCK. Thank you sooooooooo much!!!!



Engine

Engine type:Liquid cooled Crossplane crankshaft inline four-cylinder, four stroke
Maximum power: Over 200 horsepower (147 kW)
Maximum speed: In excess of 320 km/h

Transmission
Type:Six-speed cassette-type gearbox, with alternative gear ratios available

Chassis and running gear
Frame type: Aluminium twin tube delta box, multi-adjustable steering geometry/wheelbase/ride height. Aluminium swingarm
Suspension:Ohlins upside down front forks and Ohlins rear shock, all adjustable for pre-load, high and low-speed compression and rebound damping. Alternative rear suspension links available
Front/rear wheels:Marchesini 16.5 front, 16.5 rear, available in a variety of rim widths
Front/rear tyres:Bridgestone, 16.5 front, 16.5 rear, available as slick, intermediate, wet and hand-cut tyres
Brakes:Brembo, two 320 mm carbon front discs, two four-piston callipers. Single 220 mm stainless steel rear disc, twin-piston calliper
Weight:148kg, in accordance with FIM regulations
Fuel capacity:21 litres, in accordance with FIM regulations

All Details From Yamaha Racing

Friday, October 16, 2009

MAY - Strategi (1991)



MAY merupakan salah satu kumpulan Rock Melayu yang aku minat selain Wings dan Search. Terkenal dengan kenyaringan suara vox-nya iaitu Mus (bukan aku, har har har..), ramai yang tak tahu lagi benda-benda lain pasal May.



Kebanyakan pendengar-pendengar May ialah mereka yang mengenali MAY dengan lagu-lagu hits mereka iaitu Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Sketsa Sebuah Cinta dan Gadis Bertudung Putih. Bukan nak kata la kan, semua lagu yang disebut kat atas tu adalah lagu-lagu pilihan terutamanya di pusat karaoke. Mungkin kerana melodi yang menarik dan easy listening punya style, lagu-lagu tersebut menjadi teramat top pada waktu iaitu terutamanya Sendiri.



Ya, MAY di awal kemunculannya banyak mempertengahkan lagu yang sedikit keras (untuk sesiapa yang hanya tahu 4 lagu di atas saja). Untuk STRATEGI, lagu yang boleh dikategorikan sebagai slow pun.. Mungkin hanya lagu Abadi dan Teman Tak Bernyawa. Yang lain-lain, memang keras sikit terutamanya Singa Taring Palsu.

Antara tracklist penuh:
  1. Strategi
  2. Abadi
  3. Duri
  4. Empat Sudut Berdiri
  5. Raja Jiwa
  6. Alam
  7. Generasi
  8. Singa Taring Palsu
  9. Teman Tak Bernyawa
  10. Sendiri Untuk Kemana



MAY pernah bertukar-tukar vox bermula daripada Mus, ke Yantzen, One dan kemudian kemasukan semula Mus di dalam MAY. Kenapa nama MAY? Rasanya semua otai dah tau yang MAY adalah gabungan nama 4 ahli kumpulan MAY sendiri iaitu Mus, Man, Abu, dan Yus. Walaupun pernah berada di dalam kompilasi Juara-Juara Rock pada 1987, sejarah penubuhan awal kumpulan dari Perak ini tidak diketahui melainkan anggota-anggota asal ni pernah bersama Black Mass, Exit dan Test 1 (lihat Muzik Rock)

Wednesday, October 14, 2009

Samosa Mutant



Brader ni dengan tanpa segan silunya dan begitu sporting melayan kerenah aku untuk mengambil gambar, jadi inilah keadaan gerainya yang penuh dengan kuih-kuih untuk sarapan pagi dan petang.



Terletak di persimpangan Queens Street, atau lebih dikenali di Penang dengan gelaran Little India. Gerai ini beroperasi daripada waktu pagi sampai petang. Jadi, bolehla tengok mat-mat saleh ataupun awek-awek Jepun yang memang cun melayan makanan yang rata-rata berasaskan kari. kalau nasib baik, bolehla makan sekali ngan chicks Jepun yang memang sporting abes. Konnichiwa umba-ten, kimi ga ichiban daisuki na hito! Har-har har........



Untuk review makan pagi aku kali ni, samosa ni memang mutant abes. Kebiasaannya, kulit samosa berasaskan kulit popia, tapi yang sini punya berasaskan tepung yang sama digunakan untuk karipap. Contohnya, samosa ayam ni, sememangnya ada seketul ayam tanpa tulang dan ubi kentangnya pun memang padat dan basah! Ada jugak isi-isi lain seperti sotong, daging dan tuna. Tapi hari ni sempat rasa ayam saja, memang sedap dan berbaloi!!!

Rasanya memang sedap kalau beli dan lepak kat gerai minum sebelah sambil layan awek Jerman, Jepun, Holand, UK etc. dan kemudian buat dosa mata. Kena pakai penutup mata kalau makan kat sini... (untuk yang berbini)

Sunday, October 11, 2009

Pemenang Speed Contest

Pertama sekali, aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab contest yang aku buat kelmarin kelam-kabut sikit. Nama pun Speed Contest, menggelabah nak taip la dari henfon.

Mengikut kronologi, Chaun Penang dah menjawap dengan betul iaitu menyebut nama Awie, tetapi apakan daya, Abang Besi telah menjawap dengan lebih tepat dengan memberikan nama penuh, band dan nama commercialnya iaitu Awie. (kalau betul Bruce Dickinson kena tangkap kat Malaysia, boleh gegar ni.. wakakakak)

Tapi dengan semangat yang rock, Abang Besi telah memberikan laluan kepada Chaun memandangkan hadiah yang sama gua telah bagi kat Abang Besi dulu. TQ Abang Besi. Shahrul, nanti aku bagi benda tu kat hang, tahniah (lain kali jawapla betul-betul!)

So, pengajaran yang aku dapat - lain kali kena buat rules and regulation yang lebih strict. (hehehe) - Nantikan contest berikutnya. Kalau nak info yang lebih cepat, kalau ada facebook tu... Join la page tu sebab aku selalu buat announcement kat situ.

----------------------------------------------------

Berkaitan dengan artikel, Harian Metro telah mengeluarkan artikel pada hari Sabtu 10/10/2010 tanpa menyebut nama yang terlibat dan di bahagian yang tersorok, manakala Kosmo! telah mengeluarkan artikel tersebut di ruangan frontpage! Jadi, sesiapa yang rajin baca paper sampai 2-3 Jenis, memang beruntung la kalau dapat info ni.

In my personal views, Awie telah menerima macam-macam dugaan sejak dia masuk balik Wings. Daripada kes PEKIDA, Perkahwinan, penceraian dan sebagainya lagi termasuk kes gaduh. Apa-apa pun, semua ni masih dalam siasatan polis dan belum terbukti lagi dia bersalah. So, let the justice decide la in this case. Persepsi orang pun macam-macam, abaikan dulu.

Dengan vokalnya yang semakin lama semakin baik (terutamanya di Konsert Sinar FM dan baru-baru ni di Showcase Hard Rock Cafe), sayang sekali kalau semua ni mencalarkan kariernya. Apa-apa pun, gua harap semuanya wil be fine and WINGS akan terus melebarkan sayapnya.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...